Kalau nak tahu pasal Halloween Party tanyalah Kamil (a.k.a Penulis Blog Sepenuh Masa)
Lepas ni sunyi la sikit SERG (Sediment Ecology Research Group) bila Freddy tak ada ...tak ada la lagi orang yang akan menyajuk suara Marrie the Cleaning Lady (sebijik dia boleh tiru suara makcik cleaner ni!). Akhir bulan ni pula, seorang lagi ... Cedric (Lab Manager) akan meninggalkan SERG kerana mendapat jawaran jawatan pensyarah di Paris. Maka, semakin pupus lah lelaki dalam SERG. Tinggallah Dave, Irv dan saya dengan dikelilingi oleh 8 orang perempuan dalam kumpulan kami.
Ok, sekarang tinggalkan dulu isu ketidakstabilan jantina dalam SERG. Kita tumpukan pula kepada gambar peti ais SERG (rujuk gambar di atas). Ha ha, untuk kali ke-4, saya dapat lagi ikan Salmon secara percuma. Betul-betul percuma. Tanpa sebarang caj tersembunyi. Saya dapat dari Tom Ashton yang membuat kajian pasal tekstur isi Salmon. Sekarang tak tahu nak masak apa lagi kerana ianya Smoked Salmon. Tapi takpa, lepas ni mungkin boleh cuba masak Smoked Salmon ni sebab kelmarin saya baru dapat buku resipi percuma (lagi) dari Student Support Services. Cuma masa belum ada untuk bereksperimen sebab esok saya akan ke Plymouth (cari sendiri dengan Google Maps!) untuk bengkel PRIMER Statistical Software selama seminggu. Lagipun hari ni saya memilih untuk masak TomYam (tak main la guna perencah) ayam memandangkan dah beli serai dan daun ketumbar; dan juga kailan ikan masin (tak guna perencah juga!) sebab kailan dah hampir layu. Bawa ke rumah Izaidin untuk hantar bekas minggu lepas. Dan makan tengah hari kat rumah dia. Isteri dia (Dayang) masak sup kambing. Lepas tu saya dan Izaidin mengadakan sesi latihan ....
Latihan apa?1
Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng)
Minggu lepas saya baru tahu yang Izaidin ni juga ahli Silat Cekak. Rasa macam tak percaya pula boleh jumpa sesama ahli di St Andrews.
9 comments:
Aku baru je beli salmon tadi..kopek 10 euro..ko boleh dapat free aje!!xfa;kjpf...sungguh tak adil dunia nieh!
10 euro?? mahal tu ..tp Salmon yg aku dpt ni diorang bg tahu harga lebih kurang 20 pound utk byk tu
wah..sempat training lagi..berlatih kaedah n jatuh ke.Lama aku xberlatih ni..
buah asas dan potong ..nak training jatuh susah sbb rumah kecik (mmg rumah sini kecik2 je)
ala ..kau bila2 masa boleh kan ..wife kau ahli tamat jugak kan?
Kalau nak tahu pasal Halloween Party tanyalah Kamil (a.k.a Penulis Blog Sepenuh Masa)---> HAHA..BILA LAH PLAK AKU JD PENULIS BLIG SEPENUH MASA NIE.. :p
Aku mancing arietue dapat atlantic salmon...sini banyak gak salmon kalo mancing kat laut,tp tak bleh mancing lebih dari 20 ekor.. tp spesis berbeza lah dengan salmon yg mu beli tue... kalo nak salmon yg isi merah tue, kena mancing kat sungai.. Tp aku tak nak lah ambik lesen semata2 mancing kat sungai..mahal siot lesen mancing..huhu
Mahal gak harga salmon kat sana..sini biasa aku beli 28AUD/kg je...kira murah lah berbanding pound..hehe
Smoked salmon:
Very good with sandwich...Mild spread of humous or butter or any chesse spread, letak lack pepper sket and salads..Fuwooo sodap...buleh buat lunch !!
Aku sokmo wak gitu mulo
Keropok Salmon Lekor
Kamil,
Memang nyata la yg kau ni dah tak berapa mahir berbahasa Melayu. Ikan Salmon tu aku tak beli!! ..Dapat percuma ..tanpa sebarang caj terselindung!
Rebeh,
Aku tok buat gitu pun. Aku nok goreng. Tipikal Melayu
Post a Comment