16 May 2009

Beban berat yang masih dipikul

Seminar pelajar 'postgraduate' UMT - jangan ingat seminar ini diadakan di Terengganu, atau di KL, atau di Sabah mahupun di Langkawi. Sebab, seminar ini diadakan di Leeds University, UK.

Bergambar selepas keynote address


Seminar yang di'wajib'kan kepada semua staf UMT yang sedang melanjutkan pengajian di UK dan Ireland ini telah diadakan pada 12 dan 13 Mei baru-baru ini. Dimeriahkan dengan kehadiran En Ahmad Nazri Sulaiman (Pengarah, Malaysian Student Department, UK) dan juga deligasi dari UMT yang diketuai oleh Naib Canselor yang baru dilantik, Prof Aziz Deraman.

Nota: Kalau tak silap saya, Prof Aziz baru sangat dilantik menjadi NC. Bak kata orang, masa datang Leeds minggu lepas, beliau tak terima lagi elaun NC. Ya la, kalau staf kerajaan, lepas kira-kira 2 - 3 bulan baru dapat gaji. Tapi, rasanya NC terkecuali dari sistem ni.
^_^

Persiapan-persiapan akhir sehari sebelum seminar


Rata-rata peserta seminar yang datang menyatakan rasa gembira sebab selain dapat berkongsi ilmu, mereka juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertentang mata. Manakala, bagi pelajar yang bujang pula, lagi la gembira sebab 'makan minum terjaga' sepanjang seminar.

Bukan setakat semasa seminar, malam sebelum tu pun makan minum dah terjaga (kepada AJK je la hehe)


Seminar ini juga berjaya membuatkan peserta-peserta berasa seperti di Malaysia. Siap dengan bendera Malaysia digantung dan ada nyanyian lagu Negaraku lagi semasa acara pembukaan. Boleh la menghilangkan rasa rindu kepada kampung halaman. (walaupun ada peserta yang baru tiba di UK lebih kurang sebulan lepas ..dah rindu ke?)

Suasana semasa Welcoming Speech dan Keynote Address 1 & 2


Seperti yang saya katakan sebelum ni, seminar ini merupakan platform kepada semua peserta untuk mempertingkatkan keyakinan diri dalam membuat pembentangan kajian masing-masing. Dapat diperhatikan, rata-rata peserta menunjukkan hasil kajian yang hebat-hebat belaka. Saya rasa iri hati dengan kehebatan mereka semua. Tapi tak apa, boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi sendiri.

Semasa 'parallel sessions'


Apabila selesai sahaja program ini, semasa bersiap untuk pulang ke St Andrews, saya bersembang sekejap dengan abang ipar Pn Noor Zaitun (Pengerusi, JK Pengelola). Baru beberapa patah perkataan saya cakap, dia terus dapat teka bahawa saya ni orang Kelantan, walhal saya dah sehabis daya cuba bercakap KL (Kay Ell). Macam mana nak menjadi 'cair' cakap Omputeh dalam masa 3 tahun, kalau cakap Kay Ell pun saya tak reti lagi walau dah lebih 20 tahun berlatih dengan gigih? Itulah, memang berganda beban yang saya pikul.

11 comments:

IzanJay said...

Rauhan!!Sempat lagi tu...macam ku kenal je "walaupun ada peserta yang baru tiba di UK lebih kurang sebulan lepas "..macam tau je sape ni...anyway memang hepi la...n of course (diselitkan perkataan english)..munya presentation memang best..impressive!!memang terserlah kelancaran dan kesedapan berbahasa inggeris sesudah setahun di bumi scotland...tapi sebelum pergi pun memang dah lancar...cume slang tu bertambah sedap...(bukan nak membodek atau ape2..ini dari kacamata seorang kawan)..so together we finish strong!

rauhunt said...

Izan,
Wah, pandainya bermadah dalam memberi sindiran dan kutukan yg berlapik.

mcorse said...

wahhh..tahniahh..kakizann..mad meme terror englishh pongg..low profile jerkk..nak kecek KL wak gapo gak mad..kaluu doh lidohh tu kerass...xsohh lahh..wkakakak

eilawaniey said...

haha..klakar klakar..apepun, saya bangga saya anak kelantan!

sabiqahT.Anuar said...

huu beshnyee korang gather ramai2...erms xpo rauhan, msti lebei cair, nt kecek kalti slang St.Andrews..

rauhunt said...

mcorse,
Sapa ni ..Mekros aka Mek Bunga ke? Wei ..buke lidoh keras la ..ore jate klate kuat jati diri, tu pasal susoh nok ejah slang

eila,
Saya pun bangga (he he jom menimbulkan unsur kenegerian)

sa,
he he ..mmg best sgt ..kan eila kan (bg jeles skit) ..korang kat kanada buat la gathering cam ni kasi kami jeles jugak

IzanJay said...

ehem2..saya orang Johor..tapi saya bangga kawan dengan orang kelantan...tapi saya tak menimbulkan unsur kenegerian..sebab saya kawan dengan orang dari semua negeri..huahahahahaha

IzanJay said...

Sume yang komen ni dari kelantan...mana boleh jadi!!!!!Abih la gua!

rauhunt said...

saya pun kawan ngan org dari semua negeri, hatta dari Sabah dan Sarawak sekalipun (perlu ke spesifik utk dua negeri borneo ni?)

Anonymous said...

menarik!!! xde plak upm buat inisiatif camni. tumpang bangga dgn kwn2 se-malaysia/kwn2 kelantan (?) & UMT esp.

on komen ko yg last tu, lawak melampau. hahahah. ada gak masa registration student baru kat upm bintulu dulu, sorang parent dr KL ni tanye kat sorang senior student "adik dah penah pegi malaysia?". duhhh.... =))

rauhunt said...

Jep, tak boleh salahkan parent tu, sebab nak pergi ke 'sebelah sana' tu kan kena ada passport.