23 October 2007

Kami Bukan Along, Kami Cuma Nak Tolong

Inilah dia hidangan berbuka pada hari ke-30 Ramadhan tahun ni ...Nasi Kerabu!


Alhamdu Lillah, dah selamat menyambut Aidilfitri. Gembira, penat, puas hati etc etc ...semua perasaan bercampur baur. Raya tahun ni banyak jugak saya jalan-jalan.




Sebahagian daripada ahli keluarga saya


Raya ke-2 ke Kota Bharu melawat Kak Tie di Hospital Besar KB, kemudian ke Bunut Susu melawat saudara mara sebelah arwah ayah. Raya ke-3, saya join rombongan cawangan Terengganu ke rumah Ustaz di Bukit Mertajam. Sara, tak sempat bertegur pulak kat sana ye.

Raya ke-3 saya dan keluarga ke rumah Ayah Ngah di Terengganu. Kami tidur semalaman sahaja. Buat acara pembakaran terbuka di Pantai Teluk Ketapang dengan ayam, sosej dan roti gardenia menjadi mangsa.





Sekitar aktiviti pembakaran di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu





Kami juga sempat pergi ke Mydin Mall dan Giant. Nak buat macam mana, di Kota Bharu takde Mydin yang besar dan Giant pun tak siap lagi. Tapi perlu diingat di Kota Bharu ada KB Mall yang besar lagi daripada Mydin Mall dan Giant, dan lebih banyak pilihan untuk membeli dan membelah, huh. Tak lama lagi (hujung tahun ni kot) Tesco akan di buka di Kota Bharu. Bestnya hidup di KB, tapi apakan daya saya mencari rezeki di pekan kecil Terengganu.

Saya balik semula ke Terengganu pada petang Ahad 21 Oct. Naik motor, syukur masa tu hari tak hujan. Sehari sebelum tu hujan sepanjang hari.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pagi tadi saya baru menduduki ujian saringan untuk permohonan pinjaman memulakan perniagaan, Majlis Penggalakan Ekonomi Belia ( http://www.mpeb.gov.my/ ). Ujian tu diadakan di Kompleks Belia Pasir Panjang. Ujian nya lebih kepada psikologi. Soalannya tak ada betul salah, cuma tanya pendapat, sama ada ya atau tidak dan juga letak skala 1 hingga 5. Macam jawab questionaire!


Dugaannya bukan sebab soalan susah, tapi bosan nak menjawabnya. Satu lagi dugaan besar adalah kedudukan antara calon (bukan calon Angkasawan Negara) yang rapat ya amat. Ada ke patut, meja sepanjang 1 depa diletakkan 3 calon. Saya duduk di tengah-tengah dan masa menjawab soalan tu siap berlaga siku dengan calon di kiri dan kanan. Menurut kata The Fabuloz Catz ..."AKU RIMASSS". Keadaan itu membuatkan saya bertekad untuk menjadi calon pertama yang menyiapkan questionaire tersebut. Yeah! saya orang pertama yang siap dan terus keluar dewan untuk melegakan semula sendi dan urat yang tegang selama hampir setengah jam tadi. Harap-harap kakak yang menjaga ujian terpegun dengan ketangkasan saya menjawab soalan dan dikira sebagai kriteria (banyak la kau punya kriteria) lulus ujian tersebut.

Kalau dapat pinjaman, saya nak memulakan perniagaan apa? Oh, ianya rahsia lagi sebab saya tak nak idea saya dicedok oleh pihak yang tidak bertanggungjawab saya sendiri pun tak tahu rahsia tersebut ..har har.


Ya Allah, tolonglah murahkan reseki hambamu ini, amin.




07 October 2007

Mood Raya

Baru minggu ni saya start rasa mood nak sambut Raya. Raya dah dekat, tapi persiapan tak buat lagi. Saya rasa nak beli sepasang Baju Melayu tahun ni sebab baju yang lama rasanya dah berumur 5 tahun.

Oleh itu, wahai Bendahari UMT, tolongla percepatkan proses siapkan cek saya. Saya nak pakai duit tu sebelum Raya. Saya ni dah la takde gaji. Harap claim masa jadi demonstrator sahaja. Tolong la ya.

