27 July 2008

Barcelona menyerang St Andrews

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Rasanya dah beberapa kali pasukan bolasepak dari EPL datang ke Malaysia. Manchester United, Arsenal dan yang terbaru Chelsea. Semuanya datang ke KL. Dan saya tak pernah pun pergi untuk menyaksikan mereka berlatih atau bermain. Sebabnya malas nak ke KL semata-mata kerana nak tengok mereka. Jauh wo ..dari Terengganu ke KL.

Tapi minggu lepas, salah sebuah pasukan ternama dari La Liga iaitu Barcelona datang ke St Andrews untuk latihan dan juga pertemuan dengan Hibernian (di Murrayfield, Edinburgh) dan Dundee United (di Dundee). Tahun ini merupakan tahun ke-2 Barca datang ke St Andrews.

Oleh kerana sangat dekat dari rumah, saya pun apa lagi. Mestilah pergi tengok bintang-bintang antarabangsa ni dari dekat. Cuma terkilan sebab Deco tak datang, sebaliknya dia pergi ke Malaysia bersama Chelsea.

Untuk 2 hari pertama, saya pergi melihat mereka berlatih di St Andrews Sports Centre. Teruja juga walaupun dapat melihat dari jauh. Macam tak percaya sebab dapat melihat kemahiran mereka secara 'live and unplugged'.

Suasana di tempat mereka berlatih tidaklah meriah sangat sebab penduduk di St Andrews ni tak ramai. Yang ada pun kebanyakannya tak minat bola sangat. Mereka lebih minat ragbi. Jadi untung juga lah bagi saya sebab tak perlu bersesak-sesak dengan ramai orang untuk menonton sesi latihan Barca di bawah kendalian pengurus baru mereka, Josep 'Pep' Guardiola.



* Sila klik pada gambar untuk 'view' yang lebih besar.

Walaupun nampaknya mereka bermain dan berlatih dengan tidak sepenuh hati. Tapi puas hati juga sebab dapat melihat kemahiran tinggi yang ditunjukkan, terutamanya dari Messi. Bila dia menggelecek seolah-olah bola melekat di kakinya. Pemain-pemain lain pun tidak kurang hebatnya (kalau tak hebat tak boleh la main dengan Barca). Pantas dan tepat setiap hantaran yang mereka lakukan.

Saya terasa seperti berada di Sepanyol semasa menyaksikan Barca berlatih. Ini kerana di kiri dan kanan saya dipenuhi dengan pelajar sekolah dari Sepanyol yang datang ke St Andrews untuk program 'summer school'.



Menyaksikan Barca berlatih sambil dengan berlatarkan babak dalam Telenovela


Walaupun sekejap (1 jam setengah) je mereka berlatih, tapi puas hati la jugak. Lagipun saya tak perlu bersusah-payah nak ke padang latihan. Dah memang laluan ke rumah saya.




Pada malam ke-2 mereka di St Andrews, saya (dengan semangat juang yang tinggi) telah ke bandar (5 minit je dengan basikal yang dikayuh secara santai) untuk menengok-nengok kalau ada pemain Barca kat situ. Dan, saya rasa nasib saya memang baik...... jeng jeng jeng

Berhampiran dengan sebua pub saya dapat lihat 5 orang pemuda memakai 'track-suit' rasmi Barcelona. Saya menjadi 'excited' dan terus menuju ke pub tersebut. Mereka berjalan masuk ke dalam pub. Kebetulan ada kat depan pintu pub tu, seorang minah Scottish yang boleh tahan seksi excited nak jumpa dengan kumpulan pemuda tersebut. Dia kata tak kenal pun siapa mereka, tapi asalkan ada kaitan dengan Barca dia memang nak jumpa. Mula-mula dia yang masuk ke dalam pub tu untuk bergambar. Lepas tu dia suruh saya pula. Bila saya masuk dalam pub barulah tahu, mereka tu bukan pemain, tapi hanyalah 'coaching staff' je. Takpe lah. Jurulatih pun jadilah, asalkan dapat bergambar dengan pasukan Barcelona.



Mereka kata tahun ni semua pemain tak dibenarkan untuk ke bandar. Kalau tahun lepas Frank Richkard benarkan, tapi Pep Guardiola lebih tegas (woh nako sungguh mu Pep!!).

Jadi mereka cadangkan saya ke Old Course Hotel kalau nak lihat pemain Barca dengan lebih dekat.

Saya berterima kasih kepada mereka sebab memberikan maklumat tersebut. Ya, esok saya akan ke Old Course Hotel untuk tengok macam mana Messi dari dekat. Tinggi ke rendah dia tu...

