29 April 2008

Nak telefon ke Malaysia? JustVoip

Semenjak berada di Scotland ni, dah ramai orang yang saya telefon dari sini. Ibu dan adik-beradik, kawan-kawan, Pensyarah UMT dan ramai lagi. Saya kira-kira, lebih kurang 1 ½ jam telah saya peruntukkan untuk bercakap. Nak tahu berapa yang saya telah habis untuk perbualan telefon? He he ..Cuma 1.45 Euro atau RM 7.45. Murah kan? Semuanya sebab saya guna JustVoip.

Dengan JustVoip, kita dapat telefon ke beberapa (banyak sebenarnya) destinasi dengan percuma. Tapi ini untuk talian tetap sahaja. Sebagai contoh, kalau saya menelefon ke rumah saya di Kelantan daripada telefon rumah saya di Scotland, tiada caj yang dikenakan walau lama manapun berbual. Ini kerana Malaysia dan United Kingdom termasuk dalam destinasi yang diklasifikasikan sebagai *FREE. Hanya dikenakan 0.05 sen (Euro) untuk yuran laluan setiap kali panggilan. Tapi kalau telefon ke telefon bimbit ada caj yang akan dikenakan, iaitu lebih kurang RM 0.22 seminit. Tapi masih lagi murah kan, berbanding kalau guna sistem roaming.

Untuk melayakkan anda mendapat keistimewaan membuat panggilan percuma, anda hanya perlu membeli kredit (jangan harap 100% percuma la) minimum sebanyak 10 Euro iaitu lebih kurang RM 50 (RM 49.17). Dengan membeli kredit sebanyak ni, anda akan diberikan kredit panggilan sebanyak 300 minit percuma selama seminggu (bukan sebulan). Jadi ada masa 5 jam seminggu untuk bercakap secara percuma. Tapi ada satu lagi syarat, kredit ni hanya sah digunakan dalam masa 120 hari (4 bulan). Selepas habis 120 hari atau habis 300 minit dalam seminggu, caj biasa akan dikenakan iaitu RM0.16 seminit. Hmm masih murah kan. Telefon bimbit pula macam caj yang dinyatakan tadi.

Jadi, selepas campur tolak kira bahagi dan mengikut pengalaman Ayah Su saya yang mencadangkan JustVoip ni, saya rasa saya boleh bertahan selama 4 bulan dengan membeli kredit sebanyak 10 Euro (RM50) kalau hanya menelefon ke talian tetap. Tapi kalau selalu telefon ke telefon bimbit mungkin untuk 2 bulan sahaja. Tapi bagi saya, ianya masih murah untuk menghabiskan RM 50 bagi sekurang-kurangnya 2 bulan (kalau lama lagi baik). Maknanya RM25 sahaja sebulan untuk telefon.

Macam mana sistem ni beroperasi?? Untuk membolehkan anda membuat panggilan menggunakan telefon, anda mesti mempunyai telefon talian tetap (landline), selepas mendaftar dan membeli kredit, masukkan no landline anda, dan masukkan no landline / mobile orang yang hendak dihubungi. Tekan dial, dan tunggu sehingga telefon anda berdering (seolah-olah macam adaorang telefon anda), angkat telefon dan tunggu sehingga bunyia dial tone macam biasa dan seterusnya tunggu lah orang yang anda hubungi jawab panggilan anda. Jangan bimbang, tiada caj akan dikenakan pada talian rumah anda (mana-mana rumah) kerana talian tu hanya digunakan sebagai tumpangan sementara sahaja. Selain tu, kalau anda mempunyai headset, anda boleh terus mendail dari PC atau Laptop anda ke mana-mana nombor pilihan. Tak payah guna telefon rumah. Cakap je terus dari microfon. Lagi senang.

Selamat Mencuba"

Selain JustVoip, anda boleh juga guna nonoh, sama je sistem dia, dan caj pun lebih kurang la.


Tapi yang paling percuma adalah menggunakan YM atau Skype ..siap boleh buat Video Call lagi. Tapi tak semua orang yang kita nak hubungi ada talian internet kan.

