01 October 2006

Arghhh ..lega

8.05 pagi. Aku dah sampai d Bilik Mesyuarat.

8.15 pagi. Skali lagi (untuk kali ke 3) perut aku sakit. Nasib baik toilet d bangunan Canselori ni bersih dan wangi.

8.35 pagi. Semua committee masuk Bilik Mesyuarat. Aku kena tunggu d luar. Tak tahu nak buat apa, baca surat khabar pun tak paham apa2.

9.10 pagi. Rahim panggil aku masuk ke dalam Bilik Mesyuarat.

GEDEBAK GEDEBUK GEDEBAK GEDEBUK

11.50 pagi. Aku keluar semula, sekali lagi cuba baca Pancaindera yang ada gambar Ina Mawi d frontpage, tapi tak paham apa apa.

12.10 tgh hari. Aku masuk balik ke Bilik Mesyuarat. Dr Sakri, Dr Khalid , Dr Zaleha dan Dr Abol sengih-sengih. Dr Abol sebagai Pengerusi memulakan bicara.....

Tesis aku diterima...
Alhamdulillah.

Dr Abol kata, "Saya tak nak ucap tahniah lagi. Awak diberi masa 60 hari untuk buat correction dan hantar semula kepada supervisor2 awak. Frankly speaking, saya rasa awak tak ada banyak masa, nak raya pun tak boleh lama".

12.20 tgh hari. Aku keluar dari Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Gembira tu gembira jugak la, tapi memikirkan kena buat correction ..sakit jugak la.

Tapi takpe lah. At least dah lepas dan tak kena Viva sekali lagi. Dan paling penting tak kena bayar yuran dah lepas ni. Errr ..tapi yuran semester lepas aku masih hutang.

3 comments:

Anonymous said...

lor ..ingat ke lege lepas masuk tooilet ..anyway congrats sbb tesis kau dah d trima ..bila tu agak2 leh grad??

Anonymous said...

tahniah tahniah tahniah!

rauhunt said...

Nor Anonymos: Trima kasih. By 1st of Dec aku kena antar tesis. Pastu tak tahu la bila grad ..kena masuk meeting senat dulu.

*Nama penuh kau apa eh?