18 December 2007

Mimpi Basah??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Entry ni bukan pasal mimpi basah. Ia betul-betul basah! Basah sebab banjir atau bah.

Kampung saya di Rantau Panjang dilanda banjir. Hampir keseluruhan kawasan di Rantau Panjang banjir, termasukla di pekan yang popular dengan barang-barang murah dari Golok. Banjir tahun ni adalah yang terbesar sejak tahun 1967, lebih besar daripada tahun 1988 dan 2 tahun lepas.

Saya mendapat maklumat daripada Mak saya, air dalam rumah kami (yang ground level) paras dada. Nasib baik rumah 2 tingkat, boleh lagi pindah duduk tingkat atas. Jiran-jiran yang duduk kawasan belakang rumah semuanya berpindah. Kalau tahun dulu-dulu, mereka tak pernah pun pindah, tapi tahun ni terpaksa juga sebab air dalam sangat.

Sedih juga sebab tak boleh balik time macam ni. Kalau boleh cuti dapat juga saya tolong apa yang patut. Lagipun tak ramai yang ada kat rumah.

Hmm, nak buat macam mana. Ini semua dugaan daripada Allah S.W.T. yang semestinya mempunyai hikmah disebalik kejadian banjir ini.

Nampaknya cuti Raya Haji ni akan dipenuhi dengan aktiviti membersih lembu kawasan rumah :)

13 December 2007

Perahu Kertas

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Kepada yang belum tahu. Kuala Terengganu akan diisytiharkan sebagai BANDARAYA pada 1 Januari 2008.


Kenapa tak percaya?? Saya sendiri pun rasa tak percaya. Baru tahu bila tengok 'bunting' kelmarin. Haha ...lepas ni boleh la saya merasai pengalaman hidup di Bandaraya. Tidak perlu berpindah ke KL untuk merasai hidup di Bandaraya.


Harap-harap pertukaran status ini akan membawa kemajuan kepada Bandaraya Kuala Terengganu baik dari segi fizikal mahupun sosial, ekonomi dan paling penting pembangunan insaniah.


Saya percaya, Kuala Terengganu akan semakin sibuk pada tahun depan. Antara program besar tentunya SUKMA (tapi ...stadium belum siap lagi ni...) dan juga Tahun Melawat Terengganu. Mesti banyak acara yang menarik.


Saya amat berharap (dan selalu duk terbayang) kerajaan akan menganjurkan perlumbaan Power Boat di Pulau Duyung. Tolongla gantikan perlumbaan ni dengan Monsoon Cup yang ada sekarang. Kalau Power Boat atau Speed Boat mesti ramai yang akan menontonnya. Mesti penonton akan merasai debaran bila mendengar deruman enjin dan melihat bot yang bergerak laju (lebih laju daripada bot penambang). Bukan la seperti Monsoon Cup sekarang. Saya menontonnya pun pada tahun pertama penganjuran. Menonton pun secara terpaksa sebab nak tahu. Tapi tak rasa langsung 'kenikmatan' menonton sebab pergerakan perahu layar yang perlahan membuatkan seolah-olah saya melihat perlumbaan perahu kertas semasa zaman kanak-kanak riang dulu.


*Jom melawat Terengganu (promosi tanpa bayaran) :)


12 December 2007

Apa salah makcik ...?

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..


Saya hairan.

Jurugambar (akhbar) selalu ambil gambar banyak-banyak (banyak gila sebenarnya) untuk sesuatu majlis, kejadian, atau acara. Berapa kos yang diorang habis saya tak tahu, tapi tentu banyak sekali. Kalau duit tu digunakan untuk membeli Roti Boy, tentu kedai Roti Boy di Giant KT akan tutup serta-merta sebab stok Roti Boy habis dibeli. Tapi kan. Apa gunanya gambar yang berkualiti dan diambil dengan menggunakan kamera mahal, tapi apabila dimasukkan dalam akhbar harian, hasilnya teruk. Kadang-kadang tu muka orang dalam akhbar siap ada bayang atau juga mempunyai bibir yang berlapis sebab kurangnya kualiti cetakan.

Saya juga hairan.

Jurugambar (televisyen) selalu ambil video banyak-banyak (dan lama gila sebenarnya) untuk sesuatu majlis, kejadian, atau acara. Lepas tu akan masuk studio untuk proses suntingan dengan harapan untuk menayangkan video terbaik semasa berita. Tapi apa faedahnya proses tersebut bila (dalam berita semalam) ditayangkan video ....

Seorang makcik (umur 60 tahun ke atas) sedang mengurut-urut betis dan paha sendiri semasa di pusat pemindahan banjir. Adala lebih kurang 5-10 saat video tu. Dan sudah tentu semua penonton dapat melihat dengan jelas betis dan paha makcik yang bertudung tersebut.

