03 April 2009

Pengaruh Drama Melayu

Dalam drama Melayu (slot Drama Swasta, Cerekarama, Spektra dsb), kalau pelakonnya ada bisnes di luar negara mesti di London atau Paris, atau kalau melancong pun di London atau Paris juga. Macam tak ada dah tempat lain di luar negara.

Jangan berangan la nak tengok watak-watak dalam drama Melayu yang berniaga atau melancong di tempat-tempat tempelan/terpencil seperti:

1. Tasmania
2. Tohoku
3. Ghent
4. Bergen
5. Edmonton
6. Ithaca (New York mungkin ada, tapi bukan Ithaca)
7. Cardif (nanti 3-4 hari lagi ada yang terasa bila sebut pasal Cardif)
8. Sheffield
9. Dundee
10. St Andrews (juga)

Sebagai peminat tegar, tidak dapat tidak saya memang terpengaruh untuk melawat kedua-dua tempat ini (nak berbisnes mungkin tidak). London telah berjaya dilawati pada bulan 9 dan 11 tahun lepas. Dan minggu lepas, 26 Mac 2009 berjaya menjejakkan kaki ke Paris pula. Bila tengok drama lepas ni, tak perlu lagi berangan-angan.
Terima kasih kepada bro Rusdi (UK la sangat kan ..tiba2 sebut bro, padahal duk panggil Abe Dee!) kerana mengajak untuk 'join' sekali percutian dia sekeluarga, dan lebih penting memberitahu tentang tiket murah RyanAir yang saya berjaya beli 5 minit sebelum promosi tutup.

Selain itu, puas hati juga bila dah sampai di Paris. Lepas ni boleh la 'buat modal' bila bersembang. Jika ada rakan atau saudara yang tanya:

"Mu gi jjale mmano doh?"

Kalau jawapan yang diberi adalah London atau Paris, mesti orang yang bertanya akan menunjukkan riak wajah kagum atau 'jeles'. Tapi jika jawapan yang diberi adalah 10 destinasi tempelan seperti di atas, mereka mungkin akan terdiam dan sekadar bertanya dalam hati; adakah itu nama tempat, atau nama-nama 'shopping complex' atau muzium.

13 comments:

Anonymous said...

=)) =))

tangki riak!!!!!

(see... komen aku pendek. ayat jeles!)

Hanis MY said...

jelesssssss

Pak Zawi said...

Rauhan,
Kalau buat filem di lokasi selain dari Paris dan London penonton mungkin tak tahu dimana, nak nak pula lokasi tempelan seperti yang Rauhan sebut tu.

raihan hassan said...

hahhhaha sheffield pon ada tu dalam list

rauhunt said...

Jep,
aku rsa simbol dlm komen kau tu adalah gelombang satah dan gelombang membulat

Hanis,
jgn jelesss ..tu adalah gmbar super impose je

Pak Zawi,
Pemilihan ..eh silap ...sebutan nama lokasi adalah penting untuk melariskan drama

Kak Ann,
List tu tempat2 hulu dan daghak

sabiqahT.Anuar said...

Edmonton....waaaaaa rauhan sajo jah nih, nak menghina secara terang-terangan....
huu tp mmg laa edmonton nih takdop gapo pons, adeiii panah laa pulok sero biarpom lua tu ado slji lagi, huuuu


tp meme jeles, iLa oyat jupo dio kat disneyland paris tu, huuu sonot aa demo semo dehhh

rauhunt said...

Sa,
Dae lag deh nok nyohor ada snow sana ..jelesnyerrr
Paris meme beh ..4 hari sano pun tok abih roud ..patutla jd pilihan penulis skrip

MsN said...

Haha, patutlah tak singgah ghent..almaklumlah tempat terpencil..kekekek

Kuzak said...

tangki riak 2!!!!!

Siti Suriana Yusoff said...

penonton loni cerdik belako doh..kalu buat di lokasi dale list tu pun tahu mano tempat tu.

rauhunt said...

Nat,
Ghent tu kat mana? Dekat2 ngan Paris jgk ke? Laa kalau tahu aku dah singgah dah aritu ..hahaha

Kuzak,
Hebat mu nmpak tajuk tersirat entri ni

KakNa,
Ya ke?

MsN said...

Gent ngan Paris sejengkal je..tue yg tiap2 tahun aku gi Paris,hehe..
Opss, jgn lapor kat sv aku lak..ngeh3x

rauhunt said...

Nat,
Nasib baik laporan tu aku tak antar lg kt s/v kau, boleh aku edit balik.