08 April 2009

Orang Malaysia Lebih Hebat!


Menonton aksi 'stunt' (rujuk gambar di atas), penonton di Disneyland Paris bersorak dan memberi tepukan gemuruh. Saya pandang ke sekeliling. Reaksi mereka memang kekaguman. Kagum yang ikhlas, bukan kagum buat-buat untuk mengambil hati 'stuntmen'.

Saya terfikir, kalau mereka ke Malaysia dan menonton aksi Mat Rempit yang jauh lebih ngeri daripada ni, apa reaksi mereka?

Aksi 'stunt di Disney ni agak membosankan. Mungkin disebabkan aksi ni dibuat di Disneyland (yang dipenuhi oleh kebanyakannya kanak-kanak riang), aksi 'stunt' yang ditunjukkan ala kadar sahaja.

Nampaknya saya kena ke studio-studio filem di Amerika (contoh: Universal Studios) untuk melihat aksi-aksi yang betul-betul 'stunt'. Setakat ni hanya mampu 'jeles' tengok gambar kawan-kawan di Amerika yang dah sampai di studio tersebut ('Jeles' betul-betul ni, bukan'jeles' buat-buat untuk ambil hati).

5 comments:

KELUARGA ASHRAF said...

Riak dan Jeles.
2 perkataan yang banyak ditemui...jangan marah .

MsN said...

apa lagi, gilah melancong us sat..ala sejengkal je dalam peta

rauhunt said...

KakNa atau Dr,
Semuanya kesan melihat tangki riak dlm lab

Natrah,
Kat peta aku bukan sejengkal tp so-hhungg jer. Kau tanya la sapa2 maksud hhung tu

eilawaniey said...

betulkah?? bukan ke pada waktu itu saya tengok kamu yang berdiri sambil bertepuk2 tangan gembira, dan teruja serta sangat kagum sewaktu aksi itu ditayangkan?bukankah kamu?atau saya yang salah pandang??

rauhunt said...

Eila,
Yg tu adalah jejaka dari Germany. Rupa kami hampir seiras, cakap pun 'slang' sama. Membuatkan ramai yg keliru