26 November 2008

Air Asia Buat Promosi Lagi ..he he

Yeah, itu dia. Air Asia sekali lagi membuat promosi besar-besaran sempena pelancaran penerbangan Kuala Lumpur - London (Stansted).

Ayah Su menelefon saya memberi tahu perkara ini. Saya begitu teruja apabila mendapat tahu harga tiket yang ditawarkan sekitar GBP328 untuk penerbangan pergi-balik. Walaupun ada caj tambahan untuk 'checked-in baggage' dan makanan, tapi masih lagi murah; lebih kurang GBP400.

Saya dah tak sabar untuk tempah tiket tersebut (tempoh tempahan sehingga 30 Nov shj), tapi tak boleh lagi sebab kena maklumkan kepada Dave dulu. Semalam terus hantar emel ke Joyce (S/U Dave), tanya dia kot-kot pada bulan Jun tahun depan ada sebarang program/kursus untuk pelajar 'postgrad'. Saya rasa tak ada sebab masa tu cuti semester. Tapi kena pastikan dulu, mana la tahu fakulti buat pelik sikit.

Pagi tadi 3 kali saya masuk ke 'library' CEFAS untuk 'check' emel, tapi hampa sebab Joyce tak balas lagi pertanyaan saya (hampeh ..mesti sibuk main badminton ni!). Saya nak tahu jawapan daripada Joyce dulu baru nak telefon Dave.

Malam ni, saya sekali lagi ke laman web Air Asia.

Nak tahu berapa harga terkini?

GBP 463.00
untuk tiket yang sama (destinasi dan tarikh yang sama). Itu tak termasuk lagi caj untuk 'baggage' dan makanan yang mahu sampai GBP520.

Terima kasih Air Asia kerana membuat promosi harga dengan penuh ikhlas. Harap-harap lepas ni lebih banyak syarikat lain yang akan membuat promosi yang betul-betul ikhlas


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Bila 'check' harga 'airlines' lain ..harganya mahal sikit (kena tambah lebih kurang GBP 100.00 sahaja). Tapi ini untuk penerbangan dari Edinburgh ..bukan London (kena bajet lebih kurang GBP 80.00 lagi kalau ke London)

22 November 2008

Yoga = Haram!!

Haa, sekarah dah sah dah yang senaman Yoga haram.

Berita lanjut dalam
Berita Harian dan Utusan Malaysia

Setahu saya selain untuk kesegaran tubuh badan, senaman ni juga dikatakan dapat memberi ketenangan jiwa. Tak kisah la betul atau tidak, dalam amalan Islam banyak lagi cara untuk mendapat ketenangan yang hakiki. Terserah kepada kita untuk mengamalkannya atau tidak.


Berdasarkan kepada laporan berita tersebut, saya pun kurang jelas sama ada yang diharamkan itu adalah yoga secara keseluruhannya atau yoga yang secara sistematik. Tapi bagi saya, lebih baik menjauhi terus. Senang. Sebab ia melibatkan hal-hal akidah.

Jadi kepada mana-mana Muslim yang sedang amalkan senaman ni hentikanlah cepat-cepat. Jangan bimbang, walaupun Yoga ni dah menjadi 'trend' di kawasan bandar-bandar besar, anda tak akan dianggap sebagai 'kampung' atau 'tak urban' pun kalau tak amalkan Yoga. Kalau dianggap macam tu pun peduli apa .. kan?


Salah satu teknik dalam senaman yoga (Sekadar gambar hiasan)
credit to Tomo Tomo



20 November 2008

Personal Survival Techniques

Semalam (Rabu, 19 Nov 08) buat pertama kali saya sampai ke Aberdeen. Untuk menghadiri kursus 'Personal Survival Techniques' pada keesokannya. Hanya 1 malam saja di Aberdeen; dan tak sempat pun tengok-tengok bandar Aberdeen waktu siang, sebab 4 petang dah gelap-gelemak (rujuk kamus Kelantan perkataan 'gelemak - tiada kaitan dengan Geli Mat Geli Mat).

Buat pertama kali juga semalam tidur di asrama kat sini (kalau sebelum ni kat B&B). Saya tidur di Scottish Youth Hostel (nama je 'youth' tapi yang tidur semuanya kurang muda). Seronok juga tidur dalam dorm (20 orang 1 dorm). Dengan katil besi dan dengan bunyi "Ork erk ork erk" (Teringat zaman-zaman di Sains Labok dulu).