23 April 2008

Selamat Tingal Malaysia (Bhg 2)

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Alhamdu lillah. Selamat tiba di Airport Schipol, Amsterdam. Sebenarnya airport ni sangat besar. Terasa macam berada di pusat membeli-belah. 9 jam berada di sini tak la terasa bosan. Sempat la jugak online guna wi-fi, tapi tak boleh lama sebab tak dapat guna plug laptop. Kat sini cuma ada plug yang 2 lubang, tetapi power supply laptop saya 3 kaki. Guna bateri tak la lama tahan.


Schipol Airport, Amsterdam


Penerbangan saya dari Amsterdam ke Edinburgh pada jam 3.15 petang, naik pesawat KLM. Naik je flight saya terus tidur sebab terlampau penat. Tak sedar pun semasa pesawat berlepas dan mendarat? Saya hanya sedar semasa Pramugari kejutkan untuk bagi makanan, tapi saya tak ambil.

Penerbangan mengambil masa 1.30 jam. Saya dijemput oleh Faizal (Medic, St Andrews) dan Zarif (Architecture, Dundee) di airport Edinburgh. Keluar je pintu airport untuk naik bas barulah saya dapat rasa betapa sejuknya kat sini. Ingatkan aircond dalam pejabat dah sejuk dah, tapi di sini sejuk lagi.

Kami pergi ke rumah Faizal di Dundee. Saya bermalam di rumah dia semalaman. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka sebab layan saya dengan baik, dan siap sediakan makan malam lagi. Dan lagi, siap bekalkan saya nasi untuk hari esoknya.

Pagi esoknya, 16 hb April saya dan Faizal ke St Andrews. Dekat je sebenarnya St Andrews dari Dundee ni. Patutlah dia tinggal kat Dundee walaupun belajar di St Andrews. Selepas ambil kunci rumah dan letak beg, kami ke sekitar bandar (pekan sebenarnya) St Andrews. Si Faizal lah yang tunjukkan saya kedai-kedai di St Andrews ni. Lepas tu barulah kami ke Gatty Marine Institute untuk pendaftaran saya. Faizal terpaksa beredar dulu sebab dia ada kelas.

Selepas daftar (sebenarnya pra-pendaftaran) saya diperkenalkan dengan Dr Rebecca (Beccy), seorang Post Doc dalam kumpulan Sediment Ecology Research Group (SERG). Beccy kemudiannya perkenalkan saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain dan juga tunjukkan saya selok-belok persekitaran bangunan Gatty di mana saya akan ditempatkan. Selepas tu, saya di kehendaki ke Old Union Reception untuk menyerahkan surat pendaftaran dan juga permohonan untuk ID card.

Ok lah. Sampai di sini dulu ya.

Sekarang bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar PhD di University of St Andrews, Scotland.

Pekan kecil St Andrews

19 April 2008

Selamat Tinggal Malaysia

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

He he. Ni sebenarnya entri yang boleh dikira sebagai lapuk dah. Takpalah, saya nak juga kongsi dengan orang lain.

Tanggal 14 April baru-baru ini, saya dengan sedihnya telah meninggalkan Malaysia negara tecinta bagi meneruskan pendidikan di University of St Andrews, Scotland.

Rasa macam tak percaya sebab proses untuk ke sini mengambil masa yang amat singkat. Lebih kurang 2 minggu sahaja selepas menerima surat tawaran daripada KPT. Kalut tu memang tak dapat dielak lagi. Tambahan pula sepupu saya kahwin pada 12 April tu.

Saya berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kenapa tidak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu?? Sebabnya dah sepupu (yang tinggal di Kuala Terengganu) kahwin pada 12 hb, tak sempat la pulak rasanya nak balik ke Kelantan semula. Itulah yang naik sini

Sampai sahaja di lapangan terbang, terus mendapat masalah sebab beg saya lebih muatan. Memang la saya bawak lebih masa tu, tapi ramai yang cakap tak apa kalau kita bagi alasan pelajar, nak pergi sambung belajar. Nasib baik la mak ikut sekali ke KLIA, jadi lepas la kedua-dua beg saya sebab guna atas tiket untuk 2 orang. Ramai juga yang datang untuk megucapkan selamat tinggal masa tu. Keluarga, ahli-ahli PSSCMCT dan rakan sekerja dari UMT. Rasa bersalah pun ada sebab tak dapat layan semua dengan baik. Macam mana nak layan, mood tengah sedih masa tu, he he.

