03 September 2006

Cuti Merdeka

Aku bali Kelate pd tgh hari Merdeka. Naik apa lagi, naik motor la. Rasanya ni kali ke 2 aku balik Kelate pd 31 Ogos. Jalan2 agak sibuk dengan mat2 (kadang2 ada jugak minah2) motor/rempit. Nasib baik takde polis yang rajin untuk menahan mereka. Kalau ada, aku pun mungkin kena jugak atas alasan mengganggu lalu lintas.

Duk rumah je. Sekali je pergi ke KB. Tu pun sebab cari tiles/jubin untuk tangga rumah. Dari Rantau Panjang kami ke KB, pas tu ke Pengkalan Chepa, pas tu Ke Kubang Kerian. Tak jumpa kedai besar (teori: kedai besar = harga rendah). Last2 jumpa dekat2 ngan KB Mall. Tp tak jgk jmpa yang berkenan. Tauke suruh ke Peng. Chepa (laa.. baru je pergi), dia kata ada kilang White Horse kat situ, siap ada showroom. Yaa..kami ke kawasan perindustrian itu skali lagi. Ke kilang White Horse. Pergi ke showroom ..last2 amoi (anak tauke kot) kata dia tak jual. Hanya boleh ambil kod jubin, pastu cari ke kedai lain. Asbestos punya birokrasi (sapa kata Kerajaan je ada birokrasi? rupanya kedai jubin pun ada juga). Kami balik. Tapi singgah kejap di kilang MML. Ada juga jubin. Tapi kena punggah sendiri, kata pekerjanya sbb takde khidmat penghantaran. Oit..mana nak sumbat dalam Kancil. Tak jadi beli. Terus balik ke Rantau Panjang.

Habis kisah drama mencari jubin

Ni cerita lain pulak

Haneem & Aseng nikah pada 31 Ogos 2006. Aku dah lama plan nak pergi. Tapi last2 boleh lupa. Aku heran kenapa takde sorang pun ex-smachian yang contact aku. Biasanya Jeme Jepun, atau Aming, atau Gerzeng. Terpikir jugak, kalau2 aku dipulaukan mereka. Tapi rasanya takde kot perkara terlampau yang aku buat setakat ni sampai boleh dipulaukan.
Mungkin jugak takde sapa2 bali Klate ari tu. Ye la, Merdeka hari Khamis, Jumaat tempat lain tak cuti macam Klate dan Ganu. Jadi takde sapa2 yang balik.

Hari ni balik Ganu. Buka circles99 ..baru aku teringat pasal kawin Haneem & Aseng. Terlepas jugak nak meraikan hari bahagia pasangan ni ..bukan setakat ex-schoolmate, tapi jugak ex-classmate masa form 4 & form 5. Anyway, for u guys ..Semoga berbahagia dan Semogo jodoh berpanjangan.

Ahli kelab bujang semakin berkurangan. Siapakah individu yang akan memegang keahlian dengan tempoh yang paling lama? Adakah Debuf?, Aming?, Jeme Jepun ..he he ramai lagi calon2nya

3 comments:

Anonymous said...

rauhunt, mung ni bilo nak abih ngaji nih?
so lagi nak tanya; wan mohd rushdunk adik mung ko?

Anonymous said...

err, tok, blog aku tukar doh, aku di http://lelabu.com/blog harap buleh update link mung tu...

rauhunt said...

yer ..rushdunk tu adik aku. Nanti aku update link mu.

bilo aku abih ngaji? ..biarlah rahsia buat masa ni