15 July 2008

3 in 1

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

BBQ KMD @ Tentsmuir Beach

Agak lama juga saya tidak menyertai sebarang aktiviti anjuran Komuniti Melayu Dundee nih. Ini hanyalah kali ke-3 saya berkumpul dengan rakan-rakan Melayu dari Dundee. Walaupun tak semua hadir, tapi seronok juga. Boleh juga bermesra alam (bukan teman tapi mesra ya) dengan semua yang hadir. Majlis ini diadakan pada Ahad lepas 13 July bermula dari jam 10 pagi sampai hampir 4 petang.

Saya dan Aini juga join majlis ni walaupun tidak bermastautin di Dundee. Ya lah, hanya ada 4 orang sahaja Melayu di St Andrews. Mana boleh nak buat persatuan macam kat Dundee ni. Kalau buat juga, mestilah saya sebagai Pengerusi, dan dalam masa yang sama memegang jawatan AJK Jamuan dan Cenderamata dan AJK Tempat dan Teknikal ..haha gila kuasa.


Ok. Berbalik kepada perkara pokok tadi. Err ..apa perkara tu ? Ah ..rujuk gambar lah . Lagi senang ..kan?

Kepantasan mengipas saya kurang daripada 0.25 saat1, sehinggakan tidak berjaya di'tangkap' dengan baik oleh kamera.



Antara junior2 warga KMD. Mereka ni nampak je gitu. Taapi cakap omputeh cair. Tanpa mengeluarkan bau budu, keropok lekor atau tempoyak mahupun cincalok.

Puas hati. Gembira dan kenyang. Sehinggakan masa dalam bas balik ke St Andrews, saya sempat lagi tertidur sebab kekenyangan. Sedar-sedar dah sampai stesen bas. Nasib baik la ada basikal. Tak la penat sangat untuk ke balik ke rumah dari stesen bas tu.

Gambar-gambar BBQ KMD diambil (atau di 'pow') dari laman Kak Khamsah & Dr Khai & Dr Inda:


Unihoc

Warga Gatty dan Bute) main sukan ni setiap Isnin di Cosmos Centre. Sama ada jam 6 ptg atau 7 malam. Permainan ni lebih kurang macam hoki, cuma ianya tak ada peraturan sangat. Boleh pegang bola, boleh tanduk dan tidak batal walaupan kena kaki.





Posing dulu ..lepas tu kami masuk ke gelanggang dan membelasah pihak lawan tanpa rasa bersalah.


Nam Prik Pow

Setelah hampir 3 bulan berada di sini. Barulah saya berpeluang untuk masak antara masakan yang saya selalu masak semasa kat Terengganu. Nam Prik Pow. Kali ni guna ikan Salmon Ikan ni diperolehi daripada makmal. Lebihan daripada spesimen kajian rasanya. Tapi yang pasti ianya bukan daripada kajian penyakit ikan atau parasitologi ikan.

Kalau sebelum ni saya biasa guna Talapia atau Siakap. Tapi Salmon pun sedap juga (mungkin sebab percuma kot). Cuma ada bahan penting iaitu daun limau purut tidak dimasukkan dalam Nam Prik Pow ini.

(Gambar dan resipi tidak didedahkan kepada pihak umum kerana khuatir akan di'pow' untuk kepentingan sendiri.



Perhatian: Tajuk entri 3 in 1 tidak ada kena-mengena dengan Nescafe 3 in 1. Ianya begitu kerana saya menghantar 3 cerita untuk 1 entri; untuk menjimat masa ,jimat ruang dan jimat minyak (apa-ntah kaitannya).

Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng)

1) 0.25 saat merupakan masa yang diambil oleh Ritsu untuk bertukar!! dan memakai Baju Angkasa Gaban

13 July 2008

Tali pinggang keledar

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Baru sekejap tadi saya baca berita1 pasal kerajaan menjalankan kempen pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Kempen bermula 1 Jun baru-baru ni.

Komen saya (yang tidak ikhlas):
"Baguslah, untuk keselamatan.

Komen saya (yang ikhlas):
"Tali pinggang depan pun ramai tak pakai, inikan tali pinggang belakang"

Semua tahu kan ..rakyat Malaysia (saya pun) tak ambil kisah sangat tentang pemakaian tali keledar ni. Kita biasanya akan pakai bila nampak polis atau JPJ (atau bagi pelajar universiti atau kolej, bila nampak 'Pak/Mak Guard'.) Buat macam tu pun sebab keselamatan, keselamatan daripada kena bayar saman.