Apala diorang ni kan? Banyak lagi la video yang berkaitan dengan banjir kalau nak tayang pun. Bukannya video makcik tersebut.

06 December 2007

Tengku Juh sudah datang

Tahun ni saya rasa musim tengku juh agak lewat sedikit berbanding pada tahun-tahun lepas. Jika dulu dalam bulan November dah banjir atau pun pra-banjir di beberapa tempat (untuk 'first round' sebab banjir akan berlaku sekali lagi pada pertengahan Disember atau awal Januari) . Tapi Alhamdu Lillah pada tahun ini tidak banjir lagi. Harap-harap nya lah tak jadi banjir pada tahun ni atau awal tahun depan.

Kalau masa budak-budak dulu mesti 'excited' masa nak banjir.

Saya masih ingat lagi pada tahun 1995 atau 1996. Masa tu kami sekeluarga masih tinggal di rumah teres Tmn Rantau Mas (belakang Pantai Timur Rantau Panjang). Suatu malam, air Sungai Golok (1 batu dari rumah kami) dah melimpah-limpah. Air parit dan longkang di depan rumah kami pun dah melimpah sedikit demi sedikit. Tapi tak banjir lagi masa tu. 'Progress' dia lambat sikit. Mulanya kami adik-beradik tunggu juga, tapi disebabkan masa tu dah pukul 2 pagi, mak suruh tidur. Lagipun semua barang dan kelengkapan rumah telah disimpan di tempat tinggi. Kami pun tidur la (tapi tak nyenyak), dengan harapan esok bila turun tangga akan merasai kesejukan air banjir hingga paras paha. Tapi bila bangun keesokannya, kecewa sangat sebab air longkang yang semalam tu limpah dah turun parasnya. Perasaan masa tu macam-macam, sedih ada, menyesal pun ada sebab dah alih semua barang ke tempat selamat, lepas tu kena alih lagi ..huhu.

Tapi sekarang ni dah tak sanggup menghadapi banjir. Bukan apa, siksa juga la walaupun paras air setakat lutut je. Paling susuh bila masa hendak menjalani proses penyahtinjaan (sama ada secara berkala atau secara tiba-tiba).

Hari ni saya rasa musim tengku juh yang sebenar telah tiba. Pagi tadi lebih kurang jam 7.40 pagi, masa lalu atas Jambatan Sultan Mahmud, saya dapat merasai kuatnya tiupan angin. Ya, bagi saya, penanda aras musim tengku juh adalah bila adanya angin yang kuat macam pagi tadi. Saya terpaksa melakukan lagak ngeri (gaya separa Superman) atas motor bagi mengurangkan impak tiupan angin ke atas motor dan tubuh saya yang 'berat gila' (54kg tuu!). Kalau tak buat lagak ngeri (ingat ke Mat Rempit je yang tahu buat 'skill'?) tersebut, rasa seperti nak melayang dan kadang-kadang hampir terbabas.

Terfikir juga, kalau la Monsoon Cup berlangsung pada hari ni mesti lebih mencabar dan menarik untuk ditonton ...kan. Seingat saya, dari tahun pertama hingga tahun ni, Monsoon Cup dilangsungkan dalam suasana angin yang tenang ...dan selepas sahaja Monsoon Cup, maka bermula lah musim tengku juh yang sebenarnya. Kalau tak silap saya tahun lepas penganjur terpaksa menangguhkan acara separuh akhir sebab angin terlalu perlahan sehinggakan perahu layar menjadi 'malu-malu kucing' untuk belayar. Hmm, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukannya.



Kenapa ni? Penat setelah menolak perahu layar ke??



Mungkin lepas ni boleh anjurkan pertandingan lain yang tak memerlukan angin kencang. Sebab angin kencang ni susah untuk diramal bila akan berlaku. Err ..silap. Nak ramal tu senang (budak tadika pun boleh buat ramalan), tapi jadi ke tak tu kita tak tahu.

Antara pertandingan yang saya rasa menarik adalah seperti:

1. Karom (ke Karem atau Karim atau Karim Pin atau Karim Puff Girl???)
2. Dam Haji atau Dam Ular
3. Mahjong (bukan Maajun Kuat Salasa) ..untuk orang Cina je.
4. Main tudung botol
5. Batu Seremban
6. Batu Gajah

Menarik bukan? Tidak memerlukan angin kencang. Cuma angin yang sepoi-sepoi bahasa melayu yang diperlukan untuk menghasilkan persaingan sengit di kalangan peserta.

SELAMAT MENCUBA!

04 December 2007

Yahoo ..

Setelah 3 hari menanti akhirnya saya terima juga sampul Pos Ekspres yang dihantar dari British Council. Sepatutnya sampai 2 Disember, tapi posmen salah hantar ke UDM ..bukan UMT. Nasib baik la ada seorang staf UDM baik hati bagi sampul tersebut kepada sepupu beliau yang berkerja di INOS, UMT dan seterusnya diberi kepada saya.

