31 January 2008

Taukeh Batik juga yang untung!

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Hari ni pertama sekali saya pakai Baju Batik waktu kerja. Sepatutnya minggu lepas kena pakai, tapi masa tu tak sempat beli lagi.

Nampaknya hari ni semakin ramai yang memakai batik. Muka masing-masing ceria. Mungkin batik yang dipakai masih baru dan berbau bundle kedai. Tapi yang paling ceria semestinya tokey batik!


Perhatian: 3 model di atas (barisan belakang) bukan merupakan staf UMT. Model (barisan depan) pun bukan staff UMT.


Jadi tugas utama kebanyakan staf UMT hari ni adalah:

1. Pergi ke Kafe dalam kampus 3 kali (sarapan, minum pagi dan makan tengah hari).
2. Jalan kaki (tidak menggunakan kereta atu motor atau beca) untuk ke fakulti dan pejabat lain.
3. Keluar dari bilik setiap 15 minit dengan berpura-pura untuk ke tandas atau menyedut udara segar.
4. Melawat ke bilik rakan sekerja, atau pura-pura untuk berbincang dengan rakan sekerja.
5. Pergi ke library atau di mana-mana yang ramai pelajar.

Semua aktiviti di atas dilakukan untuk memperagakan batik masing-masing dan juga membuat perbandingan, siapa punya lebih lawa dan menyerlah.

Walaupun bertemakan batik, tapi jangan la pakai macam ni masa kerja.

13 January 2008

Ghairah menanti

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..


Sekarang ni kebanyakan (hampir semua kot) pegawai kerajaan sedang menunggu tarikh 24 Januari 2008 dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Saya pun termasuk dalam golongan yang ghairah (AMARAN: Jangan fikir porno!) menunggu 24 Januari nanti. Tarikh tersebut bukannya tarikh Perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu atau tarikh Pembukaan TESCO Kota Bharu (saya tak sempat pergi masa balik kampung minggu lepas).

24 Januari 2008 adalah tarikh kemasukan gaji pegawai kerajaan. Tak tahu lah sama ada semua pegawai kerajaan, tapi sekurang-kurangnya staf2 di UMT (PERHATIAN: UMT adalah Universiti Malaysia Terengganu ...bahagian Komunikasi Korporat UMT patut berterima kasih atas promosi tidak berbayar ini). Semua ghairah sekarang ni tunggu 24 Januari 2008! Banyak barang nak beli. Mesti penuh TESCO Kota Bharu dan Mydin (Hah! Mydin??) Kuala Terengganu ..kan.

Tapi berapa orang yang sanggup buat macam Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, Melayu / Bumiputera terkaya di Malaysia?

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Semasa diajukan soalan daripada wartawan rahsia bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, Tan Sri Syed Mokhtar memberitahu tentang pesanan ibu beliau yang sentiasa mengingatkan beliau agar jangan melupakan orang yang susah.

Pendapatan pertama Tan Sri adalah RM 1500 pada tahun 1975 (kalau tak silap saya), tetapi betapa mulianya hati beliau apabila menyedekahkan separuh daripada gaji tersebut (RM750.00) kepada 15 keluarga miskin. Dan, sifat dermawan beliau masih diteruskan sehingga kini.

Ermm ....sanggupkah kita mengikut sifat dermawan yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar?

Kalau gaji RM2000 ...kita kena sedekahkan sebanyak RM1000 kepada keluarga lain! Tu belum lagi ditolak yang hendak diberikan kepada keluarga sendiri. Sanggupkah kita??

09 January 2008

Minah Indon marah-marah daaa..

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Baru je semalam saya bercerita pasal Minah Indon kata lelaki Malaysia penyayang, hari ni saya terbaca dalam Utusan Malaysia, pasal saranan agar rakyat Malaysia berhenti menggunakan istilah Indon. Menurut kata orang Indon, istilah ini walaupun tidak salah, tetapi seolah-olah menghina mereka. Jadi kita hendaklah panggil mereka sebaga Indonesia.

Hmm. Pelik juga. Apa yang hina nya? Setahu saya, orang Melayu Thai memanggil kita orang Malaysia sebagai Malay. Tak pula rasa terhina. Tapi nak buat macam mana, sebagai menghormati jiran tetangga, kita ikut je lah. Lagipun kita ni serumpun.

p/s: Lama tak dengar cerita pasal Kak Nelly dan Desty. Macam mana ya kalian?

...............................................................................................................

Berita gembira.

Cuti belajar saya (ke UK) telah diluluskan oleh pihak UMT. Alhamdu Lillah.

Sekarang kena tunggu mesyuarat peringkat KPT untuk kelulusan biasiswa. Harap-harap jangan la ada masalah. Insya Allah.

08 January 2008

Bercinta dengan Minah Indon??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Pagi ini, baru saya sedar bahawa saya juga seorang yang penyayang.

Ini bukan kata-kata perasan saya sendiri tau. Tapi kenyataan oleh wanita Indonesia. Bukan seorang yang cakap tapi berjuta-juta wanita Indon yang bernama seperti Acha, Bunga, Lestari, KrisDayanti, Nirina, Rossa, AgnesMonica, Ravelina dan ramai lagi kata saya ni penyayang.

He he ...bangga. Siapa kata lelaki tidak penyayang??

Tapi ...kata-kata tersebut tidak semestinya dapat membuatkan saya mudah jatuh hati dengan wanita Indon ..tapi (ada lagi tapi), kalau yang macam Bunga, siapa yang tidak jatuh hati ..kan? Tapi ...(tapi lagi!), apakan daya Bunga dah dimiliki orang.

06 January 2008

"Hikayat seorang Profesor"

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Minggu lepas. Saya masuk ke bilik Dr Sakri, nak minta tandatangan. Masa nak keluar, dia suruh tunggu sekejap.

"Rauhan, sayo ado bendo nok royak ko awok ni. Awok ni anok murid sayo ...(sambil bagi sehelai kertas kepada saya) ..sayo royak ko awok mulo2 ni,"

Sebelum baca kertas tersebut, gabra jugak sebab ingatkan Dr Sakri nak komen pasal perfomance kerja.

Tapi bila baca, baru tahu. Dr Sakri telah dilantik sebagi Prof, bukan lagi Prof Madya. Hmm patut lah dia tersengih semacam je masa bagi kertas tu kat saya.

Tahniah Dr (opss silap). Tahniah Prof.

Saya tumpang gembira sebab ex-supervisor masa master dulu dah jadi Prof dah sekarang ni. Tapi sehingga hari ini, masih kekok nak panggil dia Prof, sebab dah terbiasa panggil Dr. Mungkin dalam seminggu dua lagi baru lidah saya yang tidak bertulang ini akan dapat panggil Prof.

Sedikit infor pasal mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar....

Mesyuarat JKLB akan diadakan pada Rabu ni (9 Jan) jam 8.30 pagi. Harap-harap permohonan saya ke Univ of St Andrews diluluskan. Boleh la terus fokus kepada research yang akan dibuat nanti. Malas dah nak cari tempat lain, sebab nak kena ubah proposal la, isi borang semula la dan macam-macam lagi.

01 January 2008

Gembira di Tahun Baru

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..


Apa perasaan anda sempena Tahun Baru? Gembira? Sedih?


Saya ....


Gembira yang amatzz!
.


Mulai 1 Januari 2008, semua Tutor dan Felo Akademik FASM dikehendaki mengetip kad perakam waktu ('punch card').


Betul ...saya betul-betul gembira dengan peraturan baru ni.