18 December 2007

Mimpi Basah??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Entry ni bukan pasal mimpi basah. Ia betul-betul basah! Basah sebab banjir atau bah.

Kampung saya di Rantau Panjang dilanda banjir. Hampir keseluruhan kawasan di Rantau Panjang banjir, termasukla di pekan yang popular dengan barang-barang murah dari Golok. Banjir tahun ni adalah yang terbesar sejak tahun 1967, lebih besar daripada tahun 1988 dan 2 tahun lepas.

Saya mendapat maklumat daripada Mak saya, air dalam rumah kami (yang ground level) paras dada. Nasib baik rumah 2 tingkat, boleh lagi pindah duduk tingkat atas. Jiran-jiran yang duduk kawasan belakang rumah semuanya berpindah. Kalau tahun dulu-dulu, mereka tak pernah pun pindah, tapi tahun ni terpaksa juga sebab air dalam sangat.

Sedih juga sebab tak boleh balik time macam ni. Kalau boleh cuti dapat juga saya tolong apa yang patut. Lagipun tak ramai yang ada kat rumah.

Hmm, nak buat macam mana. Ini semua dugaan daripada Allah S.W.T. yang semestinya mempunyai hikmah disebalik kejadian banjir ini.

Nampaknya cuti Raya Haji ni akan dipenuhi dengan aktiviti membersih lembu kawasan rumah :)

13 December 2007

Perahu Kertas

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Kepada yang belum tahu. Kuala Terengganu akan diisytiharkan sebagai BANDARAYA pada 1 Januari 2008.


Kenapa tak percaya?? Saya sendiri pun rasa tak percaya. Baru tahu bila tengok 'bunting' kelmarin. Haha ...lepas ni boleh la saya merasai pengalaman hidup di Bandaraya. Tidak perlu berpindah ke KL untuk merasai hidup di Bandaraya.


Harap-harap pertukaran status ini akan membawa kemajuan kepada Bandaraya Kuala Terengganu baik dari segi fizikal mahupun sosial, ekonomi dan paling penting pembangunan insaniah.


Saya percaya, Kuala Terengganu akan semakin sibuk pada tahun depan. Antara program besar tentunya SUKMA (tapi ...stadium belum siap lagi ni...) dan juga Tahun Melawat Terengganu. Mesti banyak acara yang menarik.


Saya amat berharap (dan selalu duk terbayang) kerajaan akan menganjurkan perlumbaan Power Boat di Pulau Duyung. Tolongla gantikan perlumbaan ni dengan Monsoon Cup yang ada sekarang. Kalau Power Boat atau Speed Boat mesti ramai yang akan menontonnya. Mesti penonton akan merasai debaran bila mendengar deruman enjin dan melihat bot yang bergerak laju (lebih laju daripada bot penambang). Bukan la seperti Monsoon Cup sekarang. Saya menontonnya pun pada tahun pertama penganjuran. Menonton pun secara terpaksa sebab nak tahu. Tapi tak rasa langsung 'kenikmatan' menonton sebab pergerakan perahu layar yang perlahan membuatkan seolah-olah saya melihat perlumbaan perahu kertas semasa zaman kanak-kanak riang dulu.


*Jom melawat Terengganu (promosi tanpa bayaran) :)


12 December 2007

Apa salah makcik ...?

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..


Saya hairan.

Jurugambar (akhbar) selalu ambil gambar banyak-banyak (banyak gila sebenarnya) untuk sesuatu majlis, kejadian, atau acara. Berapa kos yang diorang habis saya tak tahu, tapi tentu banyak sekali. Kalau duit tu digunakan untuk membeli Roti Boy, tentu kedai Roti Boy di Giant KT akan tutup serta-merta sebab stok Roti Boy habis dibeli. Tapi kan. Apa gunanya gambar yang berkualiti dan diambil dengan menggunakan kamera mahal, tapi apabila dimasukkan dalam akhbar harian, hasilnya teruk. Kadang-kadang tu muka orang dalam akhbar siap ada bayang atau juga mempunyai bibir yang berlapis sebab kurangnya kualiti cetakan.