Masa nak buka sampul ni bukan setakat jantung ..tapi hati, paru-paru, ginjal dan pundi kencing saya turut berdebar-debar, lebih kuat daripada semasa mengambil keputusan SPM (1997).

Sampul Pos Ekspress yang tertera perkataan 'Dijamin Sampai Esok' dibuka ...

Alhamdu Lillah.

Saya dapat Overall Band 6.5

Listening - 7.5
Reading - 6.5
Writing - 6.0
Speaking - 6.0

Keputusan ini dah melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan oleh JPA / KPT untuk sambung belajar di luar negara iaitu 6.0. Keputusan ini juga menepati syarat minimum kebanyakan universiti di UK dan Australia iaitu 6.5. Syukur, lepas ni boleh la 'concentrate' untuk permohonan cuti belajar dan biasiswa.

Ramai yang terlibat membantu saya dalam mencapai keputusan yang 'unsangkarable' ini.

Mr Anuar (pensyarahUDM) - kerana mengajar secara percuma pada tahun 2004
Rumi (tutor UMT) - kerana bagi pinjam buku modul dan audio files IELTS, dan juga bagi tip-tip
Dr Rebeh (pensyarah UMT) - kerana tolong ajar saya untuk 'writing' dan 'speaking' dengan
ujian olok-olok
Roy (tutor UPM) - keranan bagi tip-tip untuk 'score' dan bantuan kewangan ...he he
Jep (tutor UPM) - kerana bagi tip-tip untuk 'score'
kawan-kawan lain ..Julia, McRos, Along, Azam etc. etc. yang bagi sokongan kewangan moral

..banyak la pulak senarai, tapi nak buat macam mana, kena tulis juga nanti ada yang merungut cakap tak kenang budi kalau nama dia tak ditulis.

Yang akhir sekali (dan paling istimewa) tentulah kepada keluarga saya terutamanya kepada Mak kerana sokongan beliau melalui doa, dan juga adik saya Reza kerana bersusah-payah sepanjang 2 hari 1 malam saya di KL untuk IELTS.

Tapi... yang kurang gembiranya apabila resit bayaran yuran IELTS saya hilang! Macam mana nak 'claim' balik dengan UMT. RM 510.00 tuuu! Harap-harap la resit tu dijumpai ataupun boleh claim tanpa menggunakan resit. Kalau tak naya la. Saya tak bersedia lagi menjadi dermawan.
p/s: Roy, tolongla doakan aku berjaya 'claim' yuran tu ....

26 November 2007

Letupan misteri di Terengganu

Baru-baru ini (Jumaat lepas) rakyat Terengganu telah digemparkan dengan satu letupan yang sangat kuat. Bunyinya seakan-akan bunyi bom atau meriam yang ditembak masa bulan puasa. Saya (yang berat sekadar 54kg) yang ketika itu sedang duduk di ruang tamu rumah telah bergerak 3mm dari tempat duduk asal akibat daripada gegaran yang dihasilkan oleh letupan tersebut (serius, ini kes benar!)

Ramai yang telah membuat telahan. Ada yang kata sebab letupan pelantar minyak di Paka. Ada yang kata letupan bom. Yang paling asbestos, ada yang kata bunyi letupan Anak Krakatoa. Huh, kalau la Anak Krakatoa menghasilkan bunyi sekuat itu, sah sah la anda tidak akan jumpa peta Indonesia dalam Google Earth.

Kelmarin, misteri letupan tersebut akhirnya terbongkar. Ianya dihasilkan daripada pesawat Sukhoi SU-30 MKM. Menurut Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07). Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini. Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara (sumber:
www.bharian.com.my)

Hmm. Nasib baik la si Sukhoi yang menghasilkan letupan tersebut. Wahai Encik Sukhoi, lain kali kalau nak 'gurau kasar' macam ni bagi la salam dulu. Takde la pulak kami di Terengganu ni kalut.

Ada juga soalan yang bermain di fikiran saya
Betul ke ni pesawat Malaysia? Entah-entah pesawat Singapura.

Nota (bukan nota kaki bangku):

Ada juga kebaikan daripada kejadian letupan ni. Sekurang-kurangnya lebih ramai yang mengingati Allah (walaupun buat sementara waktu) selepas mendengar bunyi 'Encik Sukhoi'.

21 November 2007

Melayu tidak boleh malas lagi



Apalah agaknya yang diperkatakan dalam hati Rafael Nadal semasa memandang potret Yang DiPertuan Agong. Tentu beliau kagum dengan sistem beraja (secara bergilir-gilir) yang diamalkan di Malaysia.

