27 December 2009

Hati-hati Dengan Perangkap Mereka

'Winter' kali ini adalah antara yang paling teruk melanda UK. Banyak penerbangan terpaksa ditunda. Dan ada yang lebih teruk bila terpaksa dibatalkan terus. Begitu juga dengan 'train'. Ramai orang putih yang nak balik beraya terkandas di stesen atau 'airport'.

(rasa macam musim perayaan Aidilfitri pula bila baca surat khabar kisah mereka yang terkandas masa nak balik raya mereka).

Gara-gara salji pada tahun ini amat tebal dan turun sehingga berhari-hari juga menyebabkan banyak kenderaaan di jalan raya tersangkut, dan terpaksa ditinggalkan oleh pemandu mereka. Ramai rakyat UK yang marah-marah meluahkan perasaan mereka dengan tindakan PBT yang lembab. Kemarahan mereka ada asasnya, sebab ini bukanlah pertama kali salji turun di sini, dah beratus atau beribu tahun dah. Sepatutnya PBT dah lengkap dengan segala persiapan untuk menghadapi musim ini.

Namun, ada juga kegembiraan di sebalik kekalutan ini (selain Krismas itu sendiri). Salah satu darinya adalah jualan diskaun besar-besaran yang ditawarkan di semua pusat membeli-belah. Sama ada 'in-store' atau secara 'online'. Kegembiraan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menyambut Krismas, mereka yang tak menyambutnya juga turut gembira. Ramai yang senyum lebar.

Selain itu, dalam musim 'winter', walaupun salji yang lebat mendatangkan masalah kepada pengangkutan, namun, sekurang-kurangnya ada juga kegembiraan yang dapat dirasai bila dapat main salji (i.e. buat 'snowman', main 'snowball' dan juga 'sledge'). Cuma, satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa bermain atau berjalan di atas salji adalah tapak kaki.

Kalau semasa musim tiada salji, kita susah nak nampak atau tak nampak langsung tapak kaki anjing. Tapi bila dah ada salji ni, tapak kaki mereka jelas kelihatan. Tak boleh nak abaikan. Jadi, hati-hati ya semasa berjalan atau berlari.

19 December 2009

Ada juge mende halal untuk kerismas lunch


Minggu-minggu terakhir sebelum cuti krismas saya lihat samai yang tak berapa fokus buat kerja. Masing-masing sibuk dengan jemputan untuk Christmas party. Yang tak sambut krismas pun beriya-iya juga.
Sebut pasal party dengan orang kat sini pasti ramai di kalangan kita yang agak keberatan untuk join. Begitu juga saya. Antara faktor utama adalah menu yang disediakan. Alangkah best-nya kalau di Malaysia. Banyak pilihan yang buleh di makan. Maksud saya pilihan yang halal.

Tapi, untuk christmas lunch pada tahun ni saya agak puas hati. Walaupun takde ayam dan daging yang halal. Tapi sekurang-kurangnya ada juga mende lain yang halal.

Penerangan gambar: rujuk Nota


Nota kaki skodeng (bukan kaki bangku)

Antara mende yang best dalalm krismas lunch ni sebab buleh beraksi macam budak2 main perang belon, dan juga di'halal'kan untuk tidak masuk lab selepas pukul 2 petang. Boss sendiri pun tak masuk, anak buah menurut saja. Bila lagi nak ada krismas lunch ni??

12 December 2009

Kehadiranmu Tidak Dihargai

Entah mengapa, saya mash lagi tak puas hati dengan cara meniaga orang-orang di UK. Bukan sebab mereka menipu pembeli (yang jenis ni ada di mana-mana), tapi mereka ni jenis malas buka kedai lama-lama. Hampir semua kedai buka jam 9 atau 9.30 pagi, dan tutup jam 5 petang. Paling lewat pun sekitar jam 6.30 petang pada hari Khamis. Kalau hari Ahad lagi awal, jam 4 petang dah tutup. Gila ke apa? Kat Malaysia 10 malam baru la kedai atau supermarket tutup.

Tadi, memandangkan kelas (kelas amali yang saya jadi 'demonstrator', yang pasal hemoglobin, plasma, blood coagulation, yang saya sendiri pun tak faham sangat sebab tak pernah belajar) habis awal (~4 petang), saya ambil kesempatan merayau-raya sekitar pekan St Andrews. Jalan-jalan tengok gelagat orang di waktu Maghrib. 10 minit jalan dah habis pusing seluruh kawasan pekan, dan akhirnya saya singgah di kedai kasut Clarks (yang jadi kegilaan orang-orang Malaysia, yang kalau datang UK mesti nak beli kasut ni sebab murah di sini). Seperti biasa, Clarks memang tak pernah tak ada sale ..sale sepanjang tahun.

