26 November 2007

Letupan misteri di Terengganu

Baru-baru ini (Jumaat lepas) rakyat Terengganu telah digemparkan dengan satu letupan yang sangat kuat. Bunyinya seakan-akan bunyi bom atau meriam yang ditembak masa bulan puasa. Saya (yang berat sekadar 54kg) yang ketika itu sedang duduk di ruang tamu rumah telah bergerak 3mm dari tempat duduk asal akibat daripada gegaran yang dihasilkan oleh letupan tersebut (serius, ini kes benar!)

Ramai yang telah membuat telahan. Ada yang kata sebab letupan pelantar minyak di Paka. Ada yang kata letupan bom. Yang paling asbestos, ada yang kata bunyi letupan Anak Krakatoa. Huh, kalau la Anak Krakatoa menghasilkan bunyi sekuat itu, sah sah la anda tidak akan jumpa peta Indonesia dalam Google Earth.

Kelmarin, misteri letupan tersebut akhirnya terbongkar. Ianya dihasilkan daripada pesawat Sukhoi SU-30 MKM. Menurut Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07). Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini. Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara (sumber:
www.bharian.com.my)

Hmm. Nasib baik la si Sukhoi yang menghasilkan letupan tersebut. Wahai Encik Sukhoi, lain kali kalau nak 'gurau kasar' macam ni bagi la salam dulu. Takde la pulak kami di Terengganu ni kalut.

Ada juga soalan yang bermain di fikiran saya
Betul ke ni pesawat Malaysia? Entah-entah pesawat Singapura.

Nota (bukan nota kaki bangku):

Ada juga kebaikan daripada kejadian letupan ni. Sekurang-kurangnya lebih ramai yang mengingati Allah (walaupun buat sementara waktu) selepas mendengar bunyi 'Encik Sukhoi'.

21 November 2007

Melayu tidak boleh malas lagi



Apalah agaknya yang diperkatakan dalam hati Rafael Nadal semasa memandang potret Yang DiPertuan Agong. Tentu beliau kagum dengan sistem beraja (secara bergilir-gilir) yang diamalkan di Malaysia.

Atau si Nadal tu sekadar posing maut kat depan gambar tu atas permintaan jurugambar. Sebab Nadal kan datang sini untuk perlawanan pertunjukan "Clash of Titans' dengan Richard Gasquet. Jadi untuk perlawanan tu Nadal dan Gasquet dibayar (rasanya). Jadi terpaksalah beliau buat apa sahaja yang penganjur suruh.

.................................................................................................

Semalam saya baca dalam Utusan Malaysia Online, berita pasal Yang DiPertuan Agong memandu uji kereta kebal PT-91M (buatan Poland) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Baginda patut dijadikan contoh kepada semua orang Melayu. Ya la, dalam kesibukan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong, Baginda masih sempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak macam ni. Nampaknya, setiap aktiviti Baginda dipenuhi dengan perkara yang bermunafaat.

Ramai orang Melayu (termasuklah saya) selalu mengeluh 'tiada masa', kalau kena buat kerja yang lebih sikit. Padahal kita ni bukannya sibuk sangat (macam Yang Dipertuan Agung atau Pak Lah atau Mawi sekalipun). Sebagai contoh, kalau yang kerja di pejabat, kebanyakan masa bukannya dihabiskan untuk buat kerja, tapi untuk download lagu, YM, YouTube, MySpace dan Friendster (untuk makluman, saya tak guna dah friendster, tapi saya dah pindah ke facebook ...lebih syok! ..id saya rauhunt). Ada juga yang lebih sibuk duk kemaskini blog peribadi, berbanding buat kerja pejabat (arghh....diriku amat terasa dengan kenyataan yang menghiris kalbu ini)

Baiklah ..bermula saat ini saya berazam untuk berkerja dengan lebih tekun, gigih dan korupsi dedikasi

Nota kaki bangku

*Gambil : Gambar diambil

07 November 2007

Berita apa ni??

"Cukai dinaikkan kepada 14 peratus"

"Permintaan tinggi, sistem tiket tergendala"

Yang di atas tu adalah antara contoh ayat dalam berita ringkas di Astro Awani (ch123). Alaa berita bertulis yang ada kat bahagian bawah skrin tu la. Tapi beza berita ni berbanding yang ada kat TV3 adalah berita Awani statik, TV3 pula bergerak. Oleh kerana statik, maka pihak Astro pun buat la ayat ringkas. Ya, ayat yang ringkas memang la baik. Tapi mestilah RINGKAS, TEPAT dan PADAT. Kalau ringkas macam ayat di atas tu saya rasa semua (kalau tak pun majoriti) penonton tak faham. Berita yang kedua tu mungkin ada juga yang boleh tangkap maksudnya. Rasanya pasal tempahan tiket Olimpik Beijing 2008. Rasanya la..

Harap-harap Astro boleh membaiki persembahan berita ringkas ini. Kami bayar tau untuk tengok Astro. Kalau RTM atau MediaPrima yang buat tak apa la juga sebab kami tengok secara percuma.

05 November 2007

Kini Felo Akademik pun dapat gaji

Alhamdu lillah..

Semalam saya online YM dan baca offline message daripada Syer pasal lapor diri Felo. Terus contact dia, tapi tak ada kat bilik dan Mek Ros yang jawab. Mek Ros pun memberikan confirmation yang sepupu beliau telah lapor diri sebagai Felo. Saya pun terus telefon Kak Zu dan Kak Zu suruh datang terus ke Jabatan Pendaftar untuk lapor diri.

Ya.. bermula bulan ini, semua Felo Akademik UMT akan dibayar gaji (baca : elaun). Tapi ia hanya untuk 6 bulan sahaja.

Sedikit info pasal Felo Akademik:

Jawatan ni lebih kurang macam Tutor juga. Tapi bezanya adalah bila menerima jawatan, Felo tak akan dapat gaji lagi selagi tidak mendaftar sebagai pelajar Master atau PhD. Bila dah mendaftar untuk cuti belajar tu baru start gaji bulanan + biasiswa (bergantung kepada negara mana). Oleh sebab tak ada gaji, maka Felo juga tak perlu bertugas lagi (kalau ada kerja lain, boleh buat kerja lain dulu). Kontrak untuk Felo ni cuma 1 tahun dan dalam masa tersebut mesti dapat tempat untuk sambung belajar. Tutor pula start sahaja menerima jawatan akan dapat gaji (dan mestilah kena bertugas), kontraknya 2 tahun untuk dapat tempat sambung belajar.

Tak apa lah, walaupun untuk 6 bulan pun aku sangat2 bersyukur kepada Allah. Ya la perjanjian asalnya tak ada gaji langsung. Terima kasih juga kepada Datuk NC (seriously bukan bodek) kerana mencetuskan cadangan ini sehingga membolehkan kebanyakan Felo ni 'bernafas' semula.

Harap-harap dalam masa terdekat ni saya akan dapat lagi berita gembira. Sekarang ni masih lagi menunggu surat tawaran sambung belajar daripada beberapa universiti. Entah bila la surat ni akan sampai, sebab rasanya status 'dalam proses' ni dah dekat 3 minggu dah. Tawakkal je la.

Hari ni ada sambutan Hari Raya UMT. Saya pun boleh pergi sebab dah bertaraf "kakitangan". Tapi tak tahu nak peri ke tidak sebab dengar-dengar cerita kena pakai Baju Melayu. Tak bawak la pulak Baju Melayu.