Atau si Nadal tu sekadar posing maut kat depan gambar tu atas permintaan jurugambar. Sebab Nadal kan datang sini untuk perlawanan pertunjukan "Clash of Titans' dengan Richard Gasquet. Jadi untuk perlawanan tu Nadal dan Gasquet dibayar (rasanya). Jadi terpaksalah beliau buat apa sahaja yang penganjur suruh.

.................................................................................................

Semalam saya baca dalam Utusan Malaysia Online, berita pasal Yang DiPertuan Agong memandu uji kereta kebal PT-91M (buatan Poland) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Baginda patut dijadikan contoh kepada semua orang Melayu. Ya la, dalam kesibukan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong, Baginda masih sempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak macam ni. Nampaknya, setiap aktiviti Baginda dipenuhi dengan perkara yang bermunafaat.

Ramai orang Melayu (termasuklah saya) selalu mengeluh 'tiada masa', kalau kena buat kerja yang lebih sikit. Padahal kita ni bukannya sibuk sangat (macam Yang Dipertuan Agung atau Pak Lah atau Mawi sekalipun). Sebagai contoh, kalau yang kerja di pejabat, kebanyakan masa bukannya dihabiskan untuk buat kerja, tapi untuk download lagu, YM, YouTube, MySpace dan Friendster (untuk makluman, saya tak guna dah friendster, tapi saya dah pindah ke facebook ...lebih syok! ..id saya rauhunt). Ada juga yang lebih sibuk duk kemaskini blog peribadi, berbanding buat kerja pejabat (arghh....diriku amat terasa dengan kenyataan yang menghiris kalbu ini)

Baiklah ..bermula saat ini saya berazam untuk berkerja dengan lebih tekun, gigih dan korupsi dedikasi

Nota kaki bangku

*Gambil : Gambar diambil

07 November 2007

Berita apa ni??

"Cukai dinaikkan kepada 14 peratus"

"Permintaan tinggi, sistem tiket tergendala"

Yang di atas tu adalah antara contoh ayat dalam berita ringkas di Astro Awani (ch123). Alaa berita bertulis yang ada kat bahagian bawah skrin tu la. Tapi beza berita ni berbanding yang ada kat TV3 adalah berita Awani statik, TV3 pula bergerak. Oleh kerana statik, maka pihak Astro pun buat la ayat ringkas. Ya, ayat yang ringkas memang la baik. Tapi mestilah RINGKAS, TEPAT dan PADAT. Kalau ringkas macam ayat di atas tu saya rasa semua (kalau tak pun majoriti) penonton tak faham. Berita yang kedua tu mungkin ada juga yang boleh tangkap maksudnya. Rasanya pasal tempahan tiket Olimpik Beijing 2008. Rasanya la..

Harap-harap Astro boleh membaiki persembahan berita ringkas ini. Kami bayar tau untuk tengok Astro. Kalau RTM atau MediaPrima yang buat tak apa la juga sebab kami tengok secara percuma.

05 November 2007

Kini Felo Akademik pun dapat gaji

Alhamdu lillah..

Semalam saya online YM dan baca offline message daripada Syer pasal lapor diri Felo. Terus contact dia, tapi tak ada kat bilik dan Mek Ros yang jawab. Mek Ros pun memberikan confirmation yang sepupu beliau telah lapor diri sebagai Felo. Saya pun terus telefon Kak Zu dan Kak Zu suruh datang terus ke Jabatan Pendaftar untuk lapor diri.

Ya.. bermula bulan ini, semua Felo Akademik UMT akan dibayar gaji (baca : elaun). Tapi ia hanya untuk 6 bulan sahaja.

Sedikit info pasal Felo Akademik:

Jawatan ni lebih kurang macam Tutor juga. Tapi bezanya adalah bila menerima jawatan, Felo tak akan dapat gaji lagi selagi tidak mendaftar sebagai pelajar Master atau PhD. Bila dah mendaftar untuk cuti belajar tu baru start gaji bulanan + biasiswa (bergantung kepada negara mana). Oleh sebab tak ada gaji, maka Felo juga tak perlu bertugas lagi (kalau ada kerja lain, boleh buat kerja lain dulu). Kontrak untuk Felo ni cuma 1 tahun dan dalam masa tersebut mesti dapat tempat untuk sambung belajar. Tutor pula start sahaja menerima jawatan akan dapat gaji (dan mestilah kena bertugas), kontraknya 2 tahun untuk dapat tempat sambung belajar.

Tak apa lah, walaupun untuk 6 bulan pun aku sangat2 bersyukur kepada Allah. Ya la perjanjian asalnya tak ada gaji langsung. Terima kasih juga kepada Datuk NC (seriously bukan bodek) kerana mencetuskan cadangan ini sehingga membolehkan kebanyakan Felo ni 'bernafas' semula.

Harap-harap dalam masa terdekat ni saya akan dapat lagi berita gembira. Sekarang ni masih lagi menunggu surat tawaran sambung belajar daripada beberapa universiti. Entah bila la surat ni akan sampai, sebab rasanya status 'dalam proses' ni dah dekat 3 minggu dah. Tawakkal je la.

