26 September 2008

Tak Melayu Hilang Di Dunia!

Kalau anda mengharapkan entri ini bersifat akademik ..sila jangan baca sampai habis.

Tengah hari tadi jumpa seorang lagi Melayu di St Andrews. Izaiddin namanya. Dia datang dengan isteri dan seorang anak. Wah, kalau bulan lepas hanya ada 4 orang Melayu sahaja di St Andrews, sekarang dah bertambah. Kelmarin jumpa lagi 2 orang pelajar 'undergrad' semasa 'iftar' anjuran 'Islamic Society'. Dapat tahu ada lagi 2 orang yang akan sampai. Gembira juga bila semakin ramai Melayu kat sini.

Gambar tak ada kaitan ....

The very famous Swilkin Bridge. Susah nak ambik gambar atas jambatan (ghetok) ni.

Tiger Woods (tahun 2005)

No komen

Saya tak sempat bersembang lama dengan Izaiddin tadi sebab ada 'Postgrad Researcher Induction Day'. Kononnya nak pergi la sesi petang, tapi memandangkan lepas sembang kejap dengan Izaiddin, saya tengok jam dah pukul 2 lebih ..campur 5 minit untuk ke tempat induksi ..ambil keputusan, tak payah pergi untuk sesi 1 sebelah petang tu. Alang2 ponteng ..saya pun pergi la 'berkeliaran' di sekitar the Old Course. Minta seorang pakcik ambik gambar atas Swilkin Bridge dan dan gambar dengan billboard Alfred Dunhill Golf Tournament.

Walaupun dalam sesi 'ponteng', masa hendaklah diisi dengan aktiviti berguna.

Raya kat mana? (bhg 2)


Jawapan: Berlin, Germany.

26 September: Habis je Postgrad Induction Day, saya akan terus ke stesen bas Dundee. Naik bas dari Dundee ke London Victoria Station.


27 September: Dari London Stansted Airport ke Berlin Schonefeld Airport

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

23 September 2008

Salam Perantau (lagi??)

Kali ini sekali lagi saya paparkan Salam Perantau. Tapi ini versi yang tidak original. Salam Perantau ini tidak terdapat atau belum diterbitkan dalam mana-mana akhbar berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun Tamil.

Silalah tengok ...

Daripada:
Wan Mohd Rauhan bin Wan Hussin (University of St Andrews, Scotland)

Kepada:
Keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali diri ini.


Ucapan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan terhadap salah dan silap saya.

"Kalau makan ketupat dan lemang tu ingatlah saya di sini. Tapi, kalau makan makanan lain (cth: Nasi Dagang, Sate, Dodol, Kuih Samprik dll) tu ingat-ingatlah juga saya di sini, jangan lupa pulak".

Hmm ..raya dah dekat. Kadang-kadang rasa sayu juga hati. Kali ni barulah saya betul-betul menghayati lirik lagu seperti Dendang Perantau (P. Ramlee) dan Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman). Tapi takpe, kena cekalkan hati juga. Tak boleh sedih-sedih. Dah Hari Raya ni hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam. Maka, kena gembira lah pada 1 Syawal ni. Tak kan nak menangis pulak.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan sahabat di Malaysia, rakan-rakan perjuangan di luar Malaysia dan juga kepada semua umat Islam.

21 September 2008

Salam Perantau


Sekadar gambar hiasan. Sumber: Utusan Malaysia Online.


Gambar saya tak ada pun dalam mana-mana akhbar. Walau dalam Sinar Harian sekalipun. Mungkin belum popular lagi. 'Jeles' juga dengan kawan-kawan lain yang lebih popular.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):
Saya tak hantar pun Salam Perantau ni. Macam mana nak ada gambar.

18 September 2008

Raya kat mana? (bhg 1)

Minggu lepas, terima emel daripada Post Graduate Secretary, semua pelajar postgrad tahun satu kena hadir ke induction (School of Biology). 29 Sept - 2 Okt.

Tidakkkkk. Tarikh tu saya sepatutnya cuti raya. Sengaja je diorang pilih minggu ni buat induction week. Asbestos sungguh.

Bila jumpa Dave, cerita pasal ni. Rayu kat dia, minta cuti. Dia janji akan cuba ejas.
...

Tadi Dave beritahu, saya boleh cuti raya. Syukur.

Taknak la beraya sambil mendengar ceramah pasal Health & Safety issues.

(bersambung)

15 September 2008

Ini bukan iklan


Gambar di atas tiada kena mengena dengan iklan kedai jahit

Kalau di Malaysia jangan harap la saya nak jahit sendiri beg yang koyak. Hantar saja ke kedai atau kalau nak lagi murah kat tukang jahit di kaki lima. Tapi kat sini terpaksa jahit sendiri. Mahal sangat kalau hantar ke kedai. Saya dah tekena. Beli seluar £4 je tapi ubah jahit kakinya £8!

