24 March 2009

Aiman Tak Kisah

Nama Gatty Marine Laboratory telah ditukar kepada Scottish Oceans Institute. Pada dasarnya tidak ada yang berubah. Masih dengan gabungan beberapa fakulti, institut dan jabatan yang sama. Halatuju penyelidikan juga sama. Sekadar penjenamaan semula.

Bila bertanya kepada beberapa staf senior di sini. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan nama baru ni. Macam-macam alasan. Ada yang kata tak sedap, susah nak sebut. Ada juga yang kata nama Gatty dulu cukup sentimental, sebagai menghormati Charles Henry Gatty (antara individu yang berjasa dalam mewujudkan Gatty Marine Laboratory). Bagi mereka, tak kisah, walaupun nama sekarang (Institute) lebih gah berbanding dulu (Laboratory).

Kalau di Malaysia, memang la Aiman Tak Kisah. Tapi kan Aiman, orang lain semuanya kisah pasal nama yang gah atau tak. Besar bezanya tu. Macam Kolej Universiti dengan Universiti. Walaupun apabila guna nama Universiti, program yang ditawarkan adalah sama dengan semasa nama Kolej Universiti dulu. Tapi kesan nama Universiti (tanpa Kolej di sebelahnya) amat besar di Malaysia.

Sebagai orang Malaysia. Sudah tentu saya menyukai nama sekarang. Scottish Oceans Institute. Kalau orang tanya boleh sebut dengan yakin dan dengan pergerakan mulut yang jelas, terutama sekali menyebut konsonan 'sh' yang terakhir tu (diyakini tak tersembur air liur).

19 March 2009

Tangki Riak



Dari segi kekerapan mengemaskini entri, blog boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Blog yang dikemaskini setiap hari dan kadang-kadang sampai beberapa kali sehari sehinggakan pembaca tidak sempat membacanya. Tulis komen pun sekadar ayat-ayat umum seperti "wah, best-nya", "suke ..suke" dll.

2. Blog yang dikemaskini sekali-sekala secara agak konsisten. Mungkin 2 kali seminggu atau 5-6 kali sebulan.

3. Blog yang jarang-jarang dikemaskini. Penulis-penulis blog ini biasanya akan 'post' entri baru dalam bulan Januari dan seterusnya membiarkan blog mereka sehinggalah bulan Jun pun belum tentu lagi akan dikemaskini. Malah mereka juga kadang-kadang tidak membalas pun komen-komen dari pembaca walau dengan sekadar ":P" atau "huhu".

Saya rasakan blog saya berada dalam kategori 2. Tapi baru-baru ini saya sengaja membiarkan ianya seolah-olah masuk ke kategori ke-3.

Sebabnya?

Teringin juga untuk menampakkan diri sibuk yang amat (mengalahkan Perdana Menteri) dengan tidak mengemaskini blog dan juga tidak langsung membalas komen dari orang yang datang ke sini.

Saya nak 'hebahkan kepada dunia' bahawa saya adalah insan yang sibuk. Saya nak ramai orang jenguk blog ni akan kecewa sebab tak ada entri terkini. Saya nak ramai (gila) orang tertanya-tanya bila nak 'update'. Sebab itulah tiada sebarang entri dalam tempoh melebihi 10 hari. Saya juga 'tidak sempat' untuk membalas komen kononnya sebab sibuk sangat.

Tapi realitinya - sesibuk mana sekalipun semasa belajar di luar negara, percayalah, ada banyak masa untuk buka blog, facebook, YM dsb. Apa lagi yang boleh dibuat apabila masa lapang? Orang yang dah berkahwin dan dah ada anak (yang tentunya lebih sibuk) pun sempat 'update' blog. Inikan pula orang bujang. Memang sempat sebenarnya untuk tulis komen selagi berada di sekitar kampus (nak 'post' entri baru mungkin tak sempat kalau sibuk sangat). Antara masa yang betul-betul sibuk dan tidak sempat untuk jenguk blog adalah semasa 'travel' (cth: dari UK ke Paris), 'sampling cruise', balik cuti di Malaysia, atau semasa tidak berada di kampus untuk kerja luar.

Namun ternyata telahan saya silap. Ya, memang ada yang tanya. Seramai 9 orang semuanya (melalui YM, Skype, email dan juga secara Live n Unplugged). Tapi sebenarnya saya menjangkakan lagi ramai yang akan bertanya. Saya sangat optimis lebih dari 1000 orang yang akan tanya, sebab saya dah mula perasan blog ni sangat popular seperti blog Che Det. Saya dah mula nak riak. Saya perasan (koya best) ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan entri baru blog ini.

Mujurlah kejadian ini berjaya mengelakkan saya dibuai dalam perasaan riak yang membuak-buak. Kini saya berpijak di bumi nyata.