Hari ni ada sambutan Hari Raya UMT. Saya pun boleh pergi sebab dah bertaraf "kakitangan". Tapi tak tahu nak peri ke tidak sebab dengar-dengar cerita kena pakai Baju Melayu. Tak bawak la pulak Baju Melayu.

01 October 2007

Astro :: Making Your Life Richer

Aku bangun bersahur pagi tadi. Makan nasi ngan lauk-lauk yang tak habis masa berbuka. Yeah, inilah contoh orang yang membazir. Contohilah saya :)

Aku masih keliru sama ada hendak guna kata ganti nama "Aku" atau "Saya"

Saya bersahur sampai la bunyi letupan meriam yang menggegarkan lantai rumah bagi menandakan waktu imsak.

Ok. Saya akan menggunakan "Saya".

Kalau nak tahu, salah satu keistimewaan di Kuala Terengganu semasa bulan Ramadhan ni adalah adanya bunyi letupan mercun bagi menandakan waktu berbuka dan waktu imsak. Meriam tersebut dibunyikan di atas Bukit Pak Apil, betul-betul di atas rumah yang saya tinggal. Tu yang sampai bergegar lantai rumah.

Kalau nak tahu jugak, sekarang ni saya tinggal di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu (PSSCMCT).Rumah ni cukup lengkap macam rumah lain + ada pejabat.

Lepas bersahur, saya buka TV. Tekan chanel 3, pastu keluar mesej 'No channel on this number'. Saya tekan chanel 4, keluar juga mesej yang sama. Ohoo, saya baru teringat, bermula 1 Oktober Astro telah menyusun semula channel untuk kemudahan semua pelanggan.

Astro kata (bukan saya kata), chanel yang mempunyai tema yang sama akan duduk salam satu kumpulan yang sama. Tapi bagi saya, penyusunan semula ni bukan memudahkan pelanggan. Menyusahkan ada la. Pertamanya sebab nombor chanel tu semuanya 3. Mana senang, tekan 2 nombor ke 3 nombor? Dah la remote Astro jenis lambat pick-up, lagi la seksa. macam mana TV9 (Dekat di Hati) duduk pada chanel 107 dan @15 pada chanel 109? Yeah, memang betul-betul 'memudah'kan. Macam mana pulak Hallmark, NTV7, Hitz.TV dan 8TV berada dalam 1 kumpulan? Oh yeah, sama nyerrr tema chanel niiii. tapi nak buat macam mana, kita cuma pelanggan. Kalau tak suka tak payah langgan Astro, langgan la TV kabel lain. Kalau ada la, kalau tak ada terpaksa la menanggung siksa sakit jari dan sakit hati menekan chanel2 tersebut.

Untuk senarai lengkap chanel baru Astro sila ke

Senang bukan?? He he.

25 September 2007

Salam Ramadhan

Aiseh ..lama tak update. Bukannya apa, ni sebab:

1. Malas
2. Sibuk gila (orang gila pun tak sibuk macam ni)
3. Buat-buat sibuk

Rasanya alasan ke-3 paling tepat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah terlewat ke nak ucapkan ...

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa
.

Kenapa ar, aku rasa tahun ni punya Ramadhan tak dirasai sangat mood dia. Mood nak sambut raya pun tak rasa sangat. Nak kata sebab poket kering tak jugak sebab masa puasa tahun lepas pun aku sengkek jugak (bila la aku nak kaya, masuk Peraduan Merdeka Petronas pun tak menang ..hmgggrhhh). Mungkin sebab RTM, Media Prima, Astro, NSTP, Utusan, Sinar Harian masih sibuk promote perayaan 50 tahun kemerdekaan kot. Itu pasal la mood Ramadhan ni agak kureng sikit. Mungkin juga mood Ramadhan ni hilang bila seluruh Malaysia dikejutkan dengan kes trajis melanda adik
Nurin. Salam takziah ditujukan kepada keluarga En Jazimin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aku sekarang baru berjinak-jinak dengan
Facebook. Alaa kira macam friendster jugak la. Tapi aku rasa Facebook ni lebih menarik sebab ..err aku pun tak tahu sebabnye. Cuba la baru tahu. Pastu korang boleh add nama aku ..search guna 'rauhunt' mesti jumpa. Tak sangka pulak Rebeh (skarang dah dpt title Dr) dah jadi advanced user dalam Facebook ni. Dulu dia ni buta IT (sorry kutuk skit di bulan Ramadhan ni). ni aku punya link facebook

03 September 2007

Sambutan Merdeka

Tahun ni masuk tahun yang ke-50 Malaysia mencapai kemerdekaan. Sambutan besar-besaran diadakan di ibu negara. Siap ada siaran langsung lagi dalam TV. Setiap negeri juga menyambut kemerdekaan ini secara besar-besaran berbanding tahun sebelumnya.

