16 April 2009

Tiada caj tersembunyi

16 April - Setahun yang lalu pada tarikh ini merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki di St Andrews.

Masih ingat lagi, waktu awal-awal sampai, selain dengan semangat berkobar-kobar, saya juga sentiasa membilang hari. 3 hari terasa seperti 3 minggu. Lamanya masa berlalu.

Tapi itu dulu. Sekarang, masih juga membilang hari, tapi kenapalah terasa sekejap sahaja masa berlalu. 3 minggu terasa macam 3 hari yang lepas.

Perasaan pun dah bertambah bimbang. Sempat ke sebenarnya nak habiskan dalam masa 3 tahun? Tak pernah lagi saya berkerja sekuat dan serajin seperti tahun lepas, tapi perasaan bimbang sama ada sempat atau tidak sentiasa bermain-main di kepala. (Rasanya tak perlu saya tuliskan di sini rekod akademik saya untuk menjelaskan betapa tidak-rajinnya saya dulu).

Ya, memang betul saya dah lulus mini-viva; dan membolehkan secara rasminya menjadi pelajar PhD. Tapi selagi tidak betul-betul habis (i.e lulus viva), rasanya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pertukaran status daripada seorang 'General Research Student' kepada "PhD Student"

Ada masa 2 tahun lagi untuk bertungkus-lumus. Saya selalu mengingatkan Dave bahawa saya tak boleh lebih 3 tahun. Tujuannya supaya beliau tak akan membebankan saya dengan kerja yang lebih. Sekadar cukup-cukup untuk PhD pun tak apa. Janji lulus. Tapi, sempat ke tidak saya pun tak pasti. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan rakan-rakan di sini, kebanyakannya mengatakan pelajar bidang ekologi mengambil masa lebih 3 tahun, terutamanya mereka yang terlibat dengan kerja-kerja 'identification' (tak kira la, 'invertebrates', 'fishes' atau 'seaweeds'). Alamak, saya pun dalam kategori ini juga!

Nota Kaki Bangku (Bukan kaki skodeng):
Seperti yang saya katakan, entri ni memang 'straight forward'. Tiada maksud terselindung dan tiada caj tersembunyi!

9 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hehehe good luck, sini mmg tak dapat laa 3 tahun, da dlm offer letter rasmi pon siap buh da 4 tahun, hehee...

IzanJay said...

Wow...diam tak diam kan Rauhan...dah setahun dah..tahniah...seramnya nak assessment PhD qualify tuh..seramnye!!!!!

rauhunt said...

Sa,
Mana tahu bleh buat xpress 3 thn, try dulu, kalu buleh ssohor seluruh Edmonton

Izan,
Rilek la, masih awal lg kan?

Tepi Sungai Batu said...

InsyaAllah boleehhh!

huda said...

rauhunt..

so dh celebrate 1st yr anniversary la ni???rs cam br je hntr mu g airport.time tu mu 28th yrs old..now dh 29th yrs old..hhehehe..next yr going to 30..cepat btol ms brjalan.anyway, congratulations!!!!!

rauhunt said...

PakMan,
Trima kasih
p/s: Tibo2 raso nok make laksae tgk namo Pok MaeHuda,
Dlm IC aku tu salah sbenarnya, tarikh lahir aku dicatat awal 2 tahun

MsN said...

Insya-ALLAH boleh, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, gitulah alkisahnyaaa

rauhunt said...

fuh, nasih baik dalih aku tak cukup 1000 lagi

Hanim said...

.....kebanyakannya mengatakan pelajar bidang ekologi mengambil masa lebih 3 tahun, terutamanya mereka yang terlibat dengan kerja-kerja 'identification' (tak kira la, 'invertebrates', 'fishes' atau 'seaweeds')....

Saya tak setuju dgn pendapat ni...kerana ia membuatkan saya makin stress. Saya terlibat dgn identification freshwater zooplankton di South Australia. Nanti nak prove yg saya boleh tamat PhD within 3 years. Tungguuuuuuu......

From,
Dtn Hanim