Pasal kursus ni pula, ia adalah pra-syarat sebelum saya boleh terlibat dalam sebarang kerja-kerja sampling di laut menggunakan kapal CEFAS. Jadi nak tak nak merokok saya kena ikuti juga. Yang peliknya, kalau saya pergi dengan kapal universiti, tak perlu ada pun sijil ini.

Sebenarnya saya kurang puas hati dengan kursus ni. Terlalu 'simple'. Nak buat macam mana sebab ianya adalah peringkat paling asas. Dave pun bayar untuk peringkat ni sahaja sebab nak cukupkan syarat CEFAS. Bahagian yang paling membosankan bila saya (dan peserta lain) diajar teknik-teknik memakai 'life jacket', dan terjun ke dalam kolam (dari paras 3 dan 8 m). Kenapa? ...masa Orientasi Laut UPMT 1999 dulu saya dah buat. Terjun dalam laut lagi, dan seterusnya berenang ke pantai (lebih kurang 100m).

Aktiviti yang agak mencabar cuma bilamana kami dikehendaki membetulkan semula kedudukan 'life raft' yang terbalik. Teknik ni perlu dilakukan dengan teliti sikit sebab kalau tak maknanya kepala saya yang tak-botak-tapi-ada-rambut-w/pun-tak-panjang akan dihempap oleh 'raft' tersebut.

Masa penerangan ini saja yang saya betul-betul tumpu perhatian

a) b)



Konsentrasi saya semasa melakukan aftiviti ini sedikut terganggu memikirkan antara 'latihan' dan 'tanggungjawab untuk posing'

Ok lah. Walaupun kurang mencabar tapi sekurang-kurangnya saya dah ada sijil. Lepas ni boleh la pergi sampling bila-bila masa (padahal lambat lagi nak sampling ..sekarang ni tumpukan pada kerja makmal lagi).

Sebut pasal kerja makmal, saya akan sekali lagi ke Lowestoft pada 23 November ni. Kali ni bukan tempoh 40 hari, tapi 4 minggu sahaja. Lega, setelah berminggu-minggu cari rumah sewa ('flatshare' sebenarnya), akhirnya dapat juga rumah 5 hari lepas. Berdasarkan cerita tuan rumah, keadaan rumah ni lebih baik daripada yang saya sewa dulu. Harap-harap ianya bukan indah khabar dari rupa.

Tapi ..kat mana nak sambut Raya Korban? Hmm ..nampaknya sekali lagi tak akan beraya di St Andrews.

12 November 2008

Harga Diesel Lebih Mahal?

Saya rasa rakyat Malaysia semua tahu, harga Diesel lebih murah, tapi di UK ni sangat mahal. Sehinggakan di Harrods (Pusat membeli belah milik Al-Fayed di London) pun ada jual Diesel. Kalau dah masuk Harrods secara otomatik boleh tahu yang barang tu memang mahal. Saya cuma mampu tengok, tak mampu beli.



Sebaliknya di sini, harga Petroleum sangat la murah. Kat mana-mana kedai pun ada jual. Saya pun mampu beli. Dan memang saya dah beli pun. Pakai untuk masak.

Nanti, jangan salah faham >>>>>

Diesel dan Petroleum yang saya maksudkan bukan lah minyak, tapi merujuk kepada jenama pakaian. Betul kan, harga pakaian jenama Diesel di Malaysia bukannya mahal sangat. Sehelai baju sekitar RM 20 - 40. Tapi di UK harganya sekitar £ 30 - 50! Memang tak mampu. Tapi kalau mampu pun saya tak akan beli, sebab di Malaysia Diesel sekadar jenama 'cap ayam'. Sebaliknya saya beli jenama Petroleum (serius ni), sehelai jaket berharga cuma £4. Saya pakai setiap kali masak untuk menutupi baju lain; sebab di sini bau masakan kita akan melekat lama. Jadi kena ada baju khusus untuk masak. Tertanya-tanya juga, ada ke jenama Petroleum di Malaysia?


09 November 2008

Internet percuma?


Gambar: Perkhidmatan internet yang disediakan di Malaysian Hall.

