19 October 2006

Dah nak Raya dah

Aku tengok kalendar hari ni. 4 hari lagi nak Raya. Biar betul! Tak sedar pulak. Takde buat sebarang persiapan lagi.

Nak kata sibuk sangat tu tak lah. Memang ar sibuk sikit sebab kena buat pembetulan tesis. Tapi PM, Mawi, Ina, Siti & Datuk K lagi sibuk agaknya. Mereka takpe la, sibuk2 pun duit banyak. Boleh beli itu ini untuk persiapan Raya. Aku ni dah la sibuk (kononnya), duit pulak takde kurang. Memang la kena bajet gila2 nak beli apa-apa.

Tapi orang kata, 'Money can't buy happiness' (warghhhh ..terasa bijak pulak guna ayat orang puteh ni ..whoooo!). Aku tetap excited nak sambut Raya ni. Dah tak sabar nak balik ke Rantau Panjang, Kelantan. Rasanya tahun ni lebih ramai saudara-mara yang akan berkumpul di rumah nenek aku masa Raya ni. Tak sabar nak jumpa diorang.

---------------------------------------------------------------------------

Kepada pembaca blog ni (rasanya tak sampai 10 orang pun) aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf la kalau ada ayat2 aku yang boleh mengguris hati kalian. Aku dah cuba elakkan daripada guna ayat2 dan kata2 yang laser (macam dalam blog lama dulu), tapi kalau ada yang terasa hati tu maaf ya. Harap-harap semuanya akan bergembira di Hari Raya.

Kepada mana-mana ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), harap-harap boleh jumpa di rumah Guru Utama pada Raya ke-3 ni (kalau pergi la). Aku pergi bersama rombongan Terengganu, kami akan bertolak pada Raya ke-2 (malam).

01 October 2006

Arghhh ..lega

8.05 pagi. Aku dah sampai d Bilik Mesyuarat.

8.15 pagi. Skali lagi (untuk kali ke 3) perut aku sakit. Nasib baik toilet d bangunan Canselori ni bersih dan wangi.

8.35 pagi. Semua committee masuk Bilik Mesyuarat. Aku kena tunggu d luar. Tak tahu nak buat apa, baca surat khabar pun tak paham apa2.

9.10 pagi. Rahim panggil aku masuk ke dalam Bilik Mesyuarat.

GEDEBAK GEDEBUK GEDEBAK GEDEBUK

11.50 pagi. Aku keluar semula, sekali lagi cuba baca Pancaindera yang ada gambar Ina Mawi d frontpage, tapi tak paham apa apa.

12.10 tgh hari. Aku masuk balik ke Bilik Mesyuarat. Dr Sakri, Dr Khalid , Dr Zaleha dan Dr Abol sengih-sengih. Dr Abol sebagai Pengerusi memulakan bicara.....

Tesis aku diterima...
Alhamdulillah.

Dr Abol kata, "Saya tak nak ucap tahniah lagi. Awak diberi masa 60 hari untuk buat correction dan hantar semula kepada supervisor2 awak. Frankly speaking, saya rasa awak tak ada banyak masa, nak raya pun tak boleh lama".

12.20 tgh hari. Aku keluar dari Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Gembira tu gembira jugak la, tapi memikirkan kena buat correction ..sakit jugak la.

Tapi takpe lah. At least dah lepas dan tak kena Viva sekali lagi. Dan paling penting tak kena bayar yuran dah lepas ni. Errr ..tapi yuran semester lepas aku masih hutang.