Saya rasa rakyat Malaysia semua tahu, harga Diesel lebih murah, tapi di UK ni sangat mahal. Sehinggakan di Harrods (Pusat membeli belah milik Al-Fayed di London) pun ada jual Diesel. Kalau dah masuk Harrods secara otomatik boleh tahu yang barang tu memang mahal. Saya cuma mampu tengok, tak mampu beli.
Sebaliknya di sini, harga Petroleum sangat la murah. Kat mana-mana kedai pun ada jual. Saya pun mampu beli. Dan memang saya dah beli pun. Pakai untuk masak.
Nanti, jangan salah faham >>>>>
Diesel dan Petroleum yang saya maksudkan bukan lah minyak, tapi merujuk kepada jenama pakaian. Betul kan, harga pakaian jenama Diesel di Malaysia bukannya mahal sangat. Sehelai baju sekitar RM 20 - 40. Tapi di UK harganya sekitar £ 30 - 50! Memang tak mampu. Tapi kalau mampu pun saya tak akan beli, sebab di Malaysia Diesel sekadar jenama 'cap ayam'. Sebaliknya saya beli jenama Petroleum (serius ni), sehelai jaket berharga cuma £4. Saya pakai setiap kali masak untuk menutupi baju lain; sebab di sini bau masakan kita akan melekat lama. Jadi kena ada baju khusus untuk masak. Tertanya-tanya juga, ada ke jenama Petroleum di Malaysia?
11 comments:
slm perkenalan rauhan...study ke kat sana?kelakar ye..ingatkan mmg diorang jual diesel kat harrods tu..terkena akak pepagi buta ni..ehheh...rajin jengukla ke blog akak ye..ok jgn nakal2 kat tempat ore...
ciss...mu "pkul gmbor" nak wi nampok Harrods.so far tkdok brand Petroleum...pah2 ni ade kot.
atlast sampai mu kat harrods..ade dok gmbor arwah dodi n the late lady Diana???
hahahha baju ke...laaaa pening pK kat harrods ada jual minyak diesel...
haha..aku ingat ko nak ulas harga minyak kat UK n Malaysia td... Manalah tau, shahrir kata nak tetapkan harga siling minyak, ko nak ulas..nak gak aku baca.... :)
Kak Ryani,
Salam perkenalan ...baiklah saya tak akan nakal. Nanti saya jenguk blog akak
Huda,
Haha ..mu pun dah tahu makna 'pukul gambar' ..kesian kat gambar kena pukul ..tp kalau kena 'tangkap' lagi kesian.
Gambar dodi takdok ..gambar dady dia pun takdok dlm Harrods.
Sabiqah,
Mana tahu satu hari nanti Harrods betul2 jual minya ..sebab kat sini Tesco, Morissons supermarket pun ada stesen minyak sendiri
Kamil,
Harga siling minyak ke atau harga siling Harrods aku tak tahu
wei kalu diesel mahal gak sapa2 nok gi jale st andrews dr mesia gak suruh la bw diesel tu..pah tu gi la paka taye di harrods tu kihkih...
Kak ann,
Molek jugok idea tu ..bghenah! hmm tahung depe balik mesia beli banyok2 baju diesel .pahtu jual d ebay sini.
"BNWT Mens Diesel T-Shirt ..price £21.00 ..postage free (tapi UK shj deh) ..you know you're getting quality with this brand 100% genuine"
blog nye header, berry nice~ :)
Post a Comment