Saya tengok-tengok kasut-kasut yang ada di rak. Banyak yang berkenan, tapi semuanya yang tak ada diskaun. Kalau yang ada diskaun pulak, mesti yang gaya macam untuk orang tua. Tapi, sebelum keluar, saya terpandang sepasang kasut di rak diskaun tersebut, yang sesuai untuk dipakai oleh orang yang tak berapa tua lagi. Kebetulan pula di rak saiz 8. Sepasang je yang ada. Saya ambil kasut tersebut. Baru je terfikir untuk 'try', saya terpaksa letak semula.

'Kepada organisma yang bernama kh**nz*r, kehadiran mu, walau secebis kulit untuk dijadikan pelapik sebelah dalam kasut Clarks tersebut, tidak sedikit pun aku hargai'.

Carilah tempat lain untuk menempel.

02 December 2009

Syarat Menjadi Warga Scotland


Hujung minggu lepas, saya ke Edinburgh untuk menonton perlawanan ragbi antara Scotland dan Argentina. Ianya adalah siri perlawanan 'test' yang terakhir dalam persiapan mereka menghadapi kejohanan 6 Nations pada Januari tahun depan.

Naik 'train' dari Leuchars jam 12 tgh hari, dan lebih kurang sejam kemudian, jumpa Dave dan keluarga di stesen Haymarket. Kami jalan kaki ke stadium Murrayfield. Sambil berjalan, saya sembang dengan anak saudara Dave. Dia cerita pengalamannya masa pergi ke Sabah dan Sarawak tahun lepas. Sambil bercerita tu, banyak juga la soalan yang dia tanya tentang Sabah dan Sarawak; tapi kebanyakannya saya tak boleh jawab sangat, sebab tak pernah sampai lagi ke Borneo. Rasa macam 'hampeh' bila orang Scotland yang banyak bercerita tentang Malaysia (Sabah dan Sarawak je, sebab dia tak pergi ke Semenanjung) kepada saya; bukan sebaliknya. Kalau lah Kamil ada kan bagus.

Lebih kurang 20 minit jalan, kami sampai di stadium. Memandangkan ini bukan perlawanan kompetitif, jadi stadium tak lah penuh. Tapi, keadaan meriah juga. Kami mengambil tempat di kawasan Utara. Kawasan tempat duduk yang agak jauh dari tengah padang. Padan la dengan tiket yang paling murah.

Perlawanan akan bermula dalam masa setengah jam lagi. Saya nampak para pemain sedang memasaskan badan di tepi padang. Kedua-dua kumpulan yang sedang membuat senaman dan lari-lari anak itu memakai baju biru dan putih. Saya tak pasti yang mana Argentina, yang mana Scotland.

Saya tanya Dave, sama ada kumpulan pemain yang berdekatan dengan kami adalah pasukan Scotland. Dave dengan tegasnya menjawab.

"Tak, mereka terlalu 'hensem' untuk menjadi orang Scotland. Orang Scotland hodoh-hodoh".

Belum sempat saya nak cakap, Dave terus potong apa yang saya nak katakan.

Kami gelak. Mujurlah masa tu tak ada orang yang duduk dekat dengan kami.

Bersama peyokong kuat Scotland, iaitu Dave


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Sila maklum bahawa syarat yang disebut dalam tajuk entri ini adalah pandangan peribadi penulis, bukannya diambil daripada buku Perlembagaan Scotland

21 November 2009

Musim sejuk pun perlu pakai deodorant

Kadang-kadang rasa kelakar pula bila memikirkan balik yang saya terlibat dalam 'demonstrating' untuk 3 'modules' di School of Biology. Subjek Zoologi, Genetic and Evolution dan satu lagi tak ingat. Rasa kelakar sebab saya tak ambik subjek Biologi pun masa SPM dulu, dan masa Matriks pun tak belajar juga. Masuk degree baru la ada belajar sikit; tapi tak berapa faham dan tak 'score' pun sebab tak ada asas yang kuat.

Sekarang, ni kelam kabut dibuatnya. Persediaan yang saya kena buat semestinya berganda daripada 'demonstrator' lain yang sudah 'terjebak' dalam Biologi sejak sekolah menengah lagi.

Tapi, seronok juga terlibat dalam kerja ni. Dapat peluang tengok cara pensyarah di sini mengajar (peluang yang jarang ada sebab PhD saya hanya buat 'research). Selain itu, seronok tengok gelagat pelajar-pelajar di sini yang begitu tekun dan semangat. Walaupun 'dressing' sesetengah mereka nampak macam pemalas dan budak nakal, tapi bila dalam kelas atau 'lab' serius gila.

