05 May 2009

Makluman: Tawaran Belajar (PhD) di St Andrews

Berita baik!

University of St Andrews menawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD kepada rakyat Malaysia (Rujuk www.st-andrews.ac.uk untuk senarai bidang pengajian). Namun, tiada jaminan untuk biasiswa, jadi anda disarankan untuk mendapatkan biasiswa daripada sumber lain.

Tawaran ini adalah untuk
Melayu Malaysia sahaja.

(sumber: http:rauhunt.blogspot.com)


____________________________________________________________________

Hujung minggu lepas dihabiskan dengan acara masak-masak, makan-makan, sembang-sembang, lepak-lepak di rumah Izaiddin. Mungkin itu adalah kali terakhir acara 'gathering' sedemikian diadakan di 60 Schoneihill Road, St Andrews.

Dalam seminggu dua lagi, 'housemate' saya Hafiz akan balik ('for good') ke Malaysia. Akhir bulan ini pula, Izaiddin dan famili akan pindah ke Glasgow, mungkin sehingga dia habis Master bulan 8 nanti. Maka, daripada 4 pelajar 'postgrad' Melayu yang ada di St Andrews sekarang akan tinggal 2 pada bulan Jun nanti.

Jadi, kepada Melayu Malaysia, pertimbangkanlah tawaran di atas supaya komuniti Melayu di St Andrews dapat ditambahkan secepat mungkin.

8 comments:

YuS~N3 said...

xdok course yg menepati citarasa la..huhu..

rauhunt said...

Yus,
tu sekadar alasan tok sir maghi tempat hulu ..wei ..mache dulu pun hulu jugok la

Anonymous said...

mr hunt,
hrp sihat belako. [cuba taip kelate ni] .

kim slm pd abg hafiz. tatau dia ingt sy lg ke x,
sbb sekali je jumpa dia, ms wat mkn2. klu dia x ingt, suh dia wat2 ingt supaya sy rs di hargai walaupun dicelah gigi je..har har har
hrp fhm nape sy tetiba timbul di ruangan komen ni.klu x fhm, cuba2 lah wat2 fhm yek supaya sy rs berbaloi taip pjg2 ni.

ok..selamat hari khamis.

dari,
ms. ahlam, uni dundee.

rauhunt said...

Ahlam,

Dah sampaikan salam tersebut (tanpa song request). Hafiz masih ingt siapa tu Ahlam ..tak tau la kot2 dia buat2 ingat atau ingat betul

azam said...

Salam,

kalu melayu xdok pun xpo, komuniti melayu masih boleh diperluas, melayukanlah bukan melayu, dan semoga dapat meluaskan empayar melayu melalui anak2 mix yang idup secara melayu!

selamat memelayukan st. andrews la ye!

rauhunt said...

Azam,
Tak semestinya kena cari yg bukan Melayu kalau nk anak mix ..sama2 Melayu pun tetap anak mix ..mix laki dan perempuan

YuS~N3 said...

st andrews tu hulu eh?hehe..aku x tau pun hulu hilir nih..tp[series..aku tgk xde coz hok kena dgn jiwo aku la..hehe..

norazmamyra88 said...

Salam..

Blh pggil saya amy.sy ni tibe2 minat lak dgn blog awak ni..nice blog..sy bkn duk luar negara pun.duk kt kl..saja nk say hai kt awk..selamat b'kenalan..

Regards,
Amy.