Oh ya, kalau nak tahu (kalau tak nak pun takpe), saya baru je pindah ke rumah baru Isnin lepas. Kontrak setahun untuk AP39, Albany Park, St Mary Street, St Andrews, Fife KY169BP, UK. Rumah ni dekat sangat dengan makmal/ofis di Gatty. 15 langkah untuk jalan normal. Kalau catwalk 19 langkah dan kalau jalan kepit mungkin sampai 24 langkah. Saya guna 15 langkah. Rumah ni untuk 2 orang sahaja dan saya tinggal ngan seorang lagi lelaki Melayu di St Andrews. (Saya dan Hafiz sahaja lelaki Melayu di Univ ni).

Gembira sangat boleh tinggal kat rumah ni. Memandangkan hanya kami berdua sahaja kat sini, maka dapatla menggunakan dapur dengan optimum sekali. Tak perlu lagi saya mengasingkan setiap periuk, kuali, pinggan dan mangkuk hayun saya seperti di Fife Park dulu. Selesa. Saiz bilik pun besar, 2.5 kali ganda dari bilik di rumah lama.

Rumah ni kat tepi pantai. Gambar kat atas tu diambil dari tingkap rumah. Malas nak keluar, dan juga malas nak buka tingkap. Kalau ambil gambar lawa-lawa pun (kalau je) bukan ada yang bayar.

Sekarang dah tak ada alasan datang lewat ke makmal.

13 September 2008

Istinjak

Masa di Tesco petang tadi seorang pakcik Scottish senyum kat saya. Saya pun senyum la balik. Dia tanya, "Awak ni orang China, Jepun ..atau Filipina? Saya kata salah semuanya, saya orang Malaysia. Lepas tu berlakulah perbualan panjang lebar dengan pakcik tu. Dia asyik duk puji orang Asia sebab peramah. Selalu senyum kepada sesiapa sahaja. Dalam masa yang sama dia duk kutuk orang-orang Scotland dan England yang menurutnya sangat sombong. Susah nak senyum. Memang pakcik ni kutuk sunggu-sungguh, padahal dia sendiri orang Scotland.

Lama la pulak pakcik ni membebel pasal orang Scotland dan England. Saya dah tak tahan dah. Bukan tak tahan mendengar dia membebel, tapi tak tahan dengan baunya. Ntahlah ..bau hancing gila. Ke bau sebab dia minum? Apalah pakcik ni, mulut laser nak mampus duk kutuk orang lain. Tapi diri sendiri pun tak terjaga. Tak istinjak ke? Kalau ambik ujian PAFA ni mesti tak lulus. Mujur la telefon dia berbunyi. Saya pun apa lagi. Lari la untuk menyelamatkan diri.

07 September 2008

Akhirnya balik juga

Akhirnya, selepas selama 40 hari yang membosankan di Lowestoft, saya bertolak pulang ke St Andrews hari ini. Perjalanan pagi tadi bermula jam 9.50 pagi. Perjalanan dari Lowestoft ke Norwich berjalan lancar, namun dari Norwich ke Peterborough terdapat sedikit masalah dengan sistem brek train. Jadi terpaksa naik train lain dan mengubah sedikit laluan. Dari Norwich sepatutnya saya terus ke Peterborough, tetapi terpaksa ke Ely terlebih dahulu dengan train lain, dan ambil train satu lagi ke Peterborough. Sekarang ni saya berada dalam train ..perjalanan dari Peterborough ke Leuchars (stesen yang terdekat dengan St Andrews). Dijangkakan sampai di stesen Leuchars pada jam 7.53. Waktu berbuka jam 7.54. Saya dah bawa siap-siap bekal kurma dan air mineral (air paip sebenarnya) untuk berbuka.

Tak sabar rasanya nak kembali merasai kedinginan udara dan kedamaiann hidup di St Andrews. Nak main floorball atau apa-apa sukan di Gatty Games rasanya tak kot sebab puasa. Tapi sekurang-kurangnya gembira juga la lepas ni kerana esok saya akan masuk rumah baru, serumah dengan seorang lagi Melayu. Senang la untuk berbuka dan bersahur bersama.

Tapi runsing juga sebab esok mesti Dave akan tanya banyak soalan kepada saya pasal perkembangan kerja-kerja di CEFAS. Harap-harap dia tidak menjangkakan yang terlalu 'hebat' dari saya sebab sepanjang berada di CEFAS, rutin harian saya dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam hanyalah berada dalam makmal. Tidak sempat sangat untuk baca atau belajar benda-benda lain daripada Keith.

Emm ..4 jam lagi nak sampai. Nasib baik ada internet, tak la bosan.