Saya juga hairan.

Jurugambar (televisyen) selalu ambil video banyak-banyak (dan lama gila sebenarnya) untuk sesuatu majlis, kejadian, atau acara. Lepas tu akan masuk studio untuk proses suntingan dengan harapan untuk menayangkan video terbaik semasa berita. Tapi apa faedahnya proses tersebut bila (dalam berita semalam) ditayangkan video ....

Seorang makcik (umur 60 tahun ke atas) sedang mengurut-urut betis dan paha sendiri semasa di pusat pemindahan banjir. Adala lebih kurang 5-10 saat video tu. Dan sudah tentu semua penonton dapat melihat dengan jelas betis dan paha makcik yang bertudung tersebut.

Apala diorang ni kan? Banyak lagi la video yang berkaitan dengan banjir kalau nak tayang pun. Bukannya video makcik tersebut.

06 December 2007

Tengku Juh sudah datang

Tahun ni saya rasa musim tengku juh agak lewat sedikit berbanding pada tahun-tahun lepas. Jika dulu dalam bulan November dah banjir atau pun pra-banjir di beberapa tempat (untuk 'first round' sebab banjir akan berlaku sekali lagi pada pertengahan Disember atau awal Januari) . Tapi Alhamdu Lillah pada tahun ini tidak banjir lagi. Harap-harap nya lah tak jadi banjir pada tahun ni atau awal tahun depan.

Kalau masa budak-budak dulu mesti 'excited' masa nak banjir.

Saya masih ingat lagi pada tahun 1995 atau 1996. Masa tu kami sekeluarga masih tinggal di rumah teres Tmn Rantau Mas (belakang Pantai Timur Rantau Panjang). Suatu malam, air Sungai Golok (1 batu dari rumah kami) dah melimpah-limpah. Air parit dan longkang di depan rumah kami pun dah melimpah sedikit demi sedikit. Tapi tak banjir lagi masa tu. 'Progress' dia lambat sikit. Mulanya kami adik-beradik tunggu juga, tapi disebabkan masa tu dah pukul 2 pagi, mak suruh tidur. Lagipun semua barang dan kelengkapan rumah telah disimpan di tempat tinggi. Kami pun tidur la (tapi tak nyenyak), dengan harapan esok bila turun tangga akan merasai kesejukan air banjir hingga paras paha. Tapi bila bangun keesokannya, kecewa sangat sebab air longkang yang semalam tu limpah dah turun parasnya. Perasaan masa tu macam-macam, sedih ada, menyesal pun ada sebab dah alih semua barang ke tempat selamat, lepas tu kena alih lagi ..huhu.

Tapi sekarang ni dah tak sanggup menghadapi banjir. Bukan apa, siksa juga la walaupun paras air setakat lutut je. Paling susuh bila masa hendak menjalani proses penyahtinjaan (sama ada secara berkala atau secara tiba-tiba).

Hari ni saya rasa musim tengku juh yang sebenar telah tiba. Pagi tadi lebih kurang jam 7.40 pagi, masa lalu atas Jambatan Sultan Mahmud, saya dapat merasai kuatnya tiupan angin. Ya, bagi saya, penanda aras musim tengku juh adalah bila adanya angin yang kuat macam pagi tadi. Saya terpaksa melakukan lagak ngeri (gaya separa Superman) atas motor bagi mengurangkan impak tiupan angin ke atas motor dan tubuh saya yang 'berat gila' (54kg tuu!). Kalau tak buat lagak ngeri (ingat ke Mat Rempit je yang tahu buat 'skill'?) tersebut, rasa seperti nak melayang dan kadang-kadang hampir terbabas.

Terfikir juga, kalau la Monsoon Cup berlangsung pada hari ni mesti lebih mencabar dan menarik untuk ditonton ...kan. Seingat saya, dari tahun pertama hingga tahun ni, Monsoon Cup dilangsungkan dalam suasana angin yang tenang ...dan selepas sahaja Monsoon Cup, maka bermula lah musim tengku juh yang sebenarnya. Kalau tak silap saya tahun lepas penganjur terpaksa menangguhkan acara separuh akhir sebab angin terlalu perlahan sehinggakan perahu layar menjadi 'malu-malu kucing' untuk belayar. Hmm, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukannya.