Semangat macam ni lah yang membawa masalah kepada saya. Pelajar-pelajar ni suka sangat bertanya, dan 'argue' apa yang kita cakap. Memang saya dah buat 'homework' sebelum masuk 'lab', tapi kadang2 tu berpeluh juga nak jawab. Mujur ada Rexona ..., lepas tu tak berpeluh lagi.

14 November 2009

Terima Kasih Tuan Guru Nik Aziz


Kekalahan pasukan bola sepak Kelantan dalam Piala Malaysia telah pun seminggu berlalu. Cerita tentang perlawanan tersebut sudah jarang kedengaran lagi. Tapi, bagi sesetengah orang, keperitan masih lagi dirasai.


Semasa Ayah Su dan Cik Su datang tempoh hari, kami pun tak cakap banyak pasal bola ni. Banyak lagi topik lain yang lebih menarik untuk diperkatakan, jadi buat apa sembang pasal bola (atau, mungkin bila Cik Su, orang Terengganu cuba sembang pasal bola, saya dan Ayah Su cuba ubah topik kerana panas telinga).

Ayah Su dan Cik Su datang 2 malam sahaja ke Scotland baru-baru ini. Jadi, tak lah banyak sangat tempat yang boleh pergi, lebih-lebih lagi sekarang ni matahari terbenam jam 4.30 petang. Pukul 5 lebih dah gelap gelita dah.

Kami sempat pergi ke Loch Lomond, iaitu tasik yang terbesar di Britain. Saya sewa kereta Mercezez Benz C200 Kompressor (sekadar nama hiasan). Buat pertama kali memandu di UK, dan apa yang dapat simpulkan adalah:


Loch Lomond

Jalan di Malaysia jauh lagi baik, terutamanya keluasan jalan dan kemudahan papan tanda, dan juga lampu jalan. Cuma kelebihan di sini sebab tak ada tol langsung (kelebihan yang bagi markah tinggi ni!).

Hari ke-2, kami jalan-jalan sekitar St Andrews. Seperti orang lain juga, kedatangan ke St Andrews tidak sah kalau tak ke Old Course, yang merupakan tempat kelahiran golf (orang Britain ni semua benda mereka kata mereka yang cipta dulu).

Kalau sebelum ni, saya dah mula rasa bosan berjalan sekitar St Andrews, tapi baru-baru ni semasa dengan pakcik dan makcik saya, rasa macam 'best' pula. Sebabnya, ke mana saja kami pergi ada je orang-orang Scotland yang menegur. Mungkin mereka dapat cam pelancong. Saya terfikir, selama ni takde pulak mereka tegur saya. Mungkin kah mereka ingat saya ni pun penduduk tempatan (faktor warna kulit? ...terima kasih Fair & Lovely).


St Andrews

Walaupun lawatan mereka agak singkat, tapi tetap rasa puas hati. Biasa la, sapa tak suka ahli keluarga datang melawat ..kan?

Jadi terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana memberi cuti (hari Ahad) kepada semua rakyat Kelantan tempoh hari tanpa mengira Kelantan menang atau kalah perlawanan bola sepak tersebut. Oleh kerana hari Ahad dah memang cuti hujung minggu, jadi cuti tersebut di ganti pada hari Isnin (secara pandai-pandai). Dapatlah kami cuti panjang sikit pada hujung minggu.

Bila pulak Kelantan nak masuk 'final' apa apa sukan? Nak cuti lagi..

07 November 2009

Dejavu: Zaman Sekolah Rendah

Hari Rabu baru-baru ni berlangsung acara pelancaran MASTS (Marine Alliance for Science & Technology Scotland). Acara berlangsung di Dynamic Earth, Edinburgh. Selain pelancaran, ada juga dibuka 'stand' dari universiti-universiti Scotland yang terlibat dalam MASTS.


Bersama ahli SERG

Setelah sejam lebih berada di sana dengan mengunjungi pameran, saya dilanda kebosanan. Jadi saya mengambil peluang untuk ke tempat lain yang berdekatan dengan Dynamic Earth ini.

Aktiviti 1: Mendaki bukit

Menuju puncak

Bukit yang saya daki dinamakan Salisbury Crags. Bukit ini merupakan yang tertinggi di Edinburgh. Semasa berada di puncak bukit ini, saya terpegun melihat keindahan bandar Edinburgh (yang merupakan bandar ke-2 paling ramai dikunjungi pelancong di UK selepas London). Namun, saya tidak dapat berada lama sangat di atas bukit ini kerana ada satu lagi tempat yang saya nak pergi, sebelum bertolak balik ke St Andrews.


Edinburgh Castle - pandangan dari Salisbury crags


Aktiviti 2: Melawat Parlimen


Dah lama saya teringin nak melawat Scottish Parliament, namun sebelum ini masa tidak mengizinkan. Jadi peluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin.