Penafian: Entri ini tidak merujuk kepada mana-mana blog yang ada dalam "Blog Kroni & Rakan" di sebelah. Ianya telah dikarang dengan sehabis daya penulis untuk menceritakan perasaan, pengamatan dan telahan penulis dalam tempoh 10 hari lepas. Kalau ada yang merasakan demikian, mungkin anda cuba memanipulasikan ayat-ayat entri ini untuk mewujudkan ketidakselesaan kepada diri sendiri atau individu lain.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Tangki Riak digunakan dalam eksperimen untuk memerhatikan pergerakan Gelombang Satah dan Gelombang Membulat (Fizik SPM Tingkatan 4)

08 March 2009

Kesempurnaan Dalam Istinjak

Cuti semalam (Sabtu) dipenuhi dengan aktiviti makan-makan dan sembang-sembang. Saya dan Hafiz jemput rakan-rakan Melayu di St Andrews (Izaiddin, Dayang, Izat dan Izaty) datang ke rumah kami.

Seronok rasanya bila berkumpul ramai-ramai dan boleh berborak topik-topik yang tak ada kaitan dengan 'research'. Seronok juga bila boleh buat lawak dan ketawa ramai-ramai sebab kita boleh memahami lawak tersebut. Tidak seperti bila dengan rakan orang putih, ketawa pun sebab tengok orang lain ketawa, bukan sebab lawak yang dia buat. (Sama ada tak lawak atau tak faham; tapi rasanya alasan ke-2 lebih tepat).

Selain itu, tujuan saya panggil mereka datang makan kerana dah jemu sangat memandang muka organisma-organisma tidak bertulang belakang; siang dan malam 2 minggu lepas. Perlu sangat rasanya memandang muka-muka manusia pula.

Sebenarnya, mengikut rancangan asal, saya nak masak Nasi Ayam awal-awal. Bila siap masak, saya, Izaidin dan Izat akan mandi di kolam renang sebelah rumah (di Fife Leisure Centre) terlebih dahulu. Lepas berenang, dan tentu akan lapar, barulah kami makan. Tapi Izaidin tak jadi nak pergi. Sebabnya dia kata orang putih ni jarang mandi, lepas tu istinjak pun tak sempurna (entah-entah tak istinjak langsung!). Apa akan jadi dengan air kolam tersebut?

Semua tak jadi pergi berenang. Sebagai alternatifnya, mungkin boleh berenang di Wii. 2 minggu lagi ...sabar ..sabar.

05 March 2009

Jom kongsi resipi

Kalau terasa lapar, dan nak cepat, boleh la cuba resipi ni. Senang dan ringkas.

Daging Masak Lemak Cili Api




Bahan-bahan
  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Daging salai dihiris nipis.
  2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab (hihi salah eja). Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  4. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab (hihi salah eja). Tutup api.

Selamat mencuba!

Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):
Selain Masak Lemak Cili Api, resipi tipikal dalam drama Melayu adalah Masak Asam Pedas. Tak boleh ke penulis skrip tulis masakan lain (e.g. Sup Perut Bulat, Kari Gear Box atau pun Gulai Limpa)?

Penafian 1: Resipi di atas bukan direka oleh penulis. Ia diceduk dari sini. Penulis sendiri pun belum mencuba lagi. Dan rasanya tak akan cuba untuk masak sendiri resipi ni. Senang apa nya..santan la, mangga muda la. Susah la nak cari di St Andrews benda-benda tu.

Penafian 2: Blog ni bukan blog resipi masakan
. Jika ada yang menganggapnya sebegitu, ia hanyalah secara kebetulan sahaja.

01 March 2009

Anak Kecil Main Api!

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Setiap kali mendengar lagu ini, saya rasa sedih bercampur geram (sebab dalam video YouTube, suara kumpulan yang menyanyinya agak sumbang ..'pitching' ke laut dan tak harmoni langsung).

Menyedari peri bahayanya 'main api', lebih-lebih lagi jika anak kecil yang main api. Izaiddin (dia tak ada blog untuk di'link'-kan), telah membeli Nintendo Wii untuk anaknya Izzat (juga tak ada blog). Kata Izaiddin dan Dayang (suaminya takde blog, dia pun takde jugak), lebih baik main Wii, daripada main api, tak membahayakan anak-anak kecil dan rakan sebaya.


Aksi Izzat dan rakan-rakan sebaya di atas adalah semasa jamuan perpisahan Datin Dr Rashidah (seorang lagi yang tak ada blog) yang akan berangkat pulang ke Malaysia setelah cuti sabatikal di Ninewells Hospital, Dundee. Juga sempena majlis ulang tahun kelahiran Datin, Izzat, Lukman (blog?? ..takde) dan beberapa orang lagi yang
saya mengesyaki secara tiba-tiba tarikh lahir mereka bertukar menjadi bulan Februari :D


Majlis pada hari Sabtu (22 Feb 09) itu juga mencatat sejarah sebagai "Perkumpulan Melayu Paling Ramai Dalam Satu-satu Masa Di St Andrews". Secara total 37 orang.

Saya percaya jiran-jiran Scottish boleh merasai bait-bait lirik lagu Anak Kecil Main Api di atas. Sebabnya secara tiba-tiba tengok ramai sangat 'orang luar' di negara mereka.