19 March 2008

Kabinet Baru Malaysia

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Kabinet baru Malaysia adalah seperti berikut:

......

.....

......

Errr, tidak sebenarnya. Saya bukan nak tulis pasal Kabinet baru Pak Lah. Dah banyak blog yang tulis dan ulas pasal kabinet ni. Macam-macam komen yang dapat kita baca. Saya juga bukan nak tulis pasal kabinet di dapur rumah saya. Yang digunakan untuk menyimpan pinggan-mangkuk, tupperware, pisau, sudip, senduk dan mangkuk hayun.

Saya cuma nak tulis sedikit pasal berita lucu (kalah Raja Lawak ni) dalam Harian Metro.

Seorang Mat Rempit tertelan gigi palsu pasangan! Kejadian ni berlaku semasa mereka sedang asyik bercumbu. Yang lawaknya bukan satu, tapi dua batang gigi palsu kekasihnya yang Mat Rempit tersebut telan. Ni dikira ganas ke gelojoh ni?? Untuk bacaan lanjut sila ke:

Saya tergelak sorang-sorang dalam pejabat. Macam mana la agaknya rupa si awek (Minah Rempit) tu bila kehilangan 2 batang gigi? Heh, mesti kelakar kan ...pakaian seksi maut, tapi gigi tak ada.

Tapi nampaknya Minah Rempit tersebut telah menunjukkan sikap tidak Sehidup Semati. Gigi yang ditelan oleh Mat Rempit tersebut dapat dikeluarkan apabila membuang air besar. Tapi Minah Rempit tersebut terus buang gigi-giginya apabila diberi sebab geli.


10 March 2008

Anda terkejut??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

8 Mac 2008.....Tarikh bersejarah bagi saya sebab pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Saya mengundi di DUN Gual Periuk dan Parlimen Rantau Panjang.

Sungguh mengejutkan!!

Itulah riaksi yang boleh digambarkan tentang keputusan PRU 2008. Hampir semua rakyat Malaysia teruja untuk mendapatkan keputusan terkini PRU ini walaupun mereka masih tak layak mengundi atau dah layak tapi belum daftar. Selepas satu ...satu keputusan mengejut di DUN dan juga Parlimen, rakyat tak tidur malam mengikuti keputusan tersebut dengan penuh gembira ataupun sedih.

Saya juga tak tidur malam tu. Bukan sebab mengikuti keputusan pilihanraya, bukan juga meraikan atau meratapi keputusan tersebut. Malam tersebut saya dan ahli-ahli PSSCMCT yang lain ke UiTM Jengka. Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 9 malam telah terlewat 'sedikit' ke 11 malam (ni penangan keputusan PRU). Dari Rumah Persatuan PSSCMCT, kami bergerak (6 buah kenderaan) menghala ke Dungun melalui jalan pantai. Sesampai di kawasan Rhu Rendang terdapat kesesakan jalan yang maksimum (kereta tak bergerak pun selepas 20 minit menunggu). Oleh itu, kami terpaksa berpatah balik dan melalui Ajil untuk ke Dungun. Sebelum sampai di Dungun, tayar kenderaan salah seorang daripada kami pecah. Hmm, banyak dugaan dan ujian. Syukur ..ada tayar 'spare'. Dipendekkan cerita ...selepas teruji dengan dugaan dan ujian, kami selamat sampai di UiTM Jengka pada jam 8 pagi.

Program Ujian Sijil Rendah (Praktikal) PSSCM bermula jam 9 pagi. Oleh itu, kebanyakan peserta USR tak sempat mandi pun. Tapi para 'tester' sempat mandi ..he he. Mata masing-masing merah sebab tak cukup tidur, dan ada yang tak tidur langsung. Inilah yang dikatakan ujian, sebelum diuji dalam USR, peserta (20 orang peserta Terengganu) terlebih dahulu diuji dengan menempuhi perjalanan yang panjang. Dalam ujian kami (peserta dan 'tester') sekali lagi diuji sebab ujian dijalankan di atas padang yang becak. Uniform kami kotor seolah-oleh lakonan dalam iklan sabun Breeze.

Alhamdu lillah, semua peserta (lebih kurang 120 pelatih dari Terengganu dan cawangan lain) berjaya menghadapi ujian tersebut dengan jayanya. Program diakhiri dengan ucapan penuh menyentuh perasaan dan penuh semangat daripada En Roslin Ali Omar dan Tn Hj Maideen Kadir Shah. Selepas membersihkan diri, kami bertolak pulang ke Terengganu pada jam 5.30 petang. Perjalanan balik lebih lancar, dan kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 12.30 tgh malam.

Sampai je di Rumah Persatuan, masing-masing terus tidur dengan macam-macam gaya dan 'kesan bunyi' sebab kepenatan.

03 March 2008

Terima Kasih KPT

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Lama pula rasanya saya tak kemaskini goblog ni. Hampir sebulan.
Dalam sebulan dua ni agak sibuk dengan persiapan untuk sambung belajar. Bulan lepas sibuk tanda laporan amali pelajar dan juga kena pergi kursus BTN di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Masa cuti Tahun Baru Cina bulan lepas sebenarnya dah elok dah plan nak cuti. Ya lah, cuti panjang. Tapi 'last minute' dapat panggilan kena ke BTN. Kalut juga sebab kena beli baju putih. Nasib baik ada kedai 'bundle', dapat juga saya beli kemeja dan t-shirt berharga RM 5 sehelai untuk ke BTN.

Bulan ni lagi kelam kabut. Minggu lepas baru dapat keputusan. KPT dah lulus biasiswa dan juga lulus kursus BTN. Jadi sekarang ni saya dah penuhi semua syarat dan keperluan. Semalam baru buat 'passport'. Fuhh ..nasib baik sekarang ni ada Pemudah. Buat 'passport' siap dalam masa 24 jam sahaja. Visa tak boleh buat lagi sebab belum terima lagi surat tawaran dari KPT (mungkin masih dalam perjalanan dari KL ke UMT). Kira punya kira, lebih kurang sebulan je lagi tinggal sebelum saya berangkat ke University of St. Andrews, Scotland. (tapi banyak lagi perkara yg tak buat dan tak beli!!!)

Kalau ikut pada surat tawaran, saya kena daftar pada 10 April ni. Tapi syukur ...dah tanya pendaftar kat sana, dan mereka benarkan kalau daftar lewat sikit (asalkan jangan lebih dari 2 minggu). Masa tambahan 2 minggu tu sangat berharga sekarang ni untuk selesaikan segala urusan.