Saya pernah juga beberapa kali dari Terengganu ke KL tak pakai pun tali keledar masa naik kereta (ni masa duduk kat depan laa ..bukan duduk belakang). Nasib baik tak jumpa Encik Polis atau JPJ

Tapi sekarang kat UK ni tak boleh buat macam tu lagi. Mereka kat sini sangat disiplin. Masuk je dalam kereta terus pakai tali pinggang. Walaupun untuk ke tempat yang sangat dekat2. Saya pula yang kekok sebab kalau tumpang kereta mereka, selalu tak ingat nak pakai. Sampailah mereka tegur (dengan muka serius) baru saya pakai. Tertekan juga kadang-kadang tu. Sebab tak selesa dan tak biasa sebenarnya.


Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):

  1. Berita pasal ni saya baca dari Jiwang.net. Bukan Utusan atau BHarian atau Harakah.
  2. Masa ke Lowestoft hari tu, 2 kali Dave 'menyiku' saya sebab tak pakai tali pinggang. Padahal untuk perjalanan dari tempat parking airport ke terminal je (200m).



09 July 2008

Ada apa dengan lubang?

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Semalam, dalam suratkhabar The Sunday Post1. Saya tergelak bila baca berita pasal beberapa majlis daerah di Scotland telah memperkenalkan botol garam 5 lubang bagi menggantikan dengan yang lama, 17 lubang, untuk kegunaan di kedai-kedai fish n chips.

Ada apa dengan lubang?

Tujuannya (mereka kata telah dibuktikan daripada kajian) adalah untuk mengurangkan pengambilan garam di kalangan rakyat. Bunyi macam lawak kan? Ye lah, kalau pelanggan tu nak lebih garam, pasti mereka akan letak sebanyak mana yang mereka nak tanpa mengira 5 lubang ke, 17 lubang ke atau sejuta enam lubang yang ada. Tapi adakalanya logik juga kalau untuk jenis 'take away' sebab pasti tuan kedai akan letak sedikit je garam. Entahlah.

Bagi saya, kalau tuan kedai tu kemut letak garam sikit sampai jadi tawar (ore klate kato tawa hhebe), saya tak akan pergi dah lepas tu.

Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng)

1. Surat khabar Ahad tu saya hanya berkesempatan baca semalam. Sibuk la katakan.

06 July 2008

Percutian percuma

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Bukan percutian sebenarnya. Sebaliknya saya ke Lowestoft, Suffolk, England untuk perjumpaan kali pertama dengan Penyelia ke-2, Dr Keith Cooper. Benar, semuanya adalah percuma kerana ianya ditanggung oleh St Andrews. Adil la kan, sebab pelajar antarabangsa di UK kena bayar yuran lebih 3 kali ganda pelajar tempatan. Perjumpaan diadakan di pejabat Keith di Centre for Environment, Fisheries and Aquaqulture Science (CEFAS).

Saya ke sana dengan Penyelia pertama, Prof David Paterson (Head, School of Biology, St Andrews University). Seawal jam 6 pagi lagi kami bertolak dari Gatty ke Edinburgh Airport. Walaupun penerbangan jam 9 pagi, Dave kata kena bertolak awal sebab tak nak tersangkut kat Forth Bridge.

Masa kat tempat letak kereta di lapangan tersebut, saya terpandang seorang budak lelaki (yang rasanya sebaya) kerja kat situ. Mukanya macam Melayu, dia pandang saya, saya pun pandang dia juga. Tapi tak berani nak tegur. Takut jadi macam kebanyakan orang Filipina (rujuk nota kaki bangku).

dipendekkan cerita (agar tidak mengganggu ketenteraman awam)..


Keith kata, makmal Cefas di Lowestoft merupakan bangunan hotel lama. Memang betul, tengoklah..Bahagian dalamnya pun masih banyak macam hotel, termasuklah tandas.




Lowestoft ni tak banyak beza sangat dengan St Andrews. Cuma lebih besar sikit pekannya, dan ada McD dan KFC, hehe ..bukan boleh makan pun.



Gambar sekitar Cefas sahaja. Gambar McD dan KFC saya tak letak kerana yakin semua tahu macam mana rupa McD dan KFC tu.

