03 September 2007

Sambutan Merdeka

Tahun ni masuk tahun yang ke-50 Malaysia mencapai kemerdekaan. Sambutan besar-besaran diadakan di ibu negara. Siap ada siaran langsung lagi dalam TV. Setiap negeri juga menyambut kemerdekaan ini secara besar-besaran berbanding tahun sebelumnya.

Aku seperti biasa, tidak suka untuk pergi ke tempat yang penuh dengan manusia. Lebih suka layan siaran langsung TV di rumah. Malam Ambang Merdeka peringkat Terengganu diadakan di Pantai Batu Buruk. Ada acara errr ...aku tak tahu sebab tak pergi. Aku hanya tengok persembahan di TV3, TV9 dan Astro Ria. Mulanya aku berhajat nak tunggu sehingga jam 12 tengah malam untuk sama-sama melaungkan 'MERDEKA'. Tapi oleh kerana perut aku terlebih dahulu melaung-laung sebab lapar, terpaksa la aku ke dapur dan masak Maggi kari (bukan Mamee slurp). Sedang Maggi aku hampir-hampir masak, aku terdengar dentuman bunga api, ingatkan dah raya ... tapi rupanya bunyi bunga api di Pantai Batu Buruk.

Aku rasa puas hati sebab dapat merasai 2 pesta kemerdekaan dalam satu masa. Dapat menonton pesta kemerdekaan dari dekat (dalam TV la kan) tanpa menyeksakan hidung aku dengan menghidu bau yang kurang menyenangkan(biasa la, bila ramai orang, macam-macam bau yang ada, pakai rexona ke nivea sama je kot). Aku juga dapat merasakan 'adrenaline' kemerdekaan dengan menonton persembahan bunga api dari rumah.

Terima kasih ye stesen-stesen TV (yang tak berbayar je), sebab menayangkan pesta kemerdekaan ini secara langsung. Dapat juga orang macam aku yang tak minat ke tempat ramai orang ni merasai kemeriahan hari kebangsaan ini. Tahun depan tayang la lagi ya. Aku nak tengok lagi. Cuma yang aku tak puas hati bila tengok filem Leftenan Adnan di TV3 (kalau tak silap). Apasal la gambar dia gelap je. Pulak tu pelakon-pelakon dalam filem tu jadi tinggi dan kurus semacam je. Aku musykil, adakah filem ini ditayangkan menggunakan VCD cetak rompak?? Tapi takkan la TV3 nak buat begitu kot. Aku terus tukar siaran, tengok siaran yang lagi terang dan jelas gambarnya lagi bagus ....




2 comments:

Anonymous said...

Cerita cetak rompak lebih murah, tu yang depa guna tu.

rauhunt said...

aik ..mcm sokong cetak rompak je

(tp sapa yg tak sokong cetak rompak sebenarnya?? ..murah n lear DVD nye)