Memandangkan masih berada di Lowestoft, pada mulanya saya bercadang untuk menyambut Aidiladha seorang diri. Hari Raya jatuh pada hari Isnin. Saya taknak ambil cuti. Tapi semakin dekat dengan Raya saya mengubah fikiran. Bagi tahu Keith nak cuti 1 hari. Lulus. Memang patut pun lulus selepas minggu sebelumnya saya masuk makmal hari Sabtu dan Ahad.
Saya naik 'train' ke Sheffield, untuk ke rumah Kak Raihan Hassan (hehe ..nama pun dah nak sama), senior 2 tahun masa di Sains Machang. Sebenarnya tak kenal pun dia masa di sekolah dulu. Baru kenal beberapa bulan lepas (secara maya). Inilah kelebihan blog dan facebook (bukan friendster).
Suami Kak Ann, Abe Dee jamput di stesen Sheffield. Balik rumah Kak Ann dah siap masak 'Gulai Kawah' (bukan Nasi Kawah Dewan Makan). Sungguh sedap.
Sepanjang 3 hari tersebut, sempat juga jalan-jalan di bandar Sheffield, University of Sheffield (yang tentunya lebih besar dari St Andrews), dan bandar Bradford (yang ada 2 buah atau lebih masjid besar, dan kedai makanan halal di mana-mana!).
Raya? Macam hari biasa sahaja. Bezanya ada sembahyang raya pagi tu. Tidak kelihatan walau seekor pun lembu 'ditumbangkan' di tepi-tepi jalan dalam kesejukan pagi Sheffield. Perasaan sayu tu dah tentu lah ada.
Bagi menimbulkan sedikit 'mood' Raya Haji, Kak Ann rebus perut lembu untuk makan tengah hari. Memang menjadi idea tersebut. Bau rebusan perut lembu memang sangat berkait rapat dengan suasana Raya Haji (sekurang-kurangnya di Kelantan). Nasib baik dia tak masak lauk Limpa. Ini kerana, pengalaman makan lauk Limpa Gulai setiap hari Rabu (selama 5 tahun) di Dewan Rampaisari (dewan makan) SMACH menjadi igauan ngeri saya. Fobia dengan limpa. Tapi, saya yakin bukan saya seorang yang mengalami Limpaphobia ni.

23 comments:
Ermm...Limfa goreng,nyam3x... tiba rasa macam mengidam.
sup perut.....emmm windu klate..wawawa
Sidiq, tok puah2 lagi ko mung make limpo 5 tahun?
Sa, kalu Klate buke stakat sup perut ..colek perut pun sohor jugok
salam...
bleh citer sket nape jadi limpaphobia...??stau sy limpa ni best tau...sdap di makan...yam yam yam...
sedihyer berayer kt perantauan kn...huhuhu...
tp..skurang2nye ia mengajar kte menghargai ble beraye kt tanah air sendiri...btul x rauhan..???
salam rauhan..best gak bace blog rauhan ne..klakar banget..nt lain kali mai la jln lagi..nt kita gi ronda2 tmpt lain pulok..dublin cantik gak..tp takdok la besar mn sngt..sempat la cover dlm masa 2 hari tu...posing sakan kami sehhhh...smp habis pilem hehehhe..
Mous,
Salam, sebabnya dah dinyatakan dlm perenggan terakhir entri la. Anyway, lain org lain citarasa, lain cita-cita tapi pil chikit tek aun yg sama
Salam Abe Di,
Klakar ke? Laa.. saya 'habih ttae' doh tulih secara ilmiah dan akademik ni :P. Err ..brp keping filem guna? Lain kali bawa la Kodak banyak2 :D
Masalahnya dah 10 tahun tok makey limfa bey...
Takpo lah 10 tahun tok makan pun ..tok sir doh ..kenye doh make limpo
lagu mano la buleh x kenal kak ann ni?? bkn ke sumo adik2 kenal kak2 prefect?
Haku,
'Kenal' yg saya maksudkan adalah kenal antara satu sama lain. Meme la sayo kenal dio, tp dio tok kenal sayo ..dan kami tok rajin kecek pun pun sblum ni. Mugo sayo ni buke prefect ..sayo hanyalah golongan kasta rendah d Sains Labok
ko bleh buat labwork sabtu n ahad? cepatlah ko abis pas nie kan :)
hahaha lawaknya limpaphobia...patutnya ditukar pada spleenophobia baru kedengaran lebih ilmiah..patutnya kito gi cari limpa hari tu, pah tu buat gulai kuning ngan kace pg hahaha nostalgia molek tu
Kamil, jgn bimbang ..aku masuk lab sabtu n ahad tu sekadar gimik je sbb nak cuti the following weekend.
Kak Ann, kalu nok buat gitu saya buleh masok kacang pjg tu ..senang je.
1. Potong kacang pjg jd pendek.
2. Masukkan dlm periuk (brand woolworths) dan tambah air.
3. Celur selama 10 minit.
Siap utk dihidangkan bersama Limpa.
slm ziarah n slm singgah..
Ungu,
Salam ..sleke sleke
limpa sewajibnya mengundang perasaan fobia tahap gaban la kalu dok labok tu..
Masalifah (batch 99?),
Thanks for popping by.
Buke setakat limpo ..ikan gaban pun menyeramkan ..sbenarnya harga ikan gaban aka cencaru aka khonge ni mahal ..tp masuk dewan makan smach trus jatuh hargo
a`a...cite ler c kit psl masak limpa kt smach tu...
loni ingatan psl kenangan dulu2 kureng..nway klu psl ikan gaban aka cencaru mmg ingat...pebret ni tp bkn yg kt dewan make tu ler...nway..klu kt dewan make dulu klu breakfast kuewtiau goreng..mmg ramai xg mkn..tp bg sy ok jer mknan tu..he..he..
makanan d dewan makan kito mulo...mace2..agaknya benda ni la mngundang pnyakit..
tak masuk dlm senarai lagi ialah..WAHI aka MILO SMACH
Post a Comment