Antara ahli keluarga yang datang

Paling ramai ...ahli PSSCMCT

Rakan-rakan dari UMT

Terharu juga bila Ketua Jabatan merangkap mantan Penyelia Utama saya semasa membuat Master, iaitu Prof Sakri juga datang walaupun terpaksa berkejar selepas habis Viva pelajar Master UMT.

Tak sempat berborak panjang dengan Prof sebab kalut nak check-in. Tu pun saya dan mak orang yang terakhir masuk dalam 'flight'. He he nasib baik la tak kena tinggal.

Saat meninggalkan negeri Terengganu tu rasa sayu juga. Yang membuatkan hati sayu bila melihat laut. Masa tu teringat kembali kenangan membuat 'sampling' di sini. Kenangan mencandat sotong, trip ke pulau dan sebagainya yang berkaitan dengan laut. Bila la pulak dapat melihat lautan biru ni ya.

Sampai sahaja di KLIA, saya terus mencuba sekali lagi untuk 'check-in' dengan 2 beg tadi. Hampa. Sebab tak lepas juga. Akhirnya saya terpaksa akur dan pergi ke surau untuk memilih semula barang yang perlu di bawa dan 1 beg lagi untuk ditinggalkan kepada adik saya. Hampir 2 jam juga dalam surau untuk memilih barang.

Saya ditemani mak dan adik-adik semasa di KLIA. Lepas tu, kawan-kawan lama semasa UPMT dulu pun ada datang untuk mengucapkan selamat tinggal.

KLIA ..10 minit sebelum masuk


Jam 11 malam saya mula bergerak untuk 'check-in' Detik ni lah yang paling sebak sebab terpaksa berpisah dengan keluarga. Isk isk (sedih ni...). Tapi nak buat macam mana, perjuangan (ceh perjuangan tu) mesti diteruskan. Saya bergerak ke pintu C34 selepas bersalam dengan adik-adik saya dan dengan mak.

Mula-mulanya saya ingatkan kosong je pintu ni. Rupu-rupanya penuh dengan pelancong yang akan ke Amsterdam. Semmuanya kulit putih.

Walaupun mengantuk, saya tahan juga sebab nak merasai macam mana 747 berlepas. Lepas sahaja berlepas, saya terus tidur. Dalam 10 minit selepas tu, saya dikejutkan oleh Pramugari untuk makan. Mestila saya bangun kan?? Sebab pramugari tu cantik. Penumpang diberi makan sebanyak 4 kali semasa dalam penerbangan. Sungguh kenyang.

Syukur. Penerbangan yang dilalui selamat. Saya tiba di Airport Schipol pada jam 7 pagi. Oleh kerana terpaksa transit selama 9 jam, saya tak keluar ke mana-mana. hanya duduk di kawasan airport. Pusing-pusing hinggalah letih (bersambung)

03 April 2008

Alahai ...Nescafe

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Sekarang semua urusan untuk sambung belajar telah hampir selesai. Urusan dengan KPT telah selesai. Tinggal untuk ambik cek sahaja,
pada Jumaat ni. Mintak2 la sempat untk 'clear' cek tu, kalau tak naya la ..duit mana nak guna untuk belanja bila sampai St Andrews nanti.


Sekarang tinggal borang perjanjian dengan UMT yang belum selesai. Tapi, barang keperluan belum dibeli langsung!
Pakaian panas? Kasut? Windbreaker? Serunding? Ikan bilis? hmmm pening nak fikir. Tapi yang pasti, saya mesti bawa Nescafe! Tak kisahlah yang 3+1 atau biasa, heheh.


Semakin hampir nak bertolak ni semakin kalut + 'nervous' rasanya. Untuk makluman, jadual perjalanan saya adalah seperti berikut:


14 April: Terengganu (4.10pm) ke KL (5.00 pm)

14 April: KL (11.55pm) ke Amsterdam (6.30pm) 15hb

15 April: Amsterdam (3.15pm) ke Edinburgh (4.45pm)

Syukur, akan ada pelajar Malaysia di situ yang akan jemput dan saya akan bermalam di rumah dia dulu untuk malam tu. Esoknya
baru akan pergi ke St Andrews.


Lega lah juga bila ada orang Malaysia kat sana. Ringan la sikit urusan.