Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..
Nak tahu kaedah paling mudah (dan paling murah) yang boleh digunakan untuk mengirim barang dari negara berlainan. Kaedah ni baru akan saya gunakan untuk mengirim barang yang saya nak. Lupakan pasal mel udara, courier atau pun shipping. Semua tu mahal dan lambat.
Caranya senang sahaja. Suruh la kawan anda yang membawanya. Dalam kaedah yang akan saya gunakan ini, Rebeh (bukan nama sebenar) ..atau nama sebenar Dr Khairul (rebeh, aku siap promote lagi title Dr mung!!) akan menjadi orang paling penting. Untuk makluman, beliau bukan lah kakitangan Pos Malaysia (bukan juga Minipos dekat UMT) atau Nationwide atau DHL. Tapi beliau akan datang ke UK untuk konvo.
Kepada Rebeh..
Ni senarai barang2 yg aku nok kirim
1. Berus gigi Jordan (5 batang)
Beli la warna apa2 pun, tapi pastikan yang dwi-warna. Ada juga model ni yang satu warna, lain skit. Lagi satu, pastikan yang berusnya rata.
2. Casing kulit Nokia N95 8GB (Kalau bleh yg letak d tali pinggang)
Mahal woo kalau beli casing kat sini. Tak sanggup aku nak beli casing dengan harga 10 pound. Mu beli la casing yang warna gelap2 dan plain, jangan pulok yg ada gambar Hello Kitty.
3. Keropok Keping (Cap Kamarulzaman) - 2kg
Mu tak payah beli, nanti aku suruh Kamarul @ Pa bagi ke mung. Tidok pun mu gi la ke Rumah Persatuan (ni peluang mu nok gi) utk ambik keropok tu. Aku doh muak tahap gaban doh hari2 makan kerepek kentang!!
4. Perencah Paket (Nasi Goreng, Ayam Masak Merah, Sup Bunjut etc etc)
Mu beli lah sebanyok hok mu rasa buleh tahan setahun. Tp aku mungkin guna rempah ni sekali-dua je seminggu. Masa2 lain biasa aku guna resipi sendiri. Lagi sedap. Cuma pastikan mu beli hok tarikh luput paling lewat (e.g Exp : 20.02.2020).
5. Maggi (Kari shj!!) 2 bungkus besar Sekali lagi diingatkat ...Kari sahaja ..dan cap Maggi shj. Aku tak nak main cuba2 perisa atau cap lain (e.g mamee slurp, mee sedap etc ect), rugiii. Maggi kari amat berharga kat sini.
Tiada dalam gambar:
1. Minyak panas (Afiat dan akar kayu Pak Ali) dan Minyak Gamat sebotal blako. Mu beli la sebotol bagi setiap minyak yang tersebut itu. 2. CD installer Windows XP, Adobe Photoshop CS3. Payoh wei nok cari installer sini.
p/s: Senarai ni mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa ..sebelum mu berlepas mai sini.
Ahaa. Senang bukan? dan juga murah sebab tiada bayaran pos, caj perkhidmatan ataupun caj tersembunyi. Anda pun boleh mencuba ...