Alhamdu lillah. Selepas perjumpaan dengan Keith dan Chris (salah seorang ahli kumpulan projek ni), saya lebih jelas apa yang nak buat. Lepas ni kena datang semula ke Lowestoft selama 1 bulan untuk latihan 'identification of macrofauna' dan 'data analysis using functional metrics' dengan bantuan Keith dan Chris. Tak tahu lagi bila, tapi Dave cadangkan akhir bulan 8, iaitu selepas saya balik dari bercuti di Berlin. Hmm nampaknya berpuasa di sini lah saya.

Bersama Chris, Keith dan Dave

Perbincangan berlangsung sekejap je sebenarnya. Lepas tu kami balik ke hotel penginapan di Norwich. Lepas tu keluar pusing-pusing sekitar bandar Norwich dan makan malam di Restoran Thai. Oleh kerana tahu saya dari Rantau Panjang, mereka semua suruh saya pilih makanan. Nasib baik yang saya pilih tu mereka kata sedap, termasuklah Tom Yam sayur saya (sayur je ..huhu).

Saya dan Dave balik semula ke St Andrews, keesokan harinya. Sekali lagi, pagi-pagi lagi (jam 5.30) kena keluar, sebab Flybe hanya ada penerbangan jam 7pg dan 7mlm sahaja.

Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):

Dah 2 kali saya ditegur oleh orang Filipina. Tanpa mukaddimah, mereka dengan selamba badak memulakan perbualan dalam bahasa Filipina. Mereka ingat saya ni orang Filipina. Tapi bila diberitahu saya dari Malaysia, barulah mereka tersipu-sipu malu macam tenggiling dan beredar.


01 July 2008

Perjumpaan staf UMT dengan Naib Canselor

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Seperti kebiasaannya, wakil dari UMT akan datang ke UK untuk berjumpa dengan staf-staf yang sedang belajar di sini. Pada tahun ni, perjumpaan diadakan di dua tempat iaitu di London (Imperial College) dan Edinburgh (Edinburgh Mosque). Saya dan Amir memilih untuk ke Edinburgh sebab lebih dekat. Perjumpaan di London diadakan pada 25 Jun, manakala 28 Jun diadakan di Edinburgh.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi. Masa sekarang ni jam 6 pagi dah panas sebab matahari terbit seawal jam 4 pagi. Perjalanan menggunakan lebuh raya A1 London dari Durham terus ke Edinburgh. Bagi saya, tiada banyak perbezaannya lebuh raya di sini dengan di Malaysia. Cuma di sini tiada tol langsung (erk ..satu perbezaan besar sebenarnya). Dengan bantuan peta dan TomTom, kami sampai di Edinburgh lebih kurang jam 10 pagi.

Apa-nama-dah-tempat-ni. Hentian popular bagi orang UK di lereng bukit. Mereka biasanya akan berhenti dan bergambar di sini. Bukan orang UK pun berhenti jugak la.

Berhenti sekejap untuk menikmati Nasi Lemak (ikan bilis tu dibawa dari Malaysia)


Memandangkan ada masa lagi sebelum perjumpaan, kami jalan-jalan dulu di sekitar Edinburgh. Keadaan pusat bandar masa ni agak sesak dengan pelancong dari pelbagai negara. Kalau tak silap saya, Edinburgh merupakan bandar ke-2 di UK yang paling ramai pelancongnya (no-1 adalah London). Tapi sebenarnya tak la rasa rimas sangat dengan orang ramai, mungkin banyak pemandangan menarik, lagipun cuaca di sini agak sejuk juga.



Hariz tak puas hati sebab tak dapat naik bas


Nak naik macam mana. £12 seorang. Baik jalan kaki je.

Bergambar ngan pakcik ni pun kena bayar (sumbangan ikhlas). Saya dan Amir dengan 'ikhlasnya' bagi 3p sorang je ..haha yang penting ikhlas

William Wallace (kononnya la)

Sebelum perjumpaan bermula, saya terlebih dahulu 'mentekedarah' di kedai makan sebelah masjid. Makan nasi dengan ayam tandoori yang besar + air nescafe, harganya cuma £3. Murah. Kalau di St Andrews tak dapat cari makan tengah hari dengan harga tu. Paling kurang £4.50.

Perjumpaan diadakan di dalam perpustakaan masjid. Perjumpaan ni agak singkat. Tapi amat penting dalam memastikan semua staf yang sedang belajar tidak menghadapi masalah yang besar, dan paling penting masih di landasan yang betul agar dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan. Tambahan pula, melalui perjumpaan ini dapat juga la bertemu dengan orang-orang Malaysia. Masa tu memang gembira, lebih-lebih lagi bagi saya yang dari St Andrews di mana hanya ada 4 pelajar Malaysia sahaja.


