24 February 2009

Di sini kami tak perlu beli stokin

Sabtu lepas merupakan kali pertama saya bermain boling di sini. Memang agak teruja sebab dah lama tak main, dan juga boleh lupakan sementara tekanan di 'lab' (tapi bukan tekanan sebab tak boleh peluk bukan muhrim).

Minat juga sukan/riadah ni. Tapi tak lah kemaruk sangat seperti rakan-rakan di Terengganu
(nota: di Terengganu pusat boling baru dibuka pada tahun 2008, itu yang membuatkan ramai rakan saya di sana yang dah-macam-takde-mende-lain-nak-main-selain-boling :D)

Tak perlu hayun kuat, cukup sekadar tolakan manja.


Kalau di Malaysia, perbuatan yang paling tak disukai bila nak main boling adalah membeli stokin secara paksarela. Walaupun 2 ringgit, tapi duit juga ..kan?. Cukup untuk beli Nasi Berlauk Ayam Kampung dah tu.

Tapi, di UK, tiada paksaan untuk membeli stokin. Syukur kerana dapat mengelak daripada amalan membazir.

19 February 2009

Memeluk bukan muhrim secara berlapik


Selain tekanan dengan bebanan kerja. Tekanan lain masa buat PhD adalah bila rakan sebilik (bilik di makmal ..bukan di rumah) menangis dek kerana tak tahan menanggung tekanan.

Tadi dah kali ke-4 rasanya berlaku 'drama' tersebut di bilik saya. Inilah susahnya bila berkongsi dengan pelajar wanita.

Seperti biasa, bila ada yang menangis, datangla seorang lagi memujuk sambil memeluk.

Macam pagi tadi, bila Laura menangis, datangla Paul memujuk dan memeluk dia. Sayu. Dan juga boleh rasa tempias tekanan yang dirasai Laura.

Saya pun bangun. Tapi terus Paul menahan seraya berkata:

"Eh, kau mana boleh peluk dia!"

"Laa ..mana ada, aku nak bukak suis 'heater' la ..sejuk" ...saya balas sambil menekan suis 'heater'. Fuh, nasib baik suis tu belum dibuka ..kalau tak ...

Ok. Nasihat kepada pelajar perempuan yang sedang/akan buat PhD di luar negara:

1. Janganla mudah sangat menangis kalau tertekan pun.
2. Kalau nak menangis jugak, tunggulah bila kat rumah.
3. Kalau rumah jauh, pergilah ke luar ..lari-lari manja ..cari batu besar, dan nangislah kat situ (macam tipikal dalam filem).
4 ..dan kalau nak nangis jugak di makmal / pejabat, nampak sangat korang sengaja nak suruh orang lelaki peluk.

15 February 2009

Merungkai Misteri Snow Man & Snow Woman

Kenapa saya amat menantikan salji turun?


1) Kali pertama (30 November 08) melihat salji turun di St Andrews, saya tak sempat menikmatinya sebab terpaksa bergegas ke stesen keretapi jam 6.30 pagi. Untuk ke makmal di Lowestoft.


2) Peluang kali ke-2 (2 Januari 09), masa tu saya di Berlin. Salji turun lebat. Tapi sekali lagi saya menarik beg untuk balik ke Scotland. Jam 6.30 pagi juga. Sampai di Scotland, tiada salji langsung.


Semenjak dari hari tersebut, saya memang ternantikan salji turun sekali lagi. Untuk menikmati kebesaran ciptaan Allah ini dengan lebih lama. Tapi 3 hari lepas (12 Februari 2009), akhirnya penantian berakhir. Sama seperti apa yang orang lain rasa, memang teruja dan kagum. Walaupun sehari sahaja salji turun di St Andrews, tapi tetap puas hati. Sebenarnya, pada hari tersebut saya sepatutnya menghadiri seminar "Darwin 200 in St Andrews". Tapi, saya pergi sekejap sahaja. Lupakan Darwin dengan teori mengarutnya. Main salji lagi baik.




Berkenaan misteri di sebalik 'Snow Man' dan 'Snow Woman' ..ramai yang tertanya-tanya .."Apakah perbezaan antara Snow Man dan Snow Woman?" Mereka kelihatan sama kalau tak dipakaikan pakaian (i.e tudung dan topi).


Jawapannya: SnowBalls

10 February 2009

Majlis Lelongan Awam

Hari ni dari pagi sampai petang, saya menghadiri kursus Gradskills: "The Writing Process" dan "Editing Your Own Writing" ...(nampak sangat lemah kan?).

Sesi kedua agak menarik. Kami diletakkan berpasangan dengan pelajar yang dalam bidang agak (agak) sama. 'Pasangan' saya adalah awek dari Portsmouth, England. Kami dikehendaki membuat 'proofreading' hasil tulisan 'pasangan' masing-masing. Seronok juga bila dapat cari kesalahan dalam tulisan 'native speaker'. Tambahan pula dia buat kajian berkenaan 'dolphin' dan tentunya melibatkan Sonar dan Prinsip Akustik Bawah Air. Boleh la saya fahami dan cari apa-apa kesalahan. Kalau dia buat pasal 'protoemic' ke, 'gene' ke, atau apa-apa bidang yang terlalu berunsur ke-mikrobiologi-an, sah sah la saya susah nak faham.

