01 August 2006

Selamat Hari Lahir ..Mak

Kalau orang lain ingat 10 Julai 2006 sebagai Final World Cup. Ingat pasal Italy menang dan Perancis kalah. Ingat pasal tandukan hebat Zidane, dan macam2 lagi pasal World Cup. Aku pula akan ingatnya sebagai hari ulang tahun ke-56 ibu tercinta, Pn. Hjh Siti Rakiah bt Omar.
Sehari sebelum tu (9hb laa), ada majlis perpisahan di sekolah beliau (tempat aku belajar dari tadika hingga darjah 6). Tak sempat pulak aku nak ke sekolah dan ambil gambar majlis tersebut. Sebabnya ..sibuk buat preparation di rumah. Rombongan dari sekolah menghantar mak ke rumah, jadi sebagai tuan rumah kita mesti melayan mereka (50 orang lebih) walaupun penat (takpe2 ..cikgu2 bawa banyak hadiah he he)

Siso (See-Saw) yg disediakan untuk tetamu

Siso ni dibuat di Johor. Kak Su Abe Za & Kak Emi yg buat. Lepas tu sambung buat di Rantau Panjang. dapat siso ni boleh buat makan anak-beranak ..banyak dan puas hati (ini komen budak2, bukan aku yang cakap)

Aku melihat dengan penuh kesayuan

Rasanya, mak adalah cikgu yang paling lama d SK Seri Rantau Panjang ni. Itu yang menjadikan perpisahan ini agak menghibakan.

Aku hanya kenal 2-3 orang sahaja cikgu yang datang sebab kebanyakannya adalah cikgu baru. Tak sempat dengan aku


Aku melihat penuh gumbira

Kawan2 aku yang jadi cikgu kata: Masa ni lah best jadi cikgu. Dapat banyak hadiah.

Aku tengok pun gembira. Sebab kebanyakan hadiah adalah daripada murid2 (Hadiah dari cikgu pun ada). Dari 1 hingga 6. Bukan harga yang jadi ukuran. Boleh nampak keikhlasan mereka memberi hadiah ni. Ada yang bagi sabun mandi G.I.V, dan juga sabun buku Daiaaaa ..lupakan yang lain