Berhenti sekejap untuk menikmati Nasi Lemak (ikan bilis tu dibawa dari Malaysia)
Memandangkan ada masa lagi sebelum perjumpaan, kami jalan-jalan dulu di sekitar Edinburgh. Keadaan pusat bandar masa ni agak sesak dengan pelancong dari pelbagai negara. Kalau tak silap saya, Edinburgh merupakan bandar ke-2 di UK yang paling ramai pelancongnya (no-1 adalah London). Tapi sebenarnya tak la rasa rimas sangat dengan orang ramai, mungkin banyak pemandangan menarik, lagipun cuaca di sini agak sejuk juga.
Hariz tak puas hati sebab tak dapat naik bas
Nak naik macam mana. £12 seorang. Baik jalan kaki je.
Bergambar ngan pakcik ni pun kena bayar (sumbangan ikhlas). Saya dan Amir dengan 'ikhlasnya' bagi 3p sorang je ..haha yang penting ikhlas
William Wallace (kononnya la)
Sebelum perjumpaan bermula, saya terlebih dahulu 'mentekedarah' di kedai makan sebelah masjid. Makan nasi dengan ayam tandoori yang besar + air nescafe, harganya cuma £3. Murah. Kalau di St Andrews tak dapat cari makan tengah hari dengan harga tu. Paling kurang £4.50.
Perjumpaan diadakan di dalam perpustakaan masjid. Perjumpaan ni agak singkat. Tapi amat penting dalam memastikan semua staf yang sedang belajar tidak menghadapi masalah yang besar, dan paling penting masih di landasan yang betul agar dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan. Tambahan pula, melalui perjumpaan ini dapat juga la bertemu dengan orang-orang Malaysia. Masa tu memang gembira, lebih-lebih lagi bagi saya yang dari St Andrews di mana hanya ada 4 pelajar Malaysia sahaja.
Seperti biasa, saya sangat khusyuk mendengar.
Antara rombongan UMT adalah Dato' NC, Prof Aziz, Prof Lokman, Dr Mahadzirah dan Dr Noraznawati (Kak Azna)
Selesai perjumpaan, kami makan-makan sambil sembang-sembang di kedai makan masjid. Wah, rasa macam kat Malaysia pula masa ni. Macam lepak-lepak kat kedai mamak!
...........................................................................................................
Jalan-Jalan di St Andrews
Esoknya, rombongan dari UMT datang ke St Andrews.
Memandangkan sayalah satu-satunya orang UMT kat sini, maka jadi pemandu pelancong lah saya hari tu.
Kami jalan-jalan sekejap je sekitar bandar. Makan ais krim di Jannetta (ais krim paling popular dengan 52 perisa). Lepas tu ke Old Course (padang golf paling popular). Prof Aziz la yang paling beriya-iya nak ke situ sebab di ni kaki golf.Ais Krim Jannetta: Sedap ke??
Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):
- Kalau nak tahu, bagi kaki-kaki golf ni merupakan satu kepuasan dan kebanggaan kalau dapat jejak kaki ke St Andrews, lebih-lebih lagi Old Course ni. Masa tengok Euro 2008 hari tu pun saya jumpa dengan sekumpulan 15 orang pakcik2 dari Lincolnshire, England yang datang ke St Andrews semata-mata untuk main golf. Mereka duduk 1 minggu kat David Russel Hall, dengan aktiviti setiap hari adalah main golf dari pagi sampai petang, dan malam tengok Euro kat TV.
Sebenarnya banyak juga gambar yang diambil, tapi tak banyak gambar saya sebab hanya jadi tukang ambil gambar je.huhu. Kak Azna! Jangan lupa hantar gambar2 tu ..cepat skit deh.
4 comments:
Rauhan,
Pak Zawi akan bermalam di rumah Azrin malam ni dalam perjalanan balik ke Kelantan dari Labuan. Pak Zawi akan minta dia masuk blog Rauhan nanti.
Pak Zawi,
He he ..trima kasih. Tapi rasanya dia tak kenal saya sbb saya ni pendiam. Lagipun jarang senior kenal muka junior.
ko bila nak main golf mat?
Udang galah,
Sekarang takde lagi tournament.
Post a Comment