Salam Ramadhan
Tajuk pasal Ramadhan kan..
Ini lah kali pertama saya (akan) menyambut Ramadhan di negara orang (Thailand tak kira ya). Persiapan? Tak ada sebarang persiapan pun. Cuma buat masa sekarang saya tengah berkira-kira sambil membuat menu secara kasar apa yang akan dimakan untuk berbuka dan bersahur. Ianya penting memandangkan saya cuma ada 6 (waktu berbuka) dan 8 (waktu bersahur) di Lowestoft. Stok makanan ada lagi. Jadi kena rancang betul-betul agar tak perlulah saya bawa balik semula makanan dari sini ke St Andrews. Kalau boleh nak bawa beg dengan berat yang paling minima. Ya lah, dengan rucksack, big luggage dan basikal ..sudah pasti penat nak bawa. Walaupun naik train, tapi kena tukar train 3 kali sebelum sampai ke St Andrews.
Berada kat southeastern UK ni waktu berbuka awal la sikit kalau nak bandingkan dengan Scotland (rujuk jadual di bawah). Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, kat sini lebih lewat pada awal Ramadhan, tapi menuju ke penghujung Ramadhan waktu berbuka lebih awal (secara relatif masa sahaja kerana tempoh berpuasa tetap lama memandangkan waktu Subuh sangat awal) di sini.


Apa-apa pun, saya mengucapkan..