Kenapa ni? Penat setelah menolak perahu layar ke??



Mungkin lepas ni boleh anjurkan pertandingan lain yang tak memerlukan angin kencang. Sebab angin kencang ni susah untuk diramal bila akan berlaku. Err ..silap. Nak ramal tu senang (budak tadika pun boleh buat ramalan), tapi jadi ke tak tu kita tak tahu.

Antara pertandingan yang saya rasa menarik adalah seperti:

1. Karom (ke Karem atau Karim atau Karim Pin atau Karim Puff Girl???)
2. Dam Haji atau Dam Ular
3. Mahjong (bukan Maajun Kuat Salasa) ..untuk orang Cina je.
4. Main tudung botol
5. Batu Seremban
6. Batu Gajah

Menarik bukan? Tidak memerlukan angin kencang. Cuma angin yang sepoi-sepoi bahasa melayu yang diperlukan untuk menghasilkan persaingan sengit di kalangan peserta.

SELAMAT MENCUBA!

04 December 2007

Yahoo ..

Setelah 3 hari menanti akhirnya saya terima juga sampul Pos Ekspres yang dihantar dari British Council. Sepatutnya sampai 2 Disember, tapi posmen salah hantar ke UDM ..bukan UMT. Nasib baik la ada seorang staf UDM baik hati bagi sampul tersebut kepada sepupu beliau yang berkerja di INOS, UMT dan seterusnya diberi kepada saya.

Masa nak buka sampul ni bukan setakat jantung ..tapi hati, paru-paru, ginjal dan pundi kencing saya turut berdebar-debar, lebih kuat daripada semasa mengambil keputusan SPM (1997).

Sampul Pos Ekspress yang tertera perkataan 'Dijamin Sampai Esok' dibuka ...

Alhamdu Lillah.

Saya dapat Overall Band 6.5

Listening - 7.5
Reading - 6.5
Writing - 6.0
Speaking - 6.0

Keputusan ini dah melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan oleh JPA / KPT untuk sambung belajar di luar negara iaitu 6.0. Keputusan ini juga menepati syarat minimum kebanyakan universiti di UK dan Australia iaitu 6.5. Syukur, lepas ni boleh la 'concentrate' untuk permohonan cuti belajar dan biasiswa.

Ramai yang terlibat membantu saya dalam mencapai keputusan yang 'unsangkarable' ini.

Mr Anuar (pensyarahUDM) - kerana mengajar secara percuma pada tahun 2004
Rumi (tutor UMT) - kerana bagi pinjam buku modul dan audio files IELTS, dan juga bagi tip-tip
Dr Rebeh (pensyarah UMT) - kerana tolong ajar saya untuk 'writing' dan 'speaking' dengan
ujian olok-olok
Roy (tutor UPM) - keranan bagi tip-tip untuk 'score' dan bantuan kewangan ...he he
Jep (tutor UPM) - kerana bagi tip-tip untuk 'score'
kawan-kawan lain ..Julia, McRos, Along, Azam etc. etc. yang bagi sokongan kewangan moral

..banyak la pulak senarai, tapi nak buat macam mana, kena tulis juga nanti ada yang merungut cakap tak kenang budi kalau nama dia tak ditulis.

Yang akhir sekali (dan paling istimewa) tentulah kepada keluarga saya terutamanya kepada Mak kerana sokongan beliau melalui doa, dan juga adik saya Reza kerana bersusah-payah sepanjang 2 hari 1 malam saya di KL untuk IELTS.

Tapi... yang kurang gembiranya apabila resit bayaran yuran IELTS saya hilang! Macam mana nak 'claim' balik dengan UMT. RM 510.00 tuuu! Harap-harap la resit tu dijumpai ataupun boleh claim tanpa menggunakan resit. Kalau tak naya la. Saya tak bersedia lagi menjadi dermawan.
p/s: Roy, tolongla doakan aku berjaya 'claim' yuran tu ....