08 August 2007

Mari menjadi Petani Moden

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN



Tagline ini nampaknya semakin dominan dalam kaca TV. tapi aku tak pasti pulak dalam Astro ada ke tak tagline ni.

Tagline ini adalah untuk mempromosikan bidang pertanian kepada masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi golongan belia dan remaja.

Aku amat menyokong projek kerajaan yang satu ini. Mengapa?

Sebab buat masa sekarang bidang pertanian di Malaysia tidak diterokai ke tahap optimum yang sepatutnya. Majoriti rakyat Malaysia memandang rendah bidang ini. Pertanian di anggap kampung dan tidak moden. Natijahnya, ramai lepasan sekolah atau matrik mengelak daripada memilih bidang pertanian ini. Kalau yang dapat kursus ini pun ada yang sanggup tukar kursus. Fobia. Kerana takut dianggap kampung.

Mereka lebih memandang tinggi kursus Sains Komputer & IT. Abe wey.., kalau nak tahu kursus-kursus ni lah yang paling susah nak dapat kerja. Memang la banyak kekosongan, tapi berapa juta yang ambik kursus ni kau tak fikir. Cuba lihat di semua IPTA, mesti ada kursus ni kan?? IPTS pun sementelah lagi!! Kalau kursus pertanian, perladangan atau perikanan (kursus aku ni!), tak ramai yang ambil, jadi peluang nak dapat kerja pun tak la susah sangat ..kan kan??

Sekarang ni, ramai jugak graduan (termasuk la yang grad bidang pertanian) tak sanggup nak menceburi perniagaan pertanian. Mereka tak biasa berpanas dan berhujan. Mereka lebih rela kerja dalam pejabat dengan gaji cukup makan asalkan dapat duduk dalam hawa dingin (agak-agaknya Malaysia ni negara yang beriklim sejuk dan bersalji).

Jadi elok sangat lah kerajaan membuat promosi pertanian sekarang ni supaya dapat membuka mata dan minda belia-belia Melayu negara kita.

Err ..nanti, sebenarnya aku pun tidak terlibat sangat dalam perniagaan pertanian ini. Hampeh sungguh aku, ni yang kerajaan marah ni ..Jangan Cakap Saja ..Jom Kitar Semula.

Tapi takpe, aku masih lagi kerja dengan company yang relate dengan pertanian.

1. MBF Cards - ni bisnes kad kredit, relate ke dengan pertanian?? Tak kan??

2. Amas Jaya Ent - aku jugak kerja ngan supplier ni. Setakat ni dalam proses supply ikan Tilapia, Yu dan induk Udang kepada UMT. Nah, relate tak dengan pertanian??

Hihi ...sekian.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Nota Kaki Bangku:

Tiada kambing yang dicederakan atau dianiayai dalam penghasilan entri ini.

3 comments:

Anonymous said...

Bukan ke kat Trengganu ada wat hari peladang, best tak??

-Mira-

rauhunt said...

Best jugak, saya pun pergi.

Darkmor said...

Saya rase gak nak jadi petani moden, saya ada modal ngan tanah kat area terengganu.

So sebab kerajaan kata mereka sanggup tolong... Saya pun pergi ke Wisman Tani Putrajaya. Tujuan saya senang, saya ada modal and tanah untuk di usahakan just perlu jabatan pertanian beri khidmat nasihat.

Bile sampai, bile tanya pasal khidmat nasihat, pegawai kat kaunter blur.... lepas hampir 10 min saya explain, die kate suruh pergi tingkat 10. Sampai di sana , keadaan suasana blur datang semula, kali ini, receptionist tak tahu dengan siape saya perlu mendapat nasihat.

Nasib baik ada seorang pegawai yg lalu lintas nasihat untuk jumpa seorang pegawai lain, bernama Puan Asmah.

Puan Asmah ni pun agak blur, dan macam tak berapa friendly untuk menjawap pertanyaan saya. Die nasihatkan saya untuk pergi ke jabatan pertanian daerah terdekat dengan tanah yg ingin diusahakan untuk mendapat khidmat nasihat.

Kemudian saya dapatkan nombor jabatan pertanian daerah kuala terengganu, suasana blur datang kembali bila saya call, dan hanye selepas 3 kali sambungan oleh operator akhirnye saya dapat nombor pegawai bertugas yang boleh bantu saya.

Akan tetapi nombornya tidak boleh dihubungi sampai sekarang.

Tapi saya bukan jenis patah semangat , insallah saya akan terus kan projek saya, dengan atau tanpa jabatan pertanian.

Just nak share experience, kepada sesiapa yg berminat nak jadi petani moden, jangan ambil masa untuk call jabatan pertanian pusat, just terus pergi ke jabatn daerah yg terdekat.