10 March 2008

Anda terkejut??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

8 Mac 2008.....Tarikh bersejarah bagi saya sebab pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Saya mengundi di DUN Gual Periuk dan Parlimen Rantau Panjang.

Sungguh mengejutkan!!

Itulah riaksi yang boleh digambarkan tentang keputusan PRU 2008. Hampir semua rakyat Malaysia teruja untuk mendapatkan keputusan terkini PRU ini walaupun mereka masih tak layak mengundi atau dah layak tapi belum daftar. Selepas satu ...satu keputusan mengejut di DUN dan juga Parlimen, rakyat tak tidur malam mengikuti keputusan tersebut dengan penuh gembira ataupun sedih.

Saya juga tak tidur malam tu. Bukan sebab mengikuti keputusan pilihanraya, bukan juga meraikan atau meratapi keputusan tersebut. Malam tersebut saya dan ahli-ahli PSSCMCT yang lain ke UiTM Jengka. Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 9 malam telah terlewat 'sedikit' ke 11 malam (ni penangan keputusan PRU). Dari Rumah Persatuan PSSCMCT, kami bergerak (6 buah kenderaan) menghala ke Dungun melalui jalan pantai. Sesampai di kawasan Rhu Rendang terdapat kesesakan jalan yang maksimum (kereta tak bergerak pun selepas 20 minit menunggu). Oleh itu, kami terpaksa berpatah balik dan melalui Ajil untuk ke Dungun. Sebelum sampai di Dungun, tayar kenderaan salah seorang daripada kami pecah. Hmm, banyak dugaan dan ujian. Syukur ..ada tayar 'spare'. Dipendekkan cerita ...selepas teruji dengan dugaan dan ujian, kami selamat sampai di UiTM Jengka pada jam 8 pagi.

Program Ujian Sijil Rendah (Praktikal) PSSCM bermula jam 9 pagi. Oleh itu, kebanyakan peserta USR tak sempat mandi pun. Tapi para 'tester' sempat mandi ..he he. Mata masing-masing merah sebab tak cukup tidur, dan ada yang tak tidur langsung. Inilah yang dikatakan ujian, sebelum diuji dalam USR, peserta (20 orang peserta Terengganu) terlebih dahulu diuji dengan menempuhi perjalanan yang panjang. Dalam ujian kami (peserta dan 'tester') sekali lagi diuji sebab ujian dijalankan di atas padang yang becak. Uniform kami kotor seolah-oleh lakonan dalam iklan sabun Breeze.

Alhamdu lillah, semua peserta (lebih kurang 120 pelatih dari Terengganu dan cawangan lain) berjaya menghadapi ujian tersebut dengan jayanya. Program diakhiri dengan ucapan penuh menyentuh perasaan dan penuh semangat daripada En Roslin Ali Omar dan Tn Hj Maideen Kadir Shah. Selepas membersihkan diri, kami bertolak pulang ke Terengganu pada jam 5.30 petang. Perjalanan balik lebih lancar, dan kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 12.30 tgh malam.

Sampai je di Rumah Persatuan, masing-masing terus tidur dengan macam-macam gaya dan 'kesan bunyi' sebab kepenatan.

2 comments:

Pak Zawi said...

Rauhunt,
Saya tidak terkejut dengan keputusan kerana pada hari penamaan calon saya sudah menjangka PAS akan memenangi 33 kerusi. Yang mengejutkan saya ialah negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor yang memangnya diluar jangkaan.
Oleh kerana saya mengikuti keputusan melalui Malaysiakini saya dapat tahu lebih awal dan dapat tidor awal. Jam 12 mlm saya dah tidor.

rauhunt said...

Pak Zawi,
Trima kasih sebab singgah sini. Rasa segan pun ada sebab otai dalam bidang blogging jenguk ke blog saya yg tak seberapa nih.

Saya pun ada jugak dengar keputusan masa dalam kereta. Tapi waktu tu hanya Radio ERA je yang boleh. Susah skit nak percaya berita dari Era ni sejak mereka tersalah umum kemangkatan DYMM YDP Agong (Sultan Selangor) dulu.

Mujur ada kawan2 yang hantar SMS keputusan terkini dan mengejutkan.

Tahun ni pertama kali mengundi dan terus menyaksikan keputusan luar dugaan macam ni, memang teruja.