31 May 2008

Zaman 80-an

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Sesekali teringat jugak zaman kanak-kanak....Lebih-lebih lagi bila baca artikel di bawah ni. Saya pasti, ramai yang dah bacanya. Ada yang dah baca sekali, 2 kali dan ada yang dah baca 99 kali. Tapi saya punya suka lah nak post kat sini jugak, sebab blog ni 'ana yang empunya'.

Dalam Gitu Gitu d Era pun ada pasal ni. Chekidaud...


powered by ODEO


powered by ODEO


Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:


kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunksn Mickey Mouse.Not to forget Ninja Turtles, Mask,Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembarispanjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?kalau tulisan tak cantik cikgu ketuk jari

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin. air sirap cuma 20sen and boleh dapat nasi ayam dgn harga 1.50

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.ada yang suka kasut high-cut yang buatan chinatu...ada yang suka stokingtebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,'telur' keras warna warni, biskut 'rokok' chewing gum,KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan MakananTambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time PendidikanJasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban,penutup botol, batangaiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2dia! [tp aku xmerasa sgt la sbb kecik2 dlu aku asthma teruk, plain water only]

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu'We Are the World, We Are the Children...'dan lagu 'Uptown Girl' yang diorgtau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tufilem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Disket giller nipis weh!

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke??

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa kesemasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...

but i do miss my childhood days. no worries!

p/s: i found it on friendster facebook, and it is fun to read it


27 May 2008

Pembukaan Rasmi

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

sila lawat ...

Koleksi Foto Sensasi

Amaran: Jika anda mencari gambar2 porno, anda akan mengalami sesalan yang tak sudah jika anda klik pada link di atas. Oleh itu, untuk mencari gambar porno, saya cadangkan anda menggunakan Google Search. Kalau tak pandai nak search, jangan guna internet untuk kepuasan nafsu anda, carilah DVD porno yang ada di jual di kaki lima atau pasar malam.

20 May 2008

Eh eh ..Dah Sebulan Dah

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Diam tak diam dah sebulan lebih saya kat St Andrews ni. Kalau 2 minggu pertama dulu rasa lama gila masa berlalu. Tapi semenjak dua menjak ni rasa sekejap sangat. Maklumlah, tekanan dah mula terasa. Dave (supervisor saya) suruh buat tu, buat ni ...bacu tu baca ni. Hamm barulah terasa cabaran sebagai pelajar PhD.

Betapa tekunnya saya buat kerja, orang ambik gambar pun tak perasan.

...dan ni lagila, tak sempat nak duduk pun. (fuhhh...kelam-kabut beb)


Tapi, kedua-dua gambar tersebut saya kantoi sebab PC tersebut hanya memaparkan Desktop shj ..bukan aplikasi Word ke ..Adobe Reader ke ..hampeh!!


Apa cerita terbaru??

He he, saya sekarang (dah seminggu lebih dah) pindah ke bilik baru. Sebelum ni duk kat bilik kecik, jauh plak tu ngan ahli dlm research group. Kali ni, bilik lebih besar, dan duk ngan ahli2 dlm SERG (Sediment Ecology Research Group). Senang skit nak buat kerja, dan nak tanya apa2.

Dan semalam, saya dah dapat PC baru. Dell Vostro - Intel Core 2 Duo 2.2GHz, RAM 2Gb. LCD monitor bapak punya besar ...20 atau 21 inci rasanya. Dan paling best sebab diorang dah install Photoshop. Syukur. Laptop saya tak ada Photoshop, dan nak cari installer (piracy) kat sini mmg mustahil la. Selain tu, pakej PC baru ni juga sekali ngan printer. Walaupun sekadar injet printer, tp ok la sbb siap ngan scanner.



Syukur. Lepas ni tak perlu la saya bawa laptop hari-hari. Penat woo ..jalan kaki 40 minit sambil memikul laptop dan bekalan makanan. Lepas ni juga dah tak ada alasan lagi untuk tidak siapkan kerja on time ...kan???


"Tolong la jgn kacau ...saya sibuk ni. George Bush pun tak sibuk mcm ni"

15 May 2008

BBQ Islamic Society

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Bila? 14 Mei 2008 (7 malam)

Di mana? Castle Sand, St Andrews

Jalan menuju ke Castle Sand
Nota: Tiada apa yg istimewa dengan kereta tersebut. Secara kebetulan lalu di situ. Dah tak ada jalan lain nak lalu?


Pose biasa-biasa daripada saya. Kategori 'U' (Untuk tatapan umum)


Kesejukan dapat dirasai ke sum-sum tulang kering, tulang rusuk dan tulang belikat.


Nyam nyam ..sedapnya ..dan halal.
Nota: Daging di sebelah bawah, kanan tu bukan digigit kucing atau tikus, tapi ia menjadi mangsa gigi saya. Kesian daging tu, tiba-tiba je kena gigit.

Sebahagian yang hadir

-------------------------------------------------------------------------

Gambar kat bawah ni bukan gambar semasa BBQ tersebut. Tapi ni gambar-gambar masa jalan2 (ngan Izaty) kat padang golf di sekitar St Andrews. Aktiviti bermoral ni dijalankan pada petang Sabtu lepas (lu fikkirlah sendiri tarikhnya).


Misi : Jalan-jalan sambil cari bola golf
Hasil : 3 biji yang diperolehi
Kesimpulan : Misi kurang berhasil. Mungkin pemain-pemain golf kat situ sudah menghidu kedatangan kami. Hampir semua bola dikutip mereka (yang buruk pun kutip juga ke?)



Dapat dilihat wajah saya semakin cerah. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kecerahan kulit yang saya alami adalah secara semulajadi. Bukan dengan bantuan Fair & Lovely, Oil of Olay mahupun bantuan peluantur pakaian seperti Clorox Bleach.