Siso (See-Saw) yg disediakan untuk tetamu
Siso ni dibuat di Johor. Kak Su Abe Za & Kak Emi yg buat. Lepas tu sambung buat di Rantau Panjang. dapat siso ni boleh buat makan anak-beranak ..banyak dan puas hati (ini komen budak2, bukan aku yang cakap)
Aku melihat dengan penuh kesayuan
Rasanya, mak adalah cikgu yang paling lama d SK Seri Rantau Panjang ni. Itu yang menjadikan perpisahan ini agak menghibakan.
Aku hanya kenal 2-3 orang sahaja cikgu yang datang sebab kebanyakannya adalah cikgu baru. Tak sempat dengan aku
Aku melihat penuh gumbira
Kawan2 aku yang jadi cikgu kata: Masa ni lah best jadi cikgu. Dapat banyak hadiah.
Aku tengok pun gembira. Sebab kebanyakan hadiah adalah daripada murid2 (Hadiah dari cikgu pun ada). Dari 1 hingga 6. Bukan harga yang jadi ukuran. Boleh nampak keikhlasan mereka memberi hadiah ni. Ada yang bagi sabun mandi G.I.V, dan juga sabun buku Daiaaaa ..lupakan yang lain