06 September 2009

Tiba-tiba jadi rajin

Diam tak diam, dah masuk 15 hari kita berpuasa (ayat tipikal intro entri kebanyakan blog-blog di bulan Ramadhan ini). Tak sedar rasanya. Banyak tugasan yang perlu disiapkan, membuatkan masa berlalu dirasakan begitu pantas.

Jadi, kepada sesiapa yang belajar di UK, tapi balik ke Malaysia semasa bulan Ramadhan dengan alasan tak tahan puasa terlalu lama, fikir-fikir kan lah. Tak perlu takut dengan tempoh masa ni (ayat jeles orang tak boleh balik Raya).

Esok, saya akan memulakan perjalanan ke Lowestoft. Ada kerja makmal di sana. Saya akan menghabiskan separuh lagi bulan Ramadhan di sana. Syukur sangat sebab dapat juga rumah sewa. Walaupun sekadar untuk 2 minggu, tapi penting untuk tinggal di rumah sewa berbanding Hotel atau 'Bed & Breakfast'. Sebabnya, di rumah sewa boleh masak. Kalau di Hotel atau 'B&B' entah macam mana la rasanya berbuka puasa dengan makanan-makanan seperti pizza, fish & chips atau pun kebab setiap hari selama 2 minggu.

Bila fikirkan balik, 'seronok' juga menghadapi kepayahan seperti ini. Berpindah-randah semasa bulan Ramadhan.

Esok akan naik 'train' selama 9 jam lebih. Sudah semestinya saya akan menghidu bau capuccino yang sangat menusuk kalbu (m
akanan mereka seperti sandwic biasanya tak bau sangat, jadi takde masalah la).

Esok juga, 'housemate' saya akan keluar rumah. 'Frust' juga sebab saya dah 'serasi' dengan dia. Sebabnya dia jarang ada di rumah. Sepanjang 2 bulan tinggal serumah, tidak sampai 10 kali saya terserempak dengan dia, dan tak lebih 2 kali tengok dia kat dapur. Jadi secara tak langsung saya bermaharajalela di dapur.

Sepeninggalan saya, akan ada 'housemate' baru yang akan masuk rumah ni. Itulah sebabnya saya menjadi sangat rajin. Dalam kesibukan mem'packing' barang-barang, saya masih sempat menulis nota. Nota-nota yang ditampal di peti sejuk, laci dan kabinet dapur ini sangat penting bagi memastikan bakal 'housemate' tidak menggunakan periuk kuali saya untuk memasak daging haiwan yang sedang selsema sekarang.

3 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Rajin memasak rupa nya. Baguslah....

Kuzak said...

Selamat Hari Raya Eidulfitri

rauhunt said...

PakMan,
Saya rajin serba serbi ..hehe

Kuzak,
Selamat Hari Raya Eidulfitri