Pintu masuk ke parlimen

Bangunan parlimen Scotland tidak lah besar sangat. Ianya sebuah bangunan moden. Kadang-kadang nampak macam muzim sebab banyak juga hasil seni yang dipamerkan di sini. Semasa di parlimen, sempat juga saya masuk ke Debating Chamber, iaitu dewan tempat wakil-wakil rakyat Scotland bersidang.


Bergambar di Debating Chamber

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati mengikuti rombongan ke Edinburgh kali ini. Selain daripada menghadiri pelancaran MAST, dapat juga saya ke tempat menarik yang lain. Terima kasih kepada School of Biology yang menyediakan perkhidmatan bas.

Nota kaki jalan-jalan (jalan free sapa tak nak)

Melawat Scottish Parliament terus membuatkan saya teringatkan aktiviti Lawatan Sambil Belajar semsa sekolah rendah. Selain daripada Parlimen, Muzium Negara dan Zoo Negara juga adalah tempat wajib pergi pada masa tu. Dejavu. Bukan setakat dejavu ini melanda ingatan, tapi juga melanda gaya penulisan ..budak sekolah.

25 October 2009

Kebaikan Tidak Minum Arak

Orang-orang di sini kebanyakannya sangat memilih makanan Mereka cuba menjauhi makanan yang kurang sihat; kalori tinggi atau sangat berlemak. Amalan pemakanan mereka sangat ketat.

Tapi yang hairan bin ajaib (bosan la guna frasa klise ni), bila bab minum arak mereka semacam 'menghalalkan' saja perbuatan mereka walaupun tahu tak elok untuk kesihatan. Bagi mereka amalan minum arak ni dah sebati dengan budaya, jadi dah tak boleh nak ubah. Mereka tahu keburukannya, tapi cuba menipu diri sendiri dengan buat-buat tak tahu.

Minggu lepas, saya berpeluang memberitahu mereka kelebihan tidak minum arak, bukan setakat beritahu, tapi siap dengan contoh depan mata lagi. Semasa 'coffee break', rakan-rakan di 'lab' menghadiahkan saya sehelai t-shirt Univ of St Andrews (yang saya dah lama nak beli tapi asyik tangguh sebab agak mahal) sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29 25. Selain tu ada la benda lain seperti kek dan cokelat (yang saya anggap tak penting ..haha). Selepas berterima kasih, saya angkat t-shirt tersebut sambil berkata inilah kebaikannya jika tak minum arak. Mereka senyap dan tertanya-tanya maksud sebenar saya.


Nota kaki minum Nescafe (bukan arak):

Sudah menjadi amalan ahli-ahli 'lab' kami untuk berkongsi duit dan membeli beberapa hadiah kepada sesiapa di antara kami yang menyambut hari lahir. Semesa giliran rakan-rakan lain, mereka biasanya mendapat hadiah sebotol arak, dan hadiah-hadiah kecil lain yang saya tahu harganya murah. Tapi, bila tiba giliran saya, mereka tak boleh beli arak, jadi duit yang ada tu mereka akan beli hadiah besar dan mahal daripada orang lain dapat. Ha ha ..tu la, minum arak sangat, kan dah rugi dapat hadiah kecik dan murah.

16 October 2009

Adakah ini satu petanda ....?

Gambar dari Amal's flickr

Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya mengadakan rumah yang agak-agak terbuka untuk Hari Raya. Kalau tahun lepas, jemputan terhad kepada rakan-rakan di St Andrews sahaja, tahun ni jemputan dipanjangkan sedikit kepada (beberapa) orang rakan dari Dundee.

Sesuai dengan skala majlis yang lebih besar, maka makanan yang dihidangkan juga lebih banyak.

Majlis berlangsung dari tengah hari sampai la ke malam. Mujur la 'housemate' saya seorang sahaja. Kalau ramai mesti susah nak adakan majlis macam ni. Lagipun saya dah bagi tahu dia awal-awal lagi pasal majlis ni (lebih kurang usir secara mesra) ..ternyata berkesan sebab dia keluar pagi-pagi lagi, dan balik bila majlis dah hampir-hampir tamat. Takde la dia sengsara lama sangat dengan bunyi bising orang bercakap Melayu.

Saya puas hati bila melihat semua yang datang balik dengan kekenyangan. Tapi agak ralat bila banyak makanan yang tak habis. Mungkin ini satu petanda masakan saya tidak sedap; dan mereka semua buat muka kekenyangan untuk menjaga hati tuan rumah. Orang Melayu kan penuh beradab.

08 October 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Ramai yang kata, keputusan PMR tak penting sangat. Lain lah kalau SPM, yang mana keputusannya sangat mempengaruhi peringkat pengajian tinggi kita semua.

