8.01
Asbestos sungguh! Itulah nombor yang tertera pada kad perakam waktu saya. Terlewat satu minit hari ni. Tapi walaupun 1 minit, warnanya tetap merah.
Arghhh tidak!!! Nombor tersebut betul-betul membunuh mood untuk berkerja dengan cemerlang, gemilang dan terbilang (tiada kaitan dengan mood pilihan raya) pada hari ni.
Terlanjur bercerita pasal pilihan raya umum. Rasanya tarikh tersebut dah semakin hampir. Dalam perjalanan ke UMT tadi, dapat dilihat bulan 'menerangi' bulatan Batu 6. Rasanya kawasan ni lah yang paling meriah dengan poster pilihan raya setakat ni. Tak perasan lagi kawasan mana yang dipenuhi dengan dacing.
Ada beberapa kawan beritahu saya, kalau mengundi di kawasan luar kita akan dapat duit. Sebagai contoh, En. Kamarudin Bujang mendaftar pemilih di Kedah, dan sekarang kerja di Johor. Jadi kalau beliau balik mengundi, beliau dapat 'claim' wang (tambang perjalanan kot). Ada yang cakap lebih kurang RM100 atau RM200.
Kalau macam tu memang bagus lah. Saya pun tak sabar nak mengundi juga. Harap-harap lah sebelum bulan April ni.
Tapi, kalau saya balik mengundi dan minta wang dari kedua-dua parti boleh ke??
6 comments:
alahai..dr sayed dok marohnye ke mung..kalu stakat lewat sminit..hihih
mu pakah dacing tau nti..jgn pakah bulan...idup umno....OKU mean org kuat umbo..
pembetulan di sini yek.
OKU = orang kuat UMNO
ikhlas dari
BIAWAK BIRU
DAN
KAMBING BIRU
Saya akan pangkah pintu rumah Kasim Baba sahaja.
boring boring ...mano entry baru nyo?? grrrrrrr
huhu, merah di punch kad mmg sgt²melemahkan semangat.. sungguh berat menerima hakikat tidak dpt menepati waktu, dem!
Post a Comment