Tapi sesi pertama memang bosan. Sebab cikgu tersebut ajar benda yang terlalu asas. Ya, saya tahu, asas dalam menulis adalah membuat draf terlebih dahulu; dan yang terbaik adalah membuat peta minda (memang dah agak mesti akan keluar bab peta ni). Dah lama dah diajar membuat peta minda, sejak di sekolah lagi ..dah macam-macam kursus "Teknik Belajar" saya dipaksa hadir, semuanya menekankan aspek peta minda. Tapi, sampai sekarang saya malas dan tak pandai buat peta minda, sama ada untuk menulis mahupun untuk membaca nota.


Patutla dalam dalam tahun 1999, saya dilelong di majlis lelongan antara dekan-dekan IPTA, dan kemudiannya terdampar di pesisiran pantai Mengabang Telipot (a.k.a UPMT, nama UMT masa tu). Walaupun UPMT tiada dalam pilihan, hatta pilihan ke seribu sekalipun.

05 February 2009

Teknik Mewarna Rambut

Ramai yang tanya, macam mana saya warnakan rambut (rujuk entri di bawah). Ada yang kata guna 'dye' la ..inai la ..mahupun air berkarat. Salah semuanya, saya guna jenama Adobe Photoshop. Senang. Nak warna apa? merah, kuning atau pink? Semua boleh. Dan boleh tukar bila-bila masa tanpa melibatkan kos yang tinggi. Dan lebih penting, bila nak balik ke Malaysia boleh tukar balik ke warna hitam. Tak la terkejut orang kampung ..kan?


Nak buat rambut panjang pun boleh. Sekejap je. Tanpa perlu bergelumang dengan kutu kepala. Tapi, tak la secantik rambut panjang yang ori.


02 February 2009

Aku Seorang Penyajak

Jumaat lepas (30 Januari), Dave jemput semua ahli Sediment Ecology Research Group (SERG) ke rumahnya untuk Burns Supper. Majlis makan-makan sempena memperingati Robert Burns. Penyajak tersohor Scotland. Burns Night disambut di Scotland setiap 25 Januari. Tapi biasanya sekarang ni mereka buat majlis makan-makan (dan tentulah minum air tu!) pada Jumaat malam. Bersemangat betul mereka, penyajak pun mendapat tempat dalam kalendar negara.

Ini kali pertama saya ke rumah 'supervisor' saya. Dulu, majlis perpisahan seorang 'postdoc' pun buat kat rumah Dave, tapi masa tu saya berada di Lowestoft. Rumah dia kat Crail, lebih kurang 10 minit (dengan kereta) ke St Andrews. Crail ni boleh dikatakan kawasan orang yang agak berada. Patutla rumah-rumah kat sini besar sikit kalau nak bandingkan dengan kawasan lain.

Dave punyalah semangat. Siap pakai kilt (pakaian tradisional lelaki Scotland) lagi. Dia selalu macam tu. Dulu masa 'birthday party' dia pun pakai kilt jugak. Bukan setakat semangat berpakaian, persiapan dan melayan tetamu pun rasanya dia yang banyak buat berbanding bini dia. Tapi itulah sikap orang kat sini, lelaki selalu masak dan buat kerja rumah (hehe taknak komen)

Hidangan utama Burns Night adalah haggis. Sejenis makanan tradisional Scotland yang dibuat daripada campuran hati, limpa, paru biri2 ... digaul dengan rempah ..kemudian disumbat-sumbat dalam perut biri2 tadi (nampak macam sosej saiz besar) ..dan direbus untuk beberapa jam. Sedah semestinya saya tak makan haggis tu, dan mereka pun tak akan benarkan saya makan. Apa yang terharunya bila Dave dan Marrie beli haggis 'vegetarian' khas untuk saya. Boleh la merasa. Menurut kata mereka, rasa yang versi 'vegetarian' ni seakan-akan sama dengan versi original sebab rempah-rempah tadi.. Sebenarnya, terdapat juga haggis halal dijual. Tapi saya tak akan makan kot, sebab saya ni LIMPAPHOBIA.


Selain makan-makan kami ada main sedikit 'games' yang skema. Macam kuiz. Err, tak minat saya nak ceritakan di sini. Selepas tu semua orang dikehendaki membaca sajak Burns setiap perenggan. Seronok juga, sebab sajak tersebut dalam bahasa tradisional Scotland, berbeza daripada bahasa Inggeris dan juga Gaelic. Saya baca saja, tak faham pun. Dan yang agak memeranjatkan bila budak-budak lain (yang muda) pun tak faham.

Majlis ni diserikan lagi dengan alunan violin daripada Richard (seorang prof di jabatan Geologi). Terpaku semua orang. Penutupnya adalah dengan mendengar (secara paksa rela) Dave main klarinet, sambil Irv dan Richard nyanyi lagu-lagu tradisional Scotland. Boleh tahan la Dave main klarinet. Lama dah tak dengar orang main klarinet. Dulu masa dalam 'brass band' di SMACH orang perempuan yang main klarinet.

Balik tumpang Irv, terus tidur kekenyangan dan muak.