Saya pun sebelum ini bersetuju dengan pendapat demikian. Bagi saya, bila dah menduduki peperiksaan SPM, keputusan dalam PMR secara automatiknya akan dilupakan. Orang dah tak tengok keputusan PMR lagi bila dah ada SPM.

Namun, pendapat saya berubah semenjak semalam.

Seorang kenalan di sini menjemput saya makan malam di rumah beliau. Selain saya, terdapat 2 orang lagi rakan lain yang bersama di rumah tersebut. Hidangan yang disediakan oleh isteri beliau sangat lazat, dan sangat banyak. Bagi saya seperti hidangan untuk 10 orang. Namun kami seramai 5 orang sahaja.

Sebelum, semasa dan selepas makan kami mereka tidak henti-henti berborak dan diselang-seli dengan gelak ketawa yang saya pasti jiran sebelah boleh dengar. Saya senyum, sengih dan buat-buat gelak bila merasakan mereka sedang membuat lawak.

Bagi saya, inilah akibat daripada mendapat D dalam Bahasa Arab Komunikasi PMR dulu. Saya tak faham apa yang mereka semua cakap. Kadang-kadang saja mereka guna bahasa Inggeris.

Mujurlah makanan semuanya sedap.

03 October 2009

Jamuan Raya Mencetus Persaingan?

Sambutan Aidilfitri di luar negara masih terasa kemeriahannya. Walaupun tidaklah semeriah sambutan di Malaysia, namun sekurang-kurangnya suasana hari raya masih boleh dirasai. Kalau di Malaysia ada majlis Rumah Terbuka, yang berlarutan sehingga penghujung bulan Ramadhan; di sini pun ada.

Saya baru balik dari menghadiri Rumah Terbuka seorang rakan di Dundee. Meriah. Penuh dengan masyarakat Malaysia. Makanan pun banyak dan sedap-sedap. Ada Mee Udang, Pulut Kuning, Nasi Himpit, Rendang, dsb dsb dsb. Sama sahaja dengan hidangan di Malaysia. Jadi kepada mereka yang selalu 'upload' ke facebook, gambar makanan semasa Rumah Terbuka di Malaysia untuk membuatkan kami di sini iri hati, hentikanlah perbuatan yang sia-sia itu.

Gambar di bawah bukanlah gambar semasa Rumah Terbuka hari ini, tetapi adalah semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Komuniti Melayu Dundee di London Dundee.


Gambar di atas adalah gambar pelajar lelaki 'single', manakala gambar di bawah adalah gambar pelajar perempuan 'single'.


Saya tak pasti, adakah selepas menghadiri majlis ini, dan selepas memerhatikan ketidakseimbangan di dalam nisbah Lelaki:Perempuan di Dundee, akan tercetus satu persaingan selepas ini.

Tunggu dan lihat saja.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Gambar-gambar di'pau' dari Facebook Mahadi

26 September 2009

William Wallace

Semasa dalam perjalanan pulang dari Dundee (selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri KMD), saya dah berkira-kira untuk menonton DVD Braveheart lakonan Mel Gibson, yang baru dibeli dari Ebay. Saja nak tengok balik serba sedikit sejarah perbalahan orang Scotland dan England.

Tapi, bila sampai di rumah (selepas memasukkan makanan yang ditapau ke dalam peti), saya rasa semacam tiada 'mood' untuk menonton filem tersebut. Ini kerana minggu lepas rasanya macam agak panjang saya bercuti hujung minggu. Jadi, rasa 'terpaksa' untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan Phd. pula pada hujung minggu ni (tapi, ironinya boleh tulis blog).

Minggu lepas, selepas menghabiskan kerja makmal di Lowestoft, saya singgah di Sheffield untuk menyambut 1 Syawal di sana. Berhari raya di rumah Abg Dee dan Kak Ann (rasanya tak perlu letak link sebab blog mereka dah tak aktif). Terima kasih kepada mereka sekeluarga sebab memberikan layanan yang baik. Makanan pun sedap-sedap, semasa berbuka dan juga semasa Hari Raya. Dan yang lebih penting ada makanan 'signature' orang Kelantan seperti Gulai Darat, Kuzi + Roti Jala, Colek Paru dan tak dilupakan Budu.


Barang-barang tipikal yang dibawa bila ke Lowestoft. Walaupun sekadar 2 minggu, separuh beg saya sentiasa dipenuhi dengan perkakas dapur seperti periuk, senduk, pinggan dan mangkuk. Item tambahan kali ini adalah Baju Melayu untuk dipakai semasa Aidilfitri di Sheffield

Secara keseluruhannya, Raya kat Sheffield agak meriah. Ini kerana bilangan orang Melayu tersangat lah ramai. Rasanya 10 kali ganda lebih ramai dari Melayu di Dundee + St Andrews. Semasa nak naik 'train' balik ke St Andrews, rasa macam berat hati pula, sebab rasa tak puas cuti Raya 2 hari. Tapi takpe, minggu-minggu seterusnya boleh lagi sambut di Scotland pula.