Dah tengok iklan Raya dari Petronas?? Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sebab kabanyakan iklan daripada syarikat petroleum nasional ni menyentuh perasaan. Saya baru sekali menonton iklan ni semalam. Pasal Ayah yang bertanyakan Anak nama burung. Si Anak dah jawab burung Murai, tapi Ayah masih lagi bertanya. Sehingga lah Anak berkata "Ayah ni memang tak dengar ke saja buat-buat tak dengar". Lepas tu Ayah tunjuk diari arwah Ibu yang bercerita pasal kenangan lalu di mana Anak pula yang bertanya Ayah nama burung. Rasanya tidak kurang daripada 10 kali Anak bertanya Ayah nama burung tersebut, tapi Ayah tetap menjawab dengan penuh kasih sayang tanpa merungut... Anak tu terus insaf bila baca dan mengingati kisah tersebut.

Syabas kepada Petronas sebab sekali lagi menghasilkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Tapi apa yang saya rasa pelik adalah kenapa kebanyakan iklan raya ni mengaitkan Anak dan Ayah. Jarang sekali ada kaitan dengan Ibu. Mungkin saya tak ingat, tapi setahu saya, antara iklan yang berkenaan kisah Ibu adalah kisah Janda Anak Tujuh. Yang lain-lain seingat saya adalah kisah Ayah. Saya harap iklah-iklan selepas ini tidak meminggirkan jasa Ibu. Kalau boleh kaitkan kedua-dua sekali (Ibu dan Ayah) dalam iklan mesti lagi bagus kan? Err ..banyak komen la plak ..


01 October 2007

Astro :: Making Your Life Richer

Aku bangun bersahur pagi tadi. Makan nasi ngan lauk-lauk yang tak habis masa berbuka. Yeah, inilah contoh orang yang membazir. Contohilah saya :)

Aku masih keliru sama ada hendak guna kata ganti nama "Aku" atau "Saya"

Saya bersahur sampai la bunyi letupan meriam yang menggegarkan lantai rumah bagi menandakan waktu imsak.

Ok. Saya akan menggunakan "Saya".

Kalau nak tahu, salah satu keistimewaan di Kuala Terengganu semasa bulan Ramadhan ni adalah adanya bunyi letupan mercun bagi menandakan waktu berbuka dan waktu imsak. Meriam tersebut dibunyikan di atas Bukit Pak Apil, betul-betul di atas rumah yang saya tinggal. Tu yang sampai bergegar lantai rumah.

Kalau nak tahu jugak, sekarang ni saya tinggal di Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu (PSSCMCT).Rumah ni cukup lengkap macam rumah lain + ada pejabat.

Lepas bersahur, saya buka TV. Tekan chanel 3, pastu keluar mesej 'No channel on this number'. Saya tekan chanel 4, keluar juga mesej yang sama. Ohoo, saya baru teringat, bermula 1 Oktober Astro telah menyusun semula channel untuk kemudahan semua pelanggan.

Astro kata (bukan saya kata), chanel yang mempunyai tema yang sama akan duduk salam satu kumpulan yang sama. Tapi bagi saya, penyusunan semula ni bukan memudahkan pelanggan. Menyusahkan ada la. Pertamanya sebab nombor chanel tu semuanya 3. Mana senang, tekan 2 nombor ke 3 nombor? Dah la remote Astro jenis lambat pick-up, lagi la seksa. macam mana TV9 (Dekat di Hati) duduk pada chanel 107 dan @15 pada chanel 109? Yeah, memang betul-betul 'memudah'kan. Macam mana pulak Hallmark, NTV7, Hitz.TV dan 8TV berada dalam 1 kumpulan? Oh yeah, sama nyerrr tema chanel niiii. tapi nak buat macam mana, kita cuma pelanggan. Kalau tak suka tak payah langgan Astro, langgan la TV kabel lain. Kalau ada la, kalau tak ada terpaksa la menanggung siksa sakit jari dan sakit hati menekan chanel2 tersebut.

Untuk senarai lengkap chanel baru Astro sila ke

Senang bukan?? He he.