Bagi anda yang tidak dapat baca syarat dan peraturan penggunaan internet dalam gambar ni (kertas kat dinding yang saya bulatkan dengan warna merah), sila rujuk di bawah:

1. Perkhidmatan ini hanya untuk pelajar yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia sahaja.

2. Sila isikan borang di kaunter pendaftaran sebelum menggunakannya.

3. Penggunaan dihadkan untuk 20 minit sahaja.

Saya tak kisah dengan syarat-syarat tu. Biasalah, perkhidmatan percuma, mesti ada had nya. Tapi yang kelakarnya bila komputer tersebut (2 buah) diletakkan dalam kantin Malaysian Hall, dan kalau anda perhatikan terdapat meja makan betul-betul sebelah komputer tersebut. Habis, kalau sepanjang masa ada je orang yang makan di meja tersebut, macam mana nak guna internet?

07 November 2008

Bonfire di Plymouth

Prolog:

Pertama kali sampai di Plymouth, saya teringat dengan gelagat Dr Khalid. Kalau beliau mula bercerita topik Plymouth, maknanya saya terpaksa la bersedia untuk mendengar cerita beliau paling kurang untuk 45 minit. Dari kenangan masa buat Ijazah Pertama, hinggalah kisah bertemu jodoh beliau, Dr Khalid sentiasa bersemangat bercerita (dengan penerangan komprehensif dibantu dengan Google Earth / Maps) sehinggakan saya tiada peluang untuk mencelah atau meminta diri untuk keluar bilik. Hahaha, itulah Dr Khalid Samo. Penyelia Projek Akhir Tahun Saya masa Ijazah dulu dan Penyelia ke-2 untuk projek Master saya. Oh satu lagi fakta tentang Dr Khalid. Anak bongsu (dan kedua bongsu) beliau, muka 'Mat Saleh' 100%, dan cakap dialek Terengganu pekat ..100%.




Interlude:


Saya datang ke Plymouth bukannya sebab menyambut malam Bonfire...


Sekali lagi saya minta anda semua rujuk di Google atau Wikipedia apa itu Bonfire. Tak ada gunanya saya beritahu di sini sebab saya pun akan guna rujukan dari Wikipedia 100%.


..tetapi menghadiri PRIMER Statistical Workshop, di Marine Biological Association (MBA), Plymouth. Kursus 5 hari bermula dari Isnin dan habis hari ni (Jumaat). Jadual bengkel ni memang padat, cuma pada hari Rabu sahaja kami diberi peluang untuk melawat National Marine Aquarium dan MBA Library (saya ponteng lawatan ke perpustakaan ni, sebaliknya jalan-jalan ke bandar). Malam tu pula berpeluang untuk menyaksikan perta Bonfire.


Satu pengalaman menarik juga menghadiri bengkel ni, walaupun kepala asyik pening memikirkan ..apa ya??


1. Yuran pendaftaran bengkel £373

2. Lesen (single user) PRIMER - £273

3. Yuran-yuran di atas dibayar oleh St Andrews (SERG)

4. Saya seorang sahaja yang diberi peluang hadir ke bengkel ni (bunyi macam kerja baiki motor atau kereta je bila sebut bengkel, kan?).

5. Jadi saya dapat bayangkan bila balik ke SERG, Dave dan konco-konco beliau akan tanya dan minta saya ajar PRIMER. Habis la, sebab saya sendiri pun faham sikit (sangat sikit) shj pasal menda ni.

Tinggalkan dulu perkara yang tidak 'best' pasal PRIMER. Yang menarik tentang kursus ni adalah bila berpeluang berjumpa dengan peserta-peserta (30 orang semuanya) dengan latar belakang kajian yang agak berbeza (walaupun kebanyakan daripada peserta adalah 'Marine Ecologist'). Selain itu, majoriti daripada peserta memang dah senior dalam bidang ni. Ada Professor, ada Postdoc, ada Pensyarah dan ada juga Freelance Researcher. Setahu saya ada 2 atau 3 orang sahaja yang masih belajar (termasuk saya). Kadang-kadang (oh silap, selalu sebenarnya) rasa ketinggalan juga bila dalam kuliah. Tapi seronok sebab mereka semua cukup ramah dan mesra-alam dan suka memberi pandangan atau komen.