Tan Sri Elyas Omar adalah antara jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Sheffield. Beliau datang beraya di sini bersama anak beliau, pelajar perubatan di University of Sheffield. Ucapan Tan Sri Elyas sangat bermakna sebagai motivasi pelajar dan juga orang Melayu untuk menjaga tanah air.

Selepas 2 kali menyambut Aidilfitri di perantauan (sila baca sambil diiringi lagu Dendang Perantau), saya baru sedar yang saya ni tak pernah lagi menyambutnya (pada 1 Syawal) di Scotland. Kalau tahun lepas di Berlin, tahun ni pula di Sheffield. Harap-harap bila saya menonton filem Braveheart malam esok, William Wallace (atau Mel Gibson) tak akan 'keluar' dan serang saya sebab tidak setia kepada Scotland.

06 September 2009

Tiba-tiba jadi rajin

Diam tak diam, dah masuk 15 hari kita berpuasa (ayat tipikal intro entri kebanyakan blog-blog di bulan Ramadhan ini). Tak sedar rasanya. Banyak tugasan yang perlu disiapkan, membuatkan masa berlalu dirasakan begitu pantas.

Jadi, kepada sesiapa yang belajar di UK, tapi balik ke Malaysia semasa bulan Ramadhan dengan alasan tak tahan puasa terlalu lama, fikir-fikir kan lah. Tak perlu takut dengan tempoh masa ni (ayat jeles orang tak boleh balik Raya).

Esok, saya akan memulakan perjalanan ke Lowestoft. Ada kerja makmal di sana. Saya akan menghabiskan separuh lagi bulan Ramadhan di sana. Syukur sangat sebab dapat juga rumah sewa. Walaupun sekadar untuk 2 minggu, tapi penting untuk tinggal di rumah sewa berbanding Hotel atau 'Bed & Breakfast'. Sebabnya, di rumah sewa boleh masak. Kalau di Hotel atau 'B&B' entah macam mana la rasanya berbuka puasa dengan makanan-makanan seperti pizza, fish & chips atau pun kebab setiap hari selama 2 minggu.

Bila fikirkan balik, 'seronok' juga menghadapi kepayahan seperti ini. Berpindah-randah semasa bulan Ramadhan.

Esok akan naik 'train' selama 9 jam lebih. Sudah semestinya saya akan menghidu bau capuccino yang sangat menusuk kalbu (m
akanan mereka seperti sandwic biasanya tak bau sangat, jadi takde masalah la).

Esok juga, 'housemate' saya akan keluar rumah. 'Frust' juga sebab saya dah 'serasi' dengan dia. Sebabnya dia jarang ada di rumah. Sepanjang 2 bulan tinggal serumah, tidak sampai 10 kali saya terserempak dengan dia, dan tak lebih 2 kali tengok dia kat dapur. Jadi secara tak langsung saya bermaharajalela di dapur.

Sepeninggalan saya, akan ada 'housemate' baru yang akan masuk rumah ni. Itulah sebabnya saya menjadi sangat rajin. Dalam kesibukan mem'packing' barang-barang, saya masih sempat menulis nota. Nota-nota yang ditampal di peti sejuk, laci dan kabinet dapur ini sangat penting bagi memastikan bakal 'housemate' tidak menggunakan periuk kuali saya untuk memasak daging haiwan yang sedang selsema sekarang.

31 August 2009

Tiket Kelas Ekonomi Pun Ada Kebaikannya

Mungkin mereka nak ambil hati Malaysia agaknya, sampai ulang tahun kemerdekaan Malaysia pun mereka sambut (walaupun secara tak langsung)

Pagi tadi saya buka laman web Bing (bagi yang tak tahu, Bing adalah enjin carian baru keluaran Microsoft) versi UK. Rasa teruja bila melihat muka depan laman ini membuat paparan khas Malaysia sempena 31 Ogos.

Gambar - Jambatan gantung Langkawi

Bila rakan di 'lab' perasan keterujaan saya, saya pun terus ambil kesempatan untuk bercerita tentang Malaysia. Merangkumi topik yang pelbagai; dari Sejarah, Sosial, Budaya dan juga Keindahan Alam di Malaysia (dengan penekanan diberikan kepada Kelantan). Siap tunjuk-tunjuk gambar. Saya tidak sentuh langsung tentang topik-topik panas dalam Malaysiakini. Jadi, mereka semua menunjukkan reaksi 'wow'. Mereka menyatakan rasa minat (harap-harap reaksi mereka jujur) untuk melancong ke Malaysia satu hari nanti.

