10 August 2006

Pulau Perhentian

3 - 5 Ogos 2006

Rasa macam tak percaya, ini kali pertama aku ke P. Perhentian. Walaupun dah 7 tahun di Terengganu. Lagi macam tak percaya bila aku pergi tanpa kena bayar walau satu ssennnn pon. Tapi dapat elaun sebab buat survey.

Aku pergi seorang diri. Pukul 11 pg check-in d Arwana Resort. Pukul 11.45 ambil water cab ke Long Beach. Sampai di Long Beach aku kena kejutan. Bukan kejutan elektrik, tapi kejutan budaya.

Aku bukan di Korea la tapi d Long Beach, P.Perhentian

Aku buat survey ..kena jumpa tourist orang putih. Senang kerja dengan mereka. Intro sikit survey pasal apa. Lepas tu terus bagi questionaire. Mereka tulis sendiri. 15 minit lepas tu ambil balik. Kalau jumpa penduduk tempatan, macam2 alasan. Tak pandai la. Tanya orang lain la. Kena tanya bos la. ...Apparaaa, korang ingat kena ISA ke jawab questionaire!

Pukul 6 ptg aku balik semula ke Arwana. Rehat2 tepi kolam mandi (baca: tengok2 orang putih mandi). Di Arwana orang putih berjemur tak seramai d Long Beach. Tapi ada juga.

Best jugak buat kerja ni sebab boleh sembang ngan orang putih. Aku tak tahu, mereka faham ke apa aku cakap. Kebetulan baru je lepas World Cup, jadi boleh la kami sembang pasal tu sebab ramai responden aku dari europe. Ramai sekali dari England and Holland (oranje)

Rata2 yang aku jumpa plan untuk stay d Perhentian at least 5 hari. Ada yang dah 2 minggu stay d Arwana sahaja. Lepas tu nak ke Taman Negara pulak. Tourists ni cakcap dengan datang ke negara Asia mcm Malaysia ni mereka boleh berjimat. Kalau stay kat negara sendiri sepanjang summer holliday, mereka akan spend more money compared to kalau melancong ke Asia. Sakit hati woo dengar statement mereka. Kita kalau nak pergi ke Eropah (at least 2 minggu) mahu kena makan pasir untuk setahun sebelum pergi dan setahun selepas pergi. kan kan.

* Aku tak tahu sebab apa tak boleh nak upload lebih pics. Dah try 13 kali dah. So, boleh view d rauhunt's flickr

No comments: