25 September 2007

Salam Ramadhan

Aiseh ..lama tak update. Bukannya apa, ni sebab:

1. Malas
2. Sibuk gila (orang gila pun tak sibuk macam ni)
3. Buat-buat sibuk

Rasanya alasan ke-3 paling tepat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah terlewat ke nak ucapkan ...

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa
.

Kenapa ar, aku rasa tahun ni punya Ramadhan tak dirasai sangat mood dia. Mood nak sambut raya pun tak rasa sangat. Nak kata sebab poket kering tak jugak sebab masa puasa tahun lepas pun aku sengkek jugak (bila la aku nak kaya, masuk Peraduan Merdeka Petronas pun tak menang ..hmgggrhhh). Mungkin sebab RTM, Media Prima, Astro, NSTP, Utusan, Sinar Harian masih sibuk promote perayaan 50 tahun kemerdekaan kot. Itu pasal la mood Ramadhan ni agak kureng sikit. Mungkin juga mood Ramadhan ni hilang bila seluruh Malaysia dikejutkan dengan kes trajis melanda adik
Nurin. Salam takziah ditujukan kepada keluarga En Jazimin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aku sekarang baru berjinak-jinak dengan
Facebook. Alaa kira macam friendster jugak la. Tapi aku rasa Facebook ni lebih menarik sebab ..err aku pun tak tahu sebabnye. Cuba la baru tahu. Pastu korang boleh add nama aku ..search guna 'rauhunt' mesti jumpa. Tak sangka pulak Rebeh (skarang dah dpt title Dr) dah jadi advanced user dalam Facebook ni. Dulu dia ni buta IT (sorry kutuk skit di bulan Ramadhan ni). ni aku punya link facebook

03 September 2007

Sambutan Merdeka

Tahun ni masuk tahun yang ke-50 Malaysia mencapai kemerdekaan. Sambutan besar-besaran diadakan di ibu negara. Siap ada siaran langsung lagi dalam TV. Setiap negeri juga menyambut kemerdekaan ini secara besar-besaran berbanding tahun sebelumnya.

Aku seperti biasa, tidak suka untuk pergi ke tempat yang penuh dengan manusia. Lebih suka layan siaran langsung TV di rumah. Malam Ambang Merdeka peringkat Terengganu diadakan di Pantai Batu Buruk. Ada acara errr ...aku tak tahu sebab tak pergi. Aku hanya tengok persembahan di TV3, TV9 dan Astro Ria. Mulanya aku berhajat nak tunggu sehingga jam 12 tengah malam untuk sama-sama melaungkan 'MERDEKA'. Tapi oleh kerana perut aku terlebih dahulu melaung-laung sebab lapar, terpaksa la aku ke dapur dan masak Maggi kari (bukan Mamee slurp). Sedang Maggi aku hampir-hampir masak, aku terdengar dentuman bunga api, ingatkan dah raya ... tapi rupanya bunyi bunga api di Pantai Batu Buruk.

Aku rasa puas hati sebab dapat merasai 2 pesta kemerdekaan dalam satu masa. Dapat menonton pesta kemerdekaan dari dekat (dalam TV la kan) tanpa menyeksakan hidung aku dengan menghidu bau yang kurang menyenangkan(biasa la, bila ramai orang, macam-macam bau yang ada, pakai rexona ke nivea sama je kot). Aku juga dapat merasakan 'adrenaline' kemerdekaan dengan menonton persembahan bunga api dari rumah.

Terima kasih ye stesen-stesen TV (yang tak berbayar je), sebab menayangkan pesta kemerdekaan ini secara langsung. Dapat juga orang macam aku yang tak minat ke tempat ramai orang ni merasai kemeriahan hari kebangsaan ini. Tahun depan tayang la lagi ya. Aku nak tengok lagi. Cuma yang aku tak puas hati bila tengok filem Leftenan Adnan di TV3 (kalau tak silap). Apasal la gambar dia gelap je. Pulak tu pelakon-pelakon dalam filem tu jadi tinggi dan kurus semacam je. Aku musykil, adakah filem ini ditayangkan menggunakan VCD cetak rompak?? Tapi takkan la TV3 nak buat begitu kot. Aku terus tukar siaran, tengok siaran yang lagi terang dan jelas gambarnya lagi bagus ....