21 November 2009

Musim sejuk pun perlu pakai deodorant

Kadang-kadang rasa kelakar pula bila memikirkan balik yang saya terlibat dalam 'demonstrating' untuk 3 'modules' di School of Biology. Subjek Zoologi, Genetic and Evolution dan satu lagi tak ingat. Rasa kelakar sebab saya tak ambik subjek Biologi pun masa SPM dulu, dan masa Matriks pun tak belajar juga. Masuk degree baru la ada belajar sikit; tapi tak berapa faham dan tak 'score' pun sebab tak ada asas yang kuat.

Sekarang, ni kelam kabut dibuatnya. Persediaan yang saya kena buat semestinya berganda daripada 'demonstrator' lain yang sudah 'terjebak' dalam Biologi sejak sekolah menengah lagi.

Tapi, seronok juga terlibat dalam kerja ni. Dapat peluang tengok cara pensyarah di sini mengajar (peluang yang jarang ada sebab PhD saya hanya buat 'research). Selain itu, seronok tengok gelagat pelajar-pelajar di sini yang begitu tekun dan semangat. Walaupun 'dressing' sesetengah mereka nampak macam pemalas dan budak nakal, tapi bila dalam kelas atau 'lab' serius gila.

Semangat macam ni lah yang membawa masalah kepada saya. Pelajar-pelajar ni suka sangat bertanya, dan 'argue' apa yang kita cakap. Memang saya dah buat 'homework' sebelum masuk 'lab', tapi kadang2 tu berpeluh juga nak jawab. Mujur ada Rexona ..., lepas tu tak berpeluh lagi.

14 November 2009

Terima Kasih Tuan Guru Nik Aziz


Kekalahan pasukan bola sepak Kelantan dalam Piala Malaysia telah pun seminggu berlalu. Cerita tentang perlawanan tersebut sudah jarang kedengaran lagi. Tapi, bagi sesetengah orang, keperitan masih lagi dirasai.


Semasa Ayah Su dan Cik Su datang tempoh hari, kami pun tak cakap banyak pasal bola ni. Banyak lagi topik lain yang lebih menarik untuk diperkatakan, jadi buat apa sembang pasal bola (atau, mungkin bila Cik Su, orang Terengganu cuba sembang pasal bola, saya dan Ayah Su cuba ubah topik kerana panas telinga).

Ayah Su dan Cik Su datang 2 malam sahaja ke Scotland baru-baru ini. Jadi, tak lah banyak sangat tempat yang boleh pergi, lebih-lebih lagi sekarang ni matahari terbenam jam 4.30 petang. Pukul 5 lebih dah gelap gelita dah.

Kami sempat pergi ke Loch Lomond, iaitu tasik yang terbesar di Britain. Saya sewa kereta Mercezez Benz C200 Kompressor (sekadar nama hiasan). Buat pertama kali memandu di UK, dan apa yang dapat simpulkan adalah:


Loch Lomond

Jalan di Malaysia jauh lagi baik, terutamanya keluasan jalan dan kemudahan papan tanda, dan juga lampu jalan. Cuma kelebihan di sini sebab tak ada tol langsung (kelebihan yang bagi markah tinggi ni!).

Hari ke-2, kami jalan-jalan sekitar St Andrews. Seperti orang lain juga, kedatangan ke St Andrews tidak sah kalau tak ke Old Course, yang merupakan tempat kelahiran golf (orang Britain ni semua benda mereka kata mereka yang cipta dulu).

Kalau sebelum ni, saya dah mula rasa bosan berjalan sekitar St Andrews, tapi baru-baru ni semasa dengan pakcik dan makcik saya, rasa macam 'best' pula. Sebabnya, ke mana saja kami pergi ada je orang-orang Scotland yang menegur. Mungkin mereka dapat cam pelancong. Saya terfikir, selama ni takde pulak mereka tegur saya. Mungkin kah mereka ingat saya ni pun penduduk tempatan (faktor warna kulit? ...terima kasih Fair & Lovely).


St Andrews

Walaupun lawatan mereka agak singkat, tapi tetap rasa puas hati. Biasa la, sapa tak suka ahli keluarga datang melawat ..kan?

Jadi terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana memberi cuti (hari Ahad) kepada semua rakyat Kelantan tempoh hari tanpa mengira Kelantan menang atau kalah perlawanan bola sepak tersebut. Oleh kerana hari Ahad dah memang cuti hujung minggu, jadi cuti tersebut di ganti pada hari Isnin (secara pandai-pandai). Dapatlah kami cuti panjang sikit pada hujung minggu.

Bila pulak Kelantan nak masuk 'final' apa apa sukan? Nak cuti lagi..

07 November 2009

Dejavu: Zaman Sekolah Rendah

Hari Rabu baru-baru ni berlangsung acara pelancaran MASTS (Marine Alliance for Science & Technology Scotland). Acara berlangsung di Dynamic Earth, Edinburgh. Selain pelancaran, ada juga dibuka 'stand' dari universiti-universiti Scotland yang terlibat dalam MASTS.


Bersama ahli SERG

Setelah sejam lebih berada di sana dengan mengunjungi pameran, saya dilanda kebosanan. Jadi saya mengambil peluang untuk ke tempat lain yang berdekatan dengan Dynamic Earth ini.

Aktiviti 1: Mendaki bukit

Menuju puncak

Bukit yang saya daki dinamakan Salisbury Crags. Bukit ini merupakan yang tertinggi di Edinburgh. Semasa berada di puncak bukit ini, saya terpegun melihat keindahan bandar Edinburgh (yang merupakan bandar ke-2 paling ramai dikunjungi pelancong di UK selepas London). Namun, saya tidak dapat berada lama sangat di atas bukit ini kerana ada satu lagi tempat yang saya nak pergi, sebelum bertolak balik ke St Andrews.


Edinburgh Castle - pandangan dari Salisbury crags


Aktiviti 2: Melawat Parlimen


Dah lama saya teringin nak melawat Scottish Parliament, namun sebelum ini masa tidak mengizinkan. Jadi peluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin.

Pintu masuk ke parlimen

Bangunan parlimen Scotland tidak lah besar sangat. Ianya sebuah bangunan moden. Kadang-kadang nampak macam muzim sebab banyak juga hasil seni yang dipamerkan di sini. Semasa di parlimen, sempat juga saya masuk ke Debating Chamber, iaitu dewan tempat wakil-wakil rakyat Scotland bersidang.


Bergambar di Debating Chamber

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati mengikuti rombongan ke Edinburgh kali ini. Selain daripada menghadiri pelancaran MAST, dapat juga saya ke tempat menarik yang lain. Terima kasih kepada School of Biology yang menyediakan perkhidmatan bas.

Nota kaki jalan-jalan (jalan free sapa tak nak)

Melawat Scottish Parliament terus membuatkan saya teringatkan aktiviti Lawatan Sambil Belajar semsa sekolah rendah. Selain daripada Parlimen, Muzium Negara dan Zoo Negara juga adalah tempat wajib pergi pada masa tu. Dejavu. Bukan setakat dejavu ini melanda ingatan, tapi juga melanda gaya penulisan ..budak sekolah.