Kalaulah fasilitator yang terlibat dalam Kursus BTN PhD/Master Luar Negara (KAO-H0215-08) di Kem Ulu Kenas dulu tahu apa yang telah lakukan, tentu mereka berasa bangga. Tidak sia-sia usaha mereka menerapkan minda patriotik dalam diri saya. Tak sia-sia juga, tiket penerbangan pergi-balik MAS (walaupun kelas ekonomi saja) yang kerajaan (atau UMT) tanggung untuk saya ke kursus tersebut 2 tahun dulu.

Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan, Malaysia

30 August 2009

Lembab dan Basah

Semalam, buat pertama kalinya saya sempat ke Masjid Dundee dalam bulan Ramadhan tahun ni untuk, 1) berbuka puasa, 2) bertadarus, dan 3) bertarawikh.
(Nota: Susunan tidak mengikut keutamaan penulis)

Alhamdu lillah. Bila berada di kalangan rakan-rakan Muslim yang ramai macam ni barulah rasa suasana puasa. Berbuka ramai-ramai. Boleh mendengar orang mengaji Al-Quraan, bertarawikh dan juga tadarus (Sebenarnya orang Malaysia saja yang bertadarus, rakan-rakan Muslim dari negara lain masing-masing mengaji secara solo). Tentang sembahyang tarawikh pula lebih kurang sama dengan di Malaysia. Mereka buat 20 rakaat di sini. Tapi selepas 8 rakaat, dah ada sebilangan (termasuk saya) yang berhenti.

Tentang makanan pula, apa yang menarik perhatian saya adalah orang di sini tidak kisah tentang 'presentation' dalam menghidangkan makanan. Asalkan boleh makan, sudah cukup bagi mereka. Beberapa orang yang ditugaskan dalam penyediaan makanan main 'hentam' sahaja, siap campak-campak (atau tabur-tabur) lagi makanan seperti kurma, pisang dan pakora; kecuali nasi sahaja yang dibubuh elok dalam pinggan polisterin.




Saya terfikir, di Malaysia kita tak boleh buat macam ni. Kebanyakan kuih kita lembab dan basah. Siapa yang nak makan, kalau ada yang pegang kuih dengan tangan (biasanya berpeluh dan melekit sebab cuaca panas), dan campakkan atas alas seperti yang orang Dundee buat. Silap-silap akan ada Akok atau Pisang Sira yang melekat di muka akibat 'serangan balas'.

22 August 2009

Salam Ramadhan

Saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan.


Tahun ni merupakan kali ke-2 saya menyambut Ramadhan di perantauan. Sedih juga. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Lagipun dah lebih 20 tahun sambut Ramadhan di Malaysia (Sungai Golok pun dikira sebagai Malaysia dalam konteks entri ini). Jadi, apa salahnya sesekali sambut di negara lain.

Perbezaan antara Ramadhan di Malaysia dan di UK, tak payah cakap ..memang banyak. Di sini tak ada Bazar Ramadhan. Tak ada bunyi orang main mercun. Tak ada Nek Bat, Jala Mas, Buah Tanjung, Puteri Mandi aka Kepek Hidung, Lompat Tikam dan juga Murtabak Diraja (sekadar menyebut beberapa nama makanan tipikal di Kelantan). Dan yang paling berbeza sekarang adalah masa.
Masa puasa di sini lebih lama berbanding di Malaysia. Sebagai contoh hari ni, Subuh jam 3.02 pagi dan Maghrib jam 8.33 mlm.

Mungkin sebab itulah saya dengar ramai kawan yang mengambil kesempatan untuk balik ke Malaysia bulan 9 sebab tak tahan dengan puasa yang lama.
Bagi saya itu bukan masalah besar. Bukannya lama sangat pun tambah masa.

Namun, bila mula berpuasa pada hari ni. Saya terpaksa mengakui yang saya juga berharap Ramadhan jatuh pada musim malam panjang iaitu musim sejuk.

Sebabnya, pada musim sejuk, tak ada anak gadis yang berbikini di tepi pantai seperti yang saya lihat tengah hari tadi. Dan, pada musim sejuk juga, rakan-rakan di makmal semuanya memakai pakaian yang sopan, dengan 'jumper' atau 'sweater' yang tidak menampakkan bentuk tubuh. Tidak seperti sekarang, mereka pakai t-shirt ketat dan singkat yang mana bila mereka tunduk untuk mengambil barang dalam laci, maka ternampaklah apa yang sepatutnya
(memang sepatutnya la kan, sebab pakai macam tu).

Lebih 'senang' rasanya kalau puasa pada musim sejuk.