Aku seperti biasa, tidak suka untuk pergi ke tempat yang penuh dengan manusia. Lebih suka layan siaran langsung TV di rumah. Malam Ambang Merdeka peringkat Terengganu diadakan di Pantai Batu Buruk. Ada acara errr ...aku tak tahu sebab tak pergi. Aku hanya tengok persembahan di TV3, TV9 dan Astro Ria. Mulanya aku berhajat nak tunggu sehingga jam 12 tengah malam untuk sama-sama melaungkan 'MERDEKA'. Tapi oleh kerana perut aku terlebih dahulu melaung-laung sebab lapar, terpaksa la aku ke dapur dan masak Maggi kari (bukan Mamee slurp). Sedang Maggi aku hampir-hampir masak, aku terdengar dentuman bunga api, ingatkan dah raya ... tapi rupanya bunyi bunga api di Pantai Batu Buruk.

Aku rasa puas hati sebab dapat merasai 2 pesta kemerdekaan dalam satu masa. Dapat menonton pesta kemerdekaan dari dekat (dalam TV la kan) tanpa menyeksakan hidung aku dengan menghidu bau yang kurang menyenangkan(biasa la, bila ramai orang, macam-macam bau yang ada, pakai rexona ke nivea sama je kot). Aku juga dapat merasakan 'adrenaline' kemerdekaan dengan menonton persembahan bunga api dari rumah.

Terima kasih ye stesen-stesen TV (yang tak berbayar je), sebab menayangkan pesta kemerdekaan ini secara langsung. Dapat juga orang macam aku yang tak minat ke tempat ramai orang ni merasai kemeriahan hari kebangsaan ini. Tahun depan tayang la lagi ya. Aku nak tengok lagi. Cuma yang aku tak puas hati bila tengok filem Leftenan Adnan di TV3 (kalau tak silap). Apasal la gambar dia gelap je. Pulak tu pelakon-pelakon dalam filem tu jadi tinggi dan kurus semacam je. Aku musykil, adakah filem ini ditayangkan menggunakan VCD cetak rompak?? Tapi takkan la TV3 nak buat begitu kot. Aku terus tukar siaran, tengok siaran yang lagi terang dan jelas gambarnya lagi bagus ....




21 August 2007

Kerana RM 500

Hooray.

Akhirnya selepas hampir setahun menunggu aku dapat jugak notis jemputan untuk Majlis Konvokesyen ke-5 UMT pada 26 Ogos ini. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Sultan Mizan. Dewan ni ada juga yang menggelarnya Dewan Penyu.

Kalau nak tahu bentuk dewan ini dari atas, cubalah Google Earth..... Betul kan, macam penyu. Menurut cerita orang tua-tua he he cerita aku la, bentuk asal dewan ni memang sejilbik macam penyu, tapi kerana kekurangan bajet, terpaksa dibuang mana-mana binaan yang tak perlu, terutamanya bahagian kepala. Aku setuju sangat dewan tersebut tidak betul-betul menyerupai haiwan, nanti ada pulak yang jadikan sebagai tempat pemujaan. Lagipun sekarang ni kan Kerajaan Terengganu sendiri pun tak berminat menjadikan penyu sebagai ikon Malaysia, ASEAN negeri. Sebaliknya beliau memilih Nemo / Clown Fish / Anemone Fish / Ikan Badut. Harap-harap tak ada pulak Dewan Nemo selepas ini.

Harun Laban mencelah ...."Woit! kau ni nak cerita pasal konvo ke pasal dewan penyu tu?"

Rauhunt Hussin menjawab, "Err ..rilek la En Harun. Oke oke, saya berbalik kepada cerita asal."

Ya, aku akan konvo pada 26 hb ni ..hari Ahad. Mula-mula ingatkan dapat terima daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri, tapi kerana Seri Paduka secara otomatiknya menjadi Canselor UiTM, terima skrol daripada Permaisuri Agong pun takpe. Aku akan tetap posing maut demi kepuasan anda semua.

Tapi ...sebenarnya ...ni .... lagi .... satu .... masalah .... aku masih belum bayar yuran Viva (RM500 tuu!). Boleh ke aku konvo??

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini,
Taip <A> untuk rauhunt boleh konvo, atau <B> untuk rauhunt tidak boleh konvo (padan muka, tu la tangguh lagi bayar yuran) ...dan hantarkan sms anda ke 019-9845130 sebelum 25 Ogos jam 4.45 pm.

Banyak hadiah menanti anda!

Sekian.

Nota kaki kewek:
Viva - Peperiksaan oral. Biasanya dalam pengajian Sarjana atau PhD untuk mengesahkan penerimaan tesis sama ada layak atau tidak untuk dianugerahkan ijazah tersebut.

