29 November 2006

Untung tuan dewan tu

Kalau kita sewa hotel biasanya hotel tu bersih, kemas, dan wangi. Sebab kita bayar duit untuk menginap, bukan free tau.

Tapi lain pula yang jadi dengan kami. Sewa Dewan Seri Budi, K.Trg. Pada 25 hb dan 26 hb Nov. Mula-mula ingatkan keadaan dewan dah okay. Tapi lepas 2 kali masuk untuk persiapan tempat, baru perasan lantai dewan tu agak kotor. Dan ada bau yang kurang enak terhasil dari tinja makhluk bernama kucing (siapa kata kucing comel? ..berak pun merata-rata).

Yaaaa...

Malam tu sebelum start program kami (diketuai Ziman) basuh lantai dewan. Siap guna Ajax ...Fabuloso dan juga Daiaaaa ..lupakkannn yang lain. Bawa penyapu dan mop pun dari rumah. Mesti Kak Zan pengurus dewan ni gembira.

..........................................................................................................................................................

Esok pagi berlangsungnya Ujian Sijil Rendah. Peserta2 dari Terengganu dan Pahang.

Petang tu pulak bermula Kursus Tenaga Pengajar PSSCM Zon Timur. Dirasmikan oleh Naib Presiden PSSCM. Kursus berakhir hampir jam 1 pagi hari tu.

Esok pagi sambung balik kursus. bla bla bla bla bla bla. Jam 4.30 petang acara penutup. Juga oleh Tuan Hj Maideen.

...............................................................................................................

Habis kursus, kami kemas semula dewan. Penat, ngantuk dan jeles.

Jeles kat Kak Zan. Ya la, kami sewa dewan dapat dewan yang kotor, kami bersihkannya, lepastu kami tinggalkan dalam keadaan yang bersih juga. Tapi nak buat macam mana, itu dewan dia, dia yang punya bukan kami punya la.

Untung Kak Zan. Lepas ni (selepas lantai dewan kembali kotor) boleh la Kak Zan offer kami lagi sewa dewan tu.

No comments: