26 September 2009

William Wallace

Semasa dalam perjalanan pulang dari Dundee (selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri KMD), saya dah berkira-kira untuk menonton DVD Braveheart lakonan Mel Gibson, yang baru dibeli dari Ebay. Saja nak tengok balik serba sedikit sejarah perbalahan orang Scotland dan England.

Tapi, bila sampai di rumah (selepas memasukkan makanan yang ditapau ke dalam peti), saya rasa semacam tiada 'mood' untuk menonton filem tersebut. Ini kerana minggu lepas rasanya macam agak panjang saya bercuti hujung minggu. Jadi, rasa 'terpaksa' untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan Phd. pula pada hujung minggu ni (tapi, ironinya boleh tulis blog).

Minggu lepas, selepas menghabiskan kerja makmal di Lowestoft, saya singgah di Sheffield untuk menyambut 1 Syawal di sana. Berhari raya di rumah Abg Dee dan Kak Ann (rasanya tak perlu letak link sebab blog mereka dah tak aktif). Terima kasih kepada mereka sekeluarga sebab memberikan layanan yang baik. Makanan pun sedap-sedap, semasa berbuka dan juga semasa Hari Raya. Dan yang lebih penting ada makanan 'signature' orang Kelantan seperti Gulai Darat, Kuzi + Roti Jala, Colek Paru dan tak dilupakan Budu.


Barang-barang tipikal yang dibawa bila ke Lowestoft. Walaupun sekadar 2 minggu, separuh beg saya sentiasa dipenuhi dengan perkakas dapur seperti periuk, senduk, pinggan dan mangkuk. Item tambahan kali ini adalah Baju Melayu untuk dipakai semasa Aidilfitri di Sheffield

Secara keseluruhannya, Raya kat Sheffield agak meriah. Ini kerana bilangan orang Melayu tersangat lah ramai. Rasanya 10 kali ganda lebih ramai dari Melayu di Dundee + St Andrews. Semasa nak naik 'train' balik ke St Andrews, rasa macam berat hati pula, sebab rasa tak puas cuti Raya 2 hari. Tapi takpe, minggu-minggu seterusnya boleh lagi sambut di Scotland pula.


Tan Sri Elyas Omar adalah antara jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Sheffield. Beliau datang beraya di sini bersama anak beliau, pelajar perubatan di University of Sheffield. Ucapan Tan Sri Elyas sangat bermakna sebagai motivasi pelajar dan juga orang Melayu untuk menjaga tanah air.

Selepas 2 kali menyambut Aidilfitri di perantauan (sila baca sambil diiringi lagu Dendang Perantau), saya baru sedar yang saya ni tak pernah lagi menyambutnya (pada 1 Syawal) di Scotland. Kalau tahun lepas di Berlin, tahun ni pula di Sheffield. Harap-harap bila saya menonton filem Braveheart malam esok, William Wallace (atau Mel Gibson) tak akan 'keluar' dan serang saya sebab tidak setia kepada Scotland.

4 comments:

haku said...

nape k'ann xse updet lagi website dio? demo letak la gamba2 baru masa beraya dgn muaz & rania yang comey ituh. kalu ado gamba pakai baju melayu&kurung lagi comey

rauhunt said...

haku,
Smachian jgk ko?
K.Ann tok dan nk update blog dia sbb sibuk duk beli pinggan mangkuk ..nok bisnis bila balik Malaysia. Gambar2 masa raya kawe tok ambik.

haku said...

ho la, 1 kapal.lor nk bisnes pulok ke. abes tu camn nk ode ni kalo website x idup? hee

rauhunt said...

emm ..satu kapal korek rupanya.

dia buat bisnes x guna internet sgt ..promosi dari rumah ke rumah ..pahtu pakso saing2 beli ..haha sedap je buat andaian