Seperti biasa, saya sangat khusyuk mendengar.

Antara rombongan UMT adalah Dato' NC, Prof Aziz, Prof Lokman, Dr Mahadzirah dan Dr Noraznawati (Kak Azna)

Selesai perjumpaan, kami makan-makan sambil sembang-sembang di kedai makan masjid. Wah, rasa macam kat Malaysia pula masa ni. Macam lepak-lepak kat kedai mamak!

...........................................................................................................

Jalan-Jalan di St Andrews

Esoknya, rombongan dari UMT datang ke St Andrews.

Memandangkan sayalah satu-satunya orang UMT kat sini, maka jadi pemandu pelancong lah saya hari tu.

Kami jalan-jalan sekejap je sekitar bandar. Makan ais krim di Jannetta (ais krim paling popular dengan 52 perisa). Lepas tu ke Old Course (padang golf paling popular). Prof Aziz la yang paling beriya-iya nak ke situ sebab di ni kaki golf.

Ais Krim Jannetta: Sedap ke??


Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):

  1. Kalau nak tahu, bagi kaki-kaki golf ni merupakan satu kepuasan dan kebanggaan kalau dapat jejak kaki ke St Andrews, lebih-lebih lagi Old Course ni. Masa tengok Euro 2008 hari tu pun saya jumpa dengan sekumpulan 15 orang pakcik2 dari Lincolnshire, England yang datang ke St Andrews semata-mata untuk main golf. Mereka duduk 1 minggu kat David Russel Hall, dengan aktiviti setiap hari adalah main golf dari pagi sampai petang, dan malam tengok Euro kat TV.
  2. Sebenarnya banyak juga gambar yang diambil, tapi tak banyak gambar saya sebab hanya jadi tukang ambil gambar je.huhu. Kak Azna! Jangan lupa hantar gambar2 tu ..cepat skit deh.

Cuti-cuti di England (part 2)

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Aktiviti hari ke-2 (hari pertama tentulah ke konvo Rebeh yang tak 'grand' langsung, sehingga saya boleh tertidur), kami ke Newcastle. Dekat juga dari Durham, lebih kurang 15 minit dengan 'train' dan 30 minit dengan kereta. Kalau nak tahu, Newcastle dan Dundee mempunyai satu persamaan. Bandar ni adalah tempat mendapatkan bekalan ayam dan daging halal, masing masing bagi orang Durham dan St Andrews. Tapi bandar Newcastle secara relatifnya lebih besar dan lebih menarik daripada Dundee.

Dataran di pusat bandar Newcastle

Kami tak jalan banyak sangat sebab sampai pun dah lewat, dekat pukul 12 tengah hari. Jadi aktiviti lebih tertumpu ke pusat membeli-belah untuk mencari pakaian murah2 (tak mampu nak beli yang mahal).

Inilah Si Tenggang versi British, Tanggo nama dia. (sila rujuk mana-mana buku sejarah Inggeris, mesti ada nya cerita pasal mamat ni)

Sempat juga saya paksa Rebeh ke stadium rasmi Newcastle United, St James' Park. Hehe, terpaksa la berlakon sebagai peminat kelab ni untuk sementara waktu. Tak rasa 'excited' langsung pun sebenarnya. Tapi takpe, satu hari nanti saya akan pergi juga ke Old Trafford.


Menjadi penyokong Newcastle United untuk 15 minit


Makan tengah hari? Kami ke restoran Jepun. Makan mi rebus. Tak la sedap sangat, mungkin mi rebus tersebut dah dimodikasi untuk sesuaikan dengan selera orang Britain.



Nyum nyum ..sedapnyerrrr. Errr makan kat rumah Amir lagi sedap sebenarnya



Selepas sekali lagi cari pakaian murah2, kami ke Nando's halal. Beli ayam untuk makan malam bersama Amir dan famili. (Ye la, tak kan la nak makan kat rumah dia je kan). Haha ..sebenarnya saya tak pernah pun makan ayam Nandos kat Malaysia, datang sini baru boleh makan. Nak buat macam mana, menda ni tak ada kat Terengganu.

Sampai kat rumah, kami mentekedarah ayam Nandos sambil pandang-pandang dan jeling-jeling kat TV sebab masa tu tengah berlangsung perlawanan separuh akhir Euro 2008 antara Sepanyol dan Rusia. Hmm, walaupun saya agak gembira sebab Sepanyol menang, tapi kecewa juga la sebab perlawanan tidak sengit langsung. Andry Arshavin pun 'tenggelam terus' ..hampeh.