08 August 2007

Mari menjadi Petani Moden

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN



Tagline ini nampaknya semakin dominan dalam kaca TV. tapi aku tak pasti pulak dalam Astro ada ke tak tagline ni.

Tagline ini adalah untuk mempromosikan bidang pertanian kepada masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi golongan belia dan remaja.

Aku amat menyokong projek kerajaan yang satu ini. Mengapa?

Sebab buat masa sekarang bidang pertanian di Malaysia tidak diterokai ke tahap optimum yang sepatutnya. Majoriti rakyat Malaysia memandang rendah bidang ini. Pertanian di anggap kampung dan tidak moden. Natijahnya, ramai lepasan sekolah atau matrik mengelak daripada memilih bidang pertanian ini. Kalau yang dapat kursus ini pun ada yang sanggup tukar kursus. Fobia. Kerana takut dianggap kampung.

Mereka lebih memandang tinggi kursus Sains Komputer & IT. Abe wey.., kalau nak tahu kursus-kursus ni lah yang paling susah nak dapat kerja. Memang la banyak kekosongan, tapi berapa juta yang ambik kursus ni kau tak fikir. Cuba lihat di semua IPTA, mesti ada kursus ni kan?? IPTS pun sementelah lagi!! Kalau kursus pertanian, perladangan atau perikanan (kursus aku ni!), tak ramai yang ambil, jadi peluang nak dapat kerja pun tak la susah sangat ..kan kan??

Sekarang ni, ramai jugak graduan (termasuk la yang grad bidang pertanian) tak sanggup nak menceburi perniagaan pertanian. Mereka tak biasa berpanas dan berhujan. Mereka lebih rela kerja dalam pejabat dengan gaji cukup makan asalkan dapat duduk dalam hawa dingin (agak-agaknya Malaysia ni negara yang beriklim sejuk dan bersalji).

Jadi elok sangat lah kerajaan membuat promosi pertanian sekarang ni supaya dapat membuka mata dan minda belia-belia Melayu negara kita.

Err ..nanti, sebenarnya aku pun tidak terlibat sangat dalam perniagaan pertanian ini. Hampeh sungguh aku, ni yang kerajaan marah ni ..Jangan Cakap Saja ..Jom Kitar Semula.

Tapi takpe, aku masih lagi kerja dengan company yang relate dengan pertanian.

1. MBF Cards - ni bisnes kad kredit, relate ke dengan pertanian?? Tak kan??

2. Amas Jaya Ent - aku jugak kerja ngan supplier ni. Setakat ni dalam proses supply ikan Tilapia, Yu dan induk Udang kepada UMT. Nah, relate tak dengan pertanian??

Hihi ...sekian.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Nota Kaki Bangku:

Tiada kambing yang dicederakan atau dianiayai dalam penghasilan entri ini.

02 August 2007

Janji Rebeh

Aku tujukan post ni kepada salah seorang pelajar Malaysia di UK. Nama dia Rebeh (bukan nama sebenar ..tapi nama manjalara). Dia ni dulu roomate aku masa kat UPM Terengganu (kini UMT ..Universiti Mengabang Telipot Universiti Malaysia Terengganu).

Rebeh ni pandai dan bijaksana. Masa buat degree dulu antara top scorer (tapi masa 1st to 3rd sem pointer aku lagi tinggi ...muahhhahaha ..gelak riak). Skeeping London power sih! Sejibik macam Mat Saleh celup dia skeeping. Orang selalu gunakan Rebeh untuk translate nota english ke BM. Dek kerana ke'terror'an (bukan terrorist la) dia, dia diterima jadi Tutor UMT. Sambung MSc di UK dalam masa 1 tahun sahaja! Lepas tu dia terus sambung PhD di UK jugak. Akhir bulan ni dia akan balik ke Malaysia dengan title Dr ..Selamat Datang Dr Rebeh (bukan nama sebenar).

Tapi.....

Sebelum Dr Rebeh balik tu ..aku mahu tuntut sesuatu daripada Dr Rebeh.

1. Sehelai seluar (apa2 jenama asalkan takde di Malaysia) yang dijanjikan masa Dr Rebeh buat MSc dulu.
2. Sehelai baju-T berkolar (jenama Bench) yg Dr Rebeh janjikan masa tengah buat PhD.

Itu sahaja! Aku bukannya materialistik, bukan juga potret mistik, jauh lagi fantastik four, tapi aku ingin membantu Dr Rebeh menunaikan Janji Diana Janji Joni Janji Rebeh

24 July 2007

Akhir bulan Julai



Aktiviti : Memasang banner promosi pengambilan ahli baru PSSCMCT
Lokasi : Sekitar bandar (bandar ke?) Kuala Terengganu
Durasi : Pasang banner sekejap je, sembang-sembang (sambil makan & minum) kat kedai lagi lama



Aktiviti : Gotong Royong
Lokasi : Ibu Pejabat PSSCMCT, Jalan Sultan Omar, K.Trg.
Durasi : Lama wo. Aku rasa macam nak pasang khemah je masa kat atas bumbung. Panass.

