24 July 2007

Akhir bulan Julai



Aktiviti : Memasang banner promosi pengambilan ahli baru PSSCMCT
Lokasi : Sekitar bandar (bandar ke?) Kuala Terengganu
Durasi : Pasang banner sekejap je, sembang-sembang (sambil makan & minum) kat kedai lagi lama



Aktiviti : Gotong Royong
Lokasi : Ibu Pejabat PSSCMCT, Jalan Sultan Omar, K.Trg.
Durasi : Lama wo. Aku rasa macam nak pasang khemah je masa kat atas bumbung. Panass.

Setiap akhir bulan ganjil ni, banyak aktiviti kat PSSCM Caw Terengganu.
Dari minggu ke-2 Julai, dah start training untuk demo di UDM, KYT dan IbuPejabat sendiri. Minggu ke-3 start promosi di SABASUN, gantung banner, dan gotong-royong.

Tapi ending wajibulghunnah bagi setiap aktiviti tersebut adalah minum (kalau nak makan pun bleh) kat kedai ..tak kisah mana-mana kedai, janji takde semut dalam TomYam atau takde nyamuk/lalat/semut dalam Air. Ahli-ahli Silat Cekak ni kalau lepak kat kedai makan bukannya skejap (aku selalu jugak dengan selambanya tidur kalau ngantuk sangat). Heheh ..tapi takpe, asalkan hubungan sesama ahli makin rapat. Macam yang Guru selalu pesan supaya semua ahli bersatu hati.

Minggu ke-4 plak ...... Guru Utama sampai di Terengganu pada Jumaat ni (27hb). Malam tu ada Majlis Ijazah. Alhamdu lillah. Bulan ni Guru Utama ada kat Terengganu selama 2 malam. Sabtu malam sekali lagi ada Majlis Ijazah.

19 July 2007

Iklan Tidak Berbayar

Tawaran hebat kepada:

Pemegang kad kredit utama lain.

Pindahkan baki kredit anda dari kad kredit lain sebanyak RM4500 dan dapat TV Sharp 29" percuma. Pindahkan baki sebanyak RM7000 dan dapat LCD Samsung 37" percuma jugak.

Manusia yang takde kad kredit lagi.

Daftar untuk kad kredit MBF, dan anda berpeluang untuk membeli LCD Samsung 37" dengan hanya RM100 sebulan selama 39 bulan. Faedah 0%. (Harga pasaran LCD ni sekitar RM5K).

.................................................................................................................................

Kenapa say beriya-iya sangat pasal kad kredit ni?

Ya, saya sekarang menjadi jurujual kad kredit MBF Cards. Siapa-siapa yang berminat boleh hubungi saya (019-9845130 - talian 24 jam) Kalau tak nak rokok pakai kad kredit boleh juga sebarkan kepada keluarga / kenalan / cikgu / pensyarah / majistret / lawyer / arkitek atau pemuzik anda semua.

13 July 2007

Mabuk yang tak haram

Biasanya mabuk membawa maksud yang kurang elok, kan? Ada banyak cara untuk mabuk. Contoh yang paling senang adalah minum arak. Semua orang tahu mabuk cara tersebut adalah harammmmmm.

Tapi ada jugak mabuk yang tak haram. Macam mana tu?

Khamis lepas, aku dan kawan-kawan PSSCMCT ke perairan Terengganu, dekat ngan Pulau Kapas. Kami bukan pergi dengan niat untuk memabukkan diri. Kami pergi untuk mencandat sotong.



Semangat semua peserta (18 orang) berkobar-kobar. Banyak makanan yang aku bawa (sebagai penganjur, aku sediakan semua ..makanan, alat candat & life jacket dengan harga RM 50 sorang ..murah kan?). Aku beli nasi goreng ayam sorang sebungkus, pastu ada roti, biskut, muffin, maggi & telur (kononnya nak masak atas bot la), gula-gula, teh wangi, air coke dll ....sos & kicap pun ada tau!




Tapi yg hampehnya bila makanan tersebut tak habis pun. Nasi goreng hanya luak 5 bungkus sahaja! Inilah penangan mabuk laut.... mabuk yang halal.

Dari mula keluar kuala lagi ombak dah mengganas (macam dlm movie Guardian), semua diam (aku agak duk mengucap semuanya). Air laut melimpah-limpah masuk ke atas dek. Habis semua basah kuyup. Nasib baik aku duk kat dapur, tak basah.

Rasanya tidak kurang daripada 8 orang yang mabuk & muntah(err aku tak la). Ada yg dgn selamba muntah tepi dek, dan ada yg control macho muntah dlm toilet.






Kalau korang pernah alami mabuk laut ni korang tahu lah azabnya (bukan azab kubur la). Hati meronta-ronta mintak nak balik ke darat. Tapi apakan daya, setiap trip candat sotong ada perjanjian. Walau semua peserta mabuk, bot tak akan ke darat selagi hari tak cerah ..muahahaha.



Kebanyakannya, tunjuk muka moody. Tambahan pula malam tersebut tak banyak sotong yang dapat. Nak buat macam mana, dah takde rezeki.


Lebih kurang jam 7pg enjin bot dihidupkan. Semua gembira sebab tahu akan pulang. Yang mabuk terus jadi segar dan sihat walafiat. Keadaan terus jadi happening dengan lawak2 yang disimpan semalaman.

Apa-apa pun, semua peserta puas hati sebab dapat jugak pergi candat selepas 2 tahu aku tak anjur trip ni. Rata-ratanya nak pergi lagi tahun depan walaupun tahun ni mabuk kaw kaw punya.