Selain itu, gembira juga bila boleh jumpa dengan peserta dari negara-negara lain. Ada dari Jerman (banyak la saya sembang dengan dia bermodalkan pengalaman saya di Berlin bulan lepas), Norway, Venuzuela (saya selalu duk ajuk dia skrip dalam Mistress Hermanas atau Amaste Asi), Sepanyol (kami selalu sembang pasal bolasepak dan Barcelona), Itali, Cyprus, USA (apa lagi kalau bukan Barack Obama), Australia, UK (dah tentu la ada kan), dan juga dari Malaysia. Nanti dulu, saya maksudkan mereka ni memang 'terbang' dari Malaysia semata-mata untuk hadir ke bengkel PRIMER. 3 orang semuanya.

Prof Fatimah Yusoff (UPM):


"Roy, ni 'supervisor' Master kau kan? Maaf la aku banyak juga 'ter'tanya pasal Master kau ..hehe

Dr Mazlan Ghafar (UKM):


"Ni 'external examiner' kau ke Jep? Hehe, aku pun ada juga 'ter'tanya pasal kau punya viva"

Dr Aziz Arshad (UPM):

err ..saya tak tanya pun pasal Jimi.

dan .."Kamil, diorang tak kenal pun kau. Aku dah tanya banyak kali dah, dan siap tunjuk gambar. Jangan kecik hati Mil. Mungkin diorang tak cam sebab kau dah nampak macam Anuar Zain dengan rambut panjang mengurai sekarang"

01 November 2008

Saya tak pergi ke Halloween ..

Semalam, sebenarnya ramai (kebanyakannya geng Unihoc) yang jemput saya ke Halloween Party, tapi saya malas. Dah pening dengan bau 'air tu' pada malam sebelumnya, semasa di parti Freddy
(seorang Postdoc yang dah habis kontrak dan akan kembali ke Sweden). Malas la nak menyiksakan hidung saya (yang mancung tanpa pembedahan plastik ni) dengan bau tu lagi sekali.


Kalau nak tahu pasal Halloween Party tanyalah Kamil (a.k.a Penulis Blog Sepenuh Masa)

Lepas ni sunyi la sikit SERG (Sediment Ecology Research Group) bila Freddy tak ada ...tak ada la lagi orang yang akan menyajuk suara Marrie the Cleaning Lady (sebijik dia boleh tiru suara makcik cleaner ni!). Akhir bulan ni pula, seorang lagi ... Cedric (Lab Manager) akan meninggalkan SERG kerana mendapat jawaran jawatan pensyarah di Paris. Maka, semakin pupus lah lelaki dalam SERG. Tinggallah Dave, Irv dan saya dengan dikelilingi oleh 8 orang perempuan dalam kumpulan kami.



Ok, sekarang tinggalkan dulu isu ketidakstabilan jantina dalam SERG. Kita tumpukan pula kepada gambar peti ais SERG (rujuk gambar di atas). Ha ha, untuk kali ke-4, saya dapat lagi ikan Salmon secara percuma. Betul-betul percuma. Tanpa sebarang caj tersembunyi. Saya dapat dari Tom Ashton yang membuat kajian pasal tekstur isi Salmon. Sekarang tak tahu nak masak apa lagi kerana ianya Smoked Salmon. Tapi takpa, lepas ni mungkin boleh cuba masak Smoked Salmon ni sebab kelmarin saya baru dapat buku resipi percuma (lagi) dari Student Support Services. Cuma masa belum ada untuk bereksperimen sebab esok saya akan ke Plymouth (cari sendiri dengan Google Maps!) untuk bengkel PRIMER Statistical Software selama seminggu. Lagipun hari ni saya memilih untuk masak TomYam (tak main la guna perencah) ayam memandangkan dah beli serai dan daun ketumbar; dan juga kailan ikan masin (tak guna perencah juga!) sebab kailan dah hampir layu. Bawa ke rumah Izaidin untuk hantar bekas minggu lepas. Dan makan tengah hari kat rumah dia. Isteri dia (Dayang) masak sup kambing. Lepas tu saya dan Izaidin mengadakan sesi latihan ....

Latihan apa?1



Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng)

Minggu lepas saya baru tahu yang Izaidin ni juga ahli Silat Cekak. Rasa macam tak percaya pula boleh jumpa sesama ahli di St Andrews.