Setiap akhir bulan ganjil ni, banyak aktiviti kat PSSCM Caw Terengganu.
Dari minggu ke-2 Julai, dah start training untuk demo di UDM, KYT dan IbuPejabat sendiri. Minggu ke-3 start promosi di SABASUN, gantung banner, dan gotong-royong.

Tapi ending wajibulghunnah bagi setiap aktiviti tersebut adalah minum (kalau nak makan pun bleh) kat kedai ..tak kisah mana-mana kedai, janji takde semut dalam TomYam atau takde nyamuk/lalat/semut dalam Air. Ahli-ahli Silat Cekak ni kalau lepak kat kedai makan bukannya skejap (aku selalu jugak dengan selambanya tidur kalau ngantuk sangat). Heheh ..tapi takpe, asalkan hubungan sesama ahli makin rapat. Macam yang Guru selalu pesan supaya semua ahli bersatu hati.

Minggu ke-4 plak ...... Guru Utama sampai di Terengganu pada Jumaat ni (27hb). Malam tu ada Majlis Ijazah. Alhamdu lillah. Bulan ni Guru Utama ada kat Terengganu selama 2 malam. Sabtu malam sekali lagi ada Majlis Ijazah.

13 July 2007

Mabuk yang tak haram

Biasanya mabuk membawa maksud yang kurang elok, kan? Ada banyak cara untuk mabuk. Contoh yang paling senang adalah minum arak. Semua orang tahu mabuk cara tersebut adalah harammmmmm.

Tapi ada jugak mabuk yang tak haram. Macam mana tu?

Khamis lepas, aku dan kawan-kawan PSSCMCT ke perairan Terengganu, dekat ngan Pulau Kapas. Kami bukan pergi dengan niat untuk memabukkan diri. Kami pergi untuk mencandat sotong.



Semangat semua peserta (18 orang) berkobar-kobar. Banyak makanan yang aku bawa (sebagai penganjur, aku sediakan semua ..makanan, alat candat & life jacket dengan harga RM 50 sorang ..murah kan?). Aku beli nasi goreng ayam sorang sebungkus, pastu ada roti, biskut, muffin, maggi & telur (kononnya nak masak atas bot la), gula-gula, teh wangi, air coke dll ....sos & kicap pun ada tau!




Tapi yg hampehnya bila makanan tersebut tak habis pun. Nasi goreng hanya luak 5 bungkus sahaja! Inilah penangan mabuk laut.... mabuk yang halal.

Dari mula keluar kuala lagi ombak dah mengganas (macam dlm movie Guardian), semua diam (aku agak duk mengucap semuanya). Air laut melimpah-limpah masuk ke atas dek. Habis semua basah kuyup. Nasib baik aku duk kat dapur, tak basah.

Rasanya tidak kurang daripada 8 orang yang mabuk & muntah(err aku tak la). Ada yg dgn selamba muntah tepi dek, dan ada yg control macho muntah dlm toilet.






Kalau korang pernah alami mabuk laut ni korang tahu lah azabnya (bukan azab kubur la). Hati meronta-ronta mintak nak balik ke darat. Tapi apakan daya, setiap trip candat sotong ada perjanjian. Walau semua peserta mabuk, bot tak akan ke darat selagi hari tak cerah ..muahahaha.



Kebanyakannya, tunjuk muka moody. Tambahan pula malam tersebut tak banyak sotong yang dapat. Nak buat macam mana, dah takde rezeki.


Lebih kurang jam 7pg enjin bot dihidupkan. Semua gembira sebab tahu akan pulang. Yang mabuk terus jadi segar dan sihat walafiat. Keadaan terus jadi happening dengan lawak2 yang disimpan semalaman.

Apa-apa pun, semua peserta puas hati sebab dapat jugak pergi candat selepas 2 tahu aku tak anjur trip ni. Rata-ratanya nak pergi lagi tahun depan walaupun tahun ni mabuk kaw kaw punya.

04 January 2007

Di sebalik lagu Samsons

Saya rasa ramai yang menyukai lagu Kenangan Terindah dendangan kumpulan Samsons. Yaa band dari Indonesia ..kalau band Malaysia tak ramai yang suka kan kan?? Saya pun suka sangat lagu ni. Setiap hari duk dengar, selain daripada lagu Dealova, Pencinta Wanita dan lagu-lagu dari Nidji (juga band Indonesia)

Tapi tak ramai yang tahu ada apa di sebalik lirik lagu ini jika ia diputarkan secara terbalik.

Sila dengar dengan teliti klip audio ini: