02 November 2006

Diari Raya Rauhunt (bukan Rafique)

Macam aku kata dalam prev post, raya tahun ni rasanya lebih meriah. Maybe sebab lebih ramai sanak-saudara berkumpul compared to last year. Persiapan tahun ni pun grand walaupun rumah tak 100% siap lagi. Malam raya, kami (aku dan keluarga aku la ..bukan keluarga mereka) sibuk pasang langsir & susun atur kerusi meja di ruang tamu hingga dekat pukul 3 pagi. Lepas tu tidur pun di ruang tamu (bukan pasal excited nak raya, tapi rumah tak 100% siap lagi).


Kami sambut raya macam biasa. Alaa..macam manusia2 normal la. Bukan macam orang hilang akal. Pagi pergi sembahyang raya. Lepas tu melawat kubur arwah Ayah dan saudara-mara. Lepas tu bermaaf-maafan. Makan-makan. Seterusnya bergambar (perhatian: gambar di bawah hanya melibatkan 1/3 daripada keluarga aku). Tak sempat nak bergambar semua sebab ada yang tak bersiap lagi, dan juga sebab dah ada budak2 yang datang beraya. Ada (siapa dia aku tak ingat) yang suggest untuk bergambar ramai2 keesokan hari, tapi seperti yang aku jangka memang tak jadi. Bergambar adalah satu kelemahan utama dalam keluarga kami ..pemalu agaknya ..hihi


Hari Raya ke-2 (malam) kami buat acara membakar ayam secaya terbuka (nasib baik takde pegawai JAS kat situ). Hanya pembakaran yang dibuat secara terbuka, tetapi ayam2 dan sosej 2 tersebut hanya untuk dimakan oleh keluarga kami. Tidak terbuka kepada orang ramai. Acara pembakaran dan mentekedarah berlangsung dari jam 8 malam sampai jam 12 tgh malam ..dan lebih kot. Lepas tu aku tak tahu, sebab aku ke P.Pinang. Beraya di Rumah YM Guru Utama di Bukit Mertajam.


Ayam dan sosej ini adalah amat lazat sekali. Tapi sayang sebab aku tak berupaya makan banyak mungkin sebab rasa muak semasa menjalankan kerja2 pembakaran terbuka tersebut. Tahun depan aku kena kurangkan aktiviti pembakaran, jadi cameraman pun okay gak, baru boleh makan banyak sebab tak muak.

3 comments:

Anonymous said...

amboi, semangatnye pasang langsir... eh, awak pakai bju rasmi Silat Cekak ye masa raya?

Anonymous said...

Tok,mudah sampai tahap sijil tinggi persilatan ko lo nih ??

rauhunt said...

Nimos: ye la ..tu baju rasmi Silat Cekak, baju tu dari tahun 2001 lagi msa konvo Sijil Rendah d UKM

Shady: perkataan ke2 dlm soalan mu tu 'mudah' ke 'mu dah'? menjawab soalan mu utk 'mudah' ..tak mudah dan tak susah ..jawapan utk 'mu dah' ..aku insan biasa