14 August 2009

Menyelami Pemikiran Tun Dr Mahathir


Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad diakui ramai sebagai seorang pemikir yang hebat. Kata-kata beliau sentiasa menjadi rujukan, dan selalu dibincangkan, sama ada di parlimen atau di kedai kopi atau juga di pejabat (tapi jarang di pejabat yang majoritinya perempuan, kerana di situ agenda jualan kuih raya, tudung bawal atau Nur Kasih atau Aqsa dan Madina lebih menarik perhatian).

Ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut Tun sentiasa bernas (bukan Beras Nasional la) dan memberi pengertian yang mendalam.

Secara peribadinya bagi saya, kata-kata hikmat dari Tun M yang masih segar sehingga kini (selain 'Apa Nama') adalah sajak yang beliau deklamasikan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, yang bertajuk Melayu Mudah Lupa. Ayat-ayatnya tidak lah puitis, tapi memberi maksud yang cukup jelas untuk kesedaran orang Melayu.

Apa yang berlaku ke atas diri saya semalam, membuatkan saya teringat kembali akan puisi Tun M ini.

Saya pulang ke rumah, dari makmal pada jam 11.30 malam (
waktu sengaja dilewatkan untuk menunjukkan saya ni balik rumah lewat ..maklum la, orang rajin). Bila buka pintu rumah, saya ternampak beberapa keping tiket TOTO (toto yang judi tu, bukan Toto Narita) atas meja di dapur. Memang sah, rakan serumah saya yang beli benda ni. Saya rasa sedih dan bercampur geram. Ya lah, kalau nak buat benda tak baik pun, jangan la tunjuk sangat. Tak fikir dosa ke dia ni. Saya dah fikir macam nak menjauhkan diri daripada dia dan nak 'sound direct' je. Panas hati menengoknya. Tapi..

Beberapa minit kemudian, saya dengar bunyi orang buka pintu. Saya nampak Fergus masuk.

Hmm memang betul la apa yang Tun Mahathir kata, Melayu Mudah Lupa. Saya lupa yang si Fergus ni bukan Muslim. Apa dia tahu/kisah pasal dosa dan pahala. Kan?

04 August 2009

Lawatan ke China?

Semasa balik ke Malaysia tempoh hari. Selain daripada menegur perubahan fizikal dan warna rambut kulit saya, ramai kawan yang cakap saya ni kuat berjalan-jalan atau orang Kelantan kata 'kuat ddeghak' (saya tak mahu tulis apa yang orang Terengganu cakap, lain pula maksudnya).

Saya tanya, "Tahu kat mana?"
Mereka kata, "Kat blog mu la"

Sebenarnya mereka salah anggap. Takpa, saya tak kisah dan tak marah pun. Sekurang-kurangnya saya tahu ada orang baca blog ni walaupun tiada kata kunci seperti porno, seks atau Melayu Boleh.

Untuk pengetahuan semua, gambar dan berita pasal saya 'gi ddeghak' (sekali lagi taknak sebut versi Terengganu) dalam blog ni sengaja dibesar-besarkan. Memang ada yang saya betul-betul 'ddeghak', iaitu ke Berlin, Paris dan London (eh, banyak juga tu). Yang lain-lain tu adalah tempat singgahan semasa urusan kerja (Phd atau UMT), dan aktiviti harian dekat-dekat rumah.

Contoh 1:
Di UK, aktiviti ke kedai beli Fish & Chips pun boleh dijadikan berita bergambar. Namun, kalau di Malaysia, tak ramai yang akan ambil gambar semasa membeli nasi berlauk untuk makan pagi di Kedai Makan Mok Ku.

Contoh 2:
Di UK, kalau pergi ke Stadium Old Trafford (sila jangan dengki!) pun boleh dijadikan berita bergambar. Namun, kalau di Malaysia, tak ramai yang akan ambil gambar kalau mereka ke Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu. Kecuali di Stadium Sultan Mizan, tu pun atas 2 sebab, iaitu sebab stadium baru dan juga stadium baru ..baru runtuh.

Itulah tabiat kebanyakan orang yang berada di luar negara. Disebabkan perasaan bangga yang teramat boleh berada di negara orang, benda-benda biasa pun dibesar-besarkan. Seperti contoh, rumput di depan rumah di UK pun diambil gambar. Padahal sebelum ni tak pernah pun ambil gambar Bunga Tahi Ayam semasa di Malaysia.

Tapi, saya tak la seteruk tu. Saya ada juga ambil gambar semasa balik ke Malaysia tempoh hari untuk diletakkan dalam blog ni (meski sekadar untuk mengelakkan diri dari dikutuk oleh Kuzak).

Buktinya, gambar paling atas tu adalah gambar Masjid Rantau Panjang, Kelantan (yang mana gambarnya diambil menggunakan kamera bukan DSLR saya), bukannya masjid di negara China, nok royat bui.