21 August 2007

Kerana RM 500

Hooray.

Akhirnya selepas hampir setahun menunggu aku dapat jugak notis jemputan untuk Majlis Konvokesyen ke-5 UMT pada 26 Ogos ini. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Sultan Mizan. Dewan ni ada juga yang menggelarnya Dewan Penyu.

Kalau nak tahu bentuk dewan ini dari atas, cubalah Google Earth..... Betul kan, macam penyu. Menurut cerita orang tua-tua he he cerita aku la, bentuk asal dewan ni memang sejilbik macam penyu, tapi kerana kekurangan bajet, terpaksa dibuang mana-mana binaan yang tak perlu, terutamanya bahagian kepala. Aku setuju sangat dewan tersebut tidak betul-betul menyerupai haiwan, nanti ada pulak yang jadikan sebagai tempat pemujaan. Lagipun sekarang ni kan Kerajaan Terengganu sendiri pun tak berminat menjadikan penyu sebagai ikon Malaysia, ASEAN negeri. Sebaliknya beliau memilih Nemo / Clown Fish / Anemone Fish / Ikan Badut. Harap-harap tak ada pulak Dewan Nemo selepas ini.

Harun Laban mencelah ...."Woit! kau ni nak cerita pasal konvo ke pasal dewan penyu tu?"

Rauhunt Hussin menjawab, "Err ..rilek la En Harun. Oke oke, saya berbalik kepada cerita asal."

Ya, aku akan konvo pada 26 hb ni ..hari Ahad. Mula-mula ingatkan dapat terima daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri, tapi kerana Seri Paduka secara otomatiknya menjadi Canselor UiTM, terima skrol daripada Permaisuri Agong pun takpe. Aku akan tetap posing maut demi kepuasan anda semua.

Tapi ...sebenarnya ...ni .... lagi .... satu .... masalah .... aku masih belum bayar yuran Viva (RM500 tuu!). Boleh ke aku konvo??

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini,
Taip <A> untuk rauhunt boleh konvo, atau <B> untuk rauhunt tidak boleh konvo (padan muka, tu la tangguh lagi bayar yuran) ...dan hantarkan sms anda ke 019-9845130 sebelum 25 Ogos jam 4.45 pm.

Banyak hadiah menanti anda!

Sekian.

Nota kaki kewek:
Viva - Peperiksaan oral. Biasanya dalam pengajian Sarjana atau PhD untuk mengesahkan penerimaan tesis sama ada layak atau tidak untuk dianugerahkan ijazah tersebut.

08 August 2007

Mari menjadi Petani Moden

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN



Tagline ini nampaknya semakin dominan dalam kaca TV. tapi aku tak pasti pulak dalam Astro ada ke tak tagline ni.

Tagline ini adalah untuk mempromosikan bidang pertanian kepada masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi golongan belia dan remaja.

Aku amat menyokong projek kerajaan yang satu ini. Mengapa?

Sebab buat masa sekarang bidang pertanian di Malaysia tidak diterokai ke tahap optimum yang sepatutnya. Majoriti rakyat Malaysia memandang rendah bidang ini. Pertanian di anggap kampung dan tidak moden. Natijahnya, ramai lepasan sekolah atau matrik mengelak daripada memilih bidang pertanian ini. Kalau yang dapat kursus ini pun ada yang sanggup tukar kursus. Fobia. Kerana takut dianggap kampung.

Mereka lebih memandang tinggi kursus Sains Komputer & IT. Abe wey.., kalau nak tahu kursus-kursus ni lah yang paling susah nak dapat kerja. Memang la banyak kekosongan, tapi berapa juta yang ambik kursus ni kau tak fikir. Cuba lihat di semua IPTA, mesti ada kursus ni kan?? IPTS pun sementelah lagi!! Kalau kursus pertanian, perladangan atau perikanan (kursus aku ni!), tak ramai yang ambil, jadi peluang nak dapat kerja pun tak la susah sangat ..kan kan??

Sekarang ni, ramai jugak graduan (termasuk la yang grad bidang pertanian) tak sanggup nak menceburi perniagaan pertanian. Mereka tak biasa berpanas dan berhujan. Mereka lebih rela kerja dalam pejabat dengan gaji cukup makan asalkan dapat duduk dalam hawa dingin (agak-agaknya Malaysia ni negara yang beriklim sejuk dan bersalji).

Jadi elok sangat lah kerajaan membuat promosi pertanian sekarang ni supaya dapat membuka mata dan minda belia-belia Melayu negara kita.

Err ..nanti, sebenarnya aku pun tidak terlibat sangat dalam perniagaan pertanian ini. Hampeh sungguh aku, ni yang kerajaan marah ni ..Jangan Cakap Saja ..Jom Kitar Semula.

Tapi takpe, aku masih lagi kerja dengan company yang relate dengan pertanian.

1. MBF Cards - ni bisnes kad kredit, relate ke dengan pertanian?? Tak kan??

2. Amas Jaya Ent - aku jugak kerja ngan supplier ni. Setakat ni dalam proses supply ikan Tilapia, Yu dan induk Udang kepada UMT. Nah, relate tak dengan pertanian??

Hihi ...sekian.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Nota Kaki Bangku:

Tiada kambing yang dicederakan atau dianiayai dalam penghasilan entri ini.

02 August 2007

Janji Rebeh

Aku tujukan post ni kepada salah seorang pelajar Malaysia di UK. Nama dia Rebeh (bukan nama sebenar ..tapi nama manjalara). Dia ni dulu roomate aku masa kat UPM Terengganu (kini UMT ..Universiti Mengabang Telipot Universiti Malaysia Terengganu).

Rebeh ni pandai dan bijaksana. Masa buat degree dulu antara top scorer (tapi masa 1st to 3rd sem pointer aku lagi tinggi ...muahhhahaha ..gelak riak). Skeeping London power sih! Sejibik macam Mat Saleh celup dia skeeping. Orang selalu gunakan Rebeh untuk translate nota english ke BM. Dek kerana ke'terror'an (bukan terrorist la) dia, dia diterima jadi Tutor UMT. Sambung MSc di UK dalam masa 1 tahun sahaja! Lepas tu dia terus sambung PhD di UK jugak. Akhir bulan ni dia akan balik ke Malaysia dengan title Dr ..Selamat Datang Dr Rebeh (bukan nama sebenar).

Tapi.....

Sebelum Dr Rebeh balik tu ..aku mahu tuntut sesuatu daripada Dr Rebeh.

1. Sehelai seluar (apa2 jenama asalkan takde di Malaysia) yang dijanjikan masa Dr Rebeh buat MSc dulu.
2. Sehelai baju-T berkolar (jenama Bench) yg Dr Rebeh janjikan masa tengah buat PhD.

Itu sahaja! Aku bukannya materialistik, bukan juga potret mistik, jauh lagi fantastik four, tapi aku ingin membantu Dr Rebeh menunaikan Janji Diana Janji Joni Janji Rebeh