23 April 2008

Selamat Tingal Malaysia (Bhg 2)

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Alhamdu lillah. Selamat tiba di Airport Schipol, Amsterdam. Sebenarnya airport ni sangat besar. Terasa macam berada di pusat membeli-belah. 9 jam berada di sini tak la terasa bosan. Sempat la jugak online guna wi-fi, tapi tak boleh lama sebab tak dapat guna plug laptop. Kat sini cuma ada plug yang 2 lubang, tetapi power supply laptop saya 3 kaki. Guna bateri tak la lama tahan.


Schipol Airport, Amsterdam


Penerbangan saya dari Amsterdam ke Edinburgh pada jam 3.15 petang, naik pesawat KLM. Naik je flight saya terus tidur sebab terlampau penat. Tak sedar pun semasa pesawat berlepas dan mendarat? Saya hanya sedar semasa Pramugari kejutkan untuk bagi makanan, tapi saya tak ambil.

Penerbangan mengambil masa 1.30 jam. Saya dijemput oleh Faizal (Medic, St Andrews) dan Zarif (Architecture, Dundee) di airport Edinburgh. Keluar je pintu airport untuk naik bas barulah saya dapat rasa betapa sejuknya kat sini. Ingatkan aircond dalam pejabat dah sejuk dah, tapi di sini sejuk lagi.

Kami pergi ke rumah Faizal di Dundee. Saya bermalam di rumah dia semalaman. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka sebab layan saya dengan baik, dan siap sediakan makan malam lagi. Dan lagi, siap bekalkan saya nasi untuk hari esoknya.

Pagi esoknya, 16 hb April saya dan Faizal ke St Andrews. Dekat je sebenarnya St Andrews dari Dundee ni. Patutlah dia tinggal kat Dundee walaupun belajar di St Andrews. Selepas ambil kunci rumah dan letak beg, kami ke sekitar bandar (pekan sebenarnya) St Andrews. Si Faizal lah yang tunjukkan saya kedai-kedai di St Andrews ni. Lepas tu barulah kami ke Gatty Marine Institute untuk pendaftaran saya. Faizal terpaksa beredar dulu sebab dia ada kelas.

Selepas daftar (sebenarnya pra-pendaftaran) saya diperkenalkan dengan Dr Rebecca (Beccy), seorang Post Doc dalam kumpulan Sediment Ecology Research Group (SERG). Beccy kemudiannya perkenalkan saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain dan juga tunjukkan saya selok-belok persekitaran bangunan Gatty di mana saya akan ditempatkan. Selepas tu, saya di kehendaki ke Old Union Reception untuk menyerahkan surat pendaftaran dan juga permohonan untuk ID card.

Ok lah. Sampai di sini dulu ya.

Sekarang bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar PhD di University of St Andrews, Scotland.

Pekan kecil St Andrews

6 comments:

Anonymous said...

wahh..kamu kelihatan sgt hensem di oversea..lamo dok jupo mung...tokt au bilo laa bleh jupo...bapo taun kat Scotland?demo meme hebat..kawe sangat banggo dengan demo...tibo2 raso jeles plok..hehhee..takpo...crito mu ni membuatkan kawe raso nok breti kijo smabung blaja..ngeh ngeh ngeh....takpo..kawe bule depe start sambung balik Cert CCDP kawe...fuhhh....tibo2 bersemangat!congrats buddy!

rauhunt said...

buff, kawe napok hemsem sebab mekap muko (tp kawe tok buat plastic surgery).

kawe 3 tahun sini, kalu keno xtend mungkin 3.5 tahun.

takpo kalu jeles untk kebaikan demo. kawe doakan demo pun akan berjayo dalam karier dan hidup demo

Fazira Albaijure said...

salam, wah sudah di obersea rupanya. slmt meneruskan perjuangan utk phd. harapnya sy pun ada peluang mcm ni, huhu.. all the best. mudah²an slmt semuanya insyaAllah~

rauhunt said...

salam sarah ..trima kasih atas doa tersebut. harap awak pun akan mendapat peluang yang serupa ataupun lebih baik. insyaAllah.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

just a slight intro, saya ni tutor UPMKB, geng2 kamil, jep, k long, kenal kan hehehe. terserempak dgn blog nih.

saya pun baru 3 minggu sampai cni, Univ of Reading. still trying to fit ini. tp masa mula2 dtg xda la org sambut. sorang2 jer. ur lucky! dahla sini susah sgt jumpa msian. sedeynyer. huhuhu

anyway, kalau ada rezeki leh jumpa ker, my email, frenster, skype n YM: shahrulsarbini@yahoo.com

Keep in touch!

Shahrul

ps: bgus jugak info pasal just voip tu, nak try la nanti

rauhunt said...

Shahrul ..ok. Slamat berkenalan. Harap buleh jumpa jugak someday.

Knal sangat la diorang tu. Duk tunggu jugak bila jep & kaklong nk sambung blajar

Saya nya id semuanya 'rauhunt'. skype, ym, facebook (friendster tak guna sangat)