13 June 2009

Maaf, tiada perkongsian resipi di sini

Baru perasan yang saya telah 3 kali ke London sepanjang berada di bumi British ni. Satu kekerapan yang tinggi juga memandangkan jarak kota yang namanya tertera di kotak rokok Dunhill dengan St Andrews lebih 500 batu.


Kali pertama dan ke-2 ke London, tempat pertama yang saya tuju tentu sekali Malaysian Hall. Tujuannya tentu sekali untuk makan makanan Malaysia. Masa tu tak tahu pun ada pilihan lain selain daripada kantin di dewan yang terletak berdekatan Royal Albert Hall ini.


Semasa kali ke-3 ke London (bersama adik dan sepupu saya); hari pertama masih lagi makan di Malaysian Hall. Namun, pada hari ke-2 baru saya tahu ada pilihan lain.

Dari Trafalguar Square, selepas bergambar-gambar dan memberi makan kepada beberapa ekor (2 ekor je sebenarnya) merpati (seperti aksi yang dapat dilihat dalam drama Cinta Antara Benua); perancangan asal, kami nak ke Bonda Cafe. Kena naik 'tube'. Namun, memandangkan kesuntukan masa, kami jalan-jalan untuk mencari kedai makan di kawasan sekitar. Kebetulan, kami terjumpa kedai makanan China yang Halal. Rasanya tak perlu diberitahu yang mana lebih sedap bila kami sepakat mengatakan kalau hari pertama pun boleh makan di sini (kedai China tersebut) lagi bagus.

Berbalik kepada Bonda Cafe tadi. Kami tak sempat ke sana. Tapi takpe, yang penting saya dah tahu lokasinya. Dan lepas ni, kalau ke London lagi, saya pasti makan di Bonda Cafe. Menurut kata makcik saya (orang Terengganu) dan kawan saya (orang Johor dan Selangor), makanan di Bonda Cafe lagi sedap daripada di Malaysian Hall. Tauke dan tukang masaknya adalah dari negeri yang memang dah saya agak dah. Hmm patutlah sedap.

15 comments:

IzanJay said...

Jadi...tukang masaknya dari mana?Rauhan, orang nak pi London ni ujung julai..rekomenkan le mana nak make..

Kuzak said...

Mesti Johor. Penuh dgn budaya Malaysia

Kuzak said...

Rasanya dah dua (2) kali entry pasal makan berturut2. Lepas ni jd chef macam ada sorang chef kat Msia yg ubah cita2 masa belajar kat oversea.

Tapi aku minat juga entry ni pasal nampak sangat lidah kita walau di mana jua nak makan makanan MalaysiA.

Good Luck Rauhant. Moga2 bakal isteri kau pun orang Msia.

Buy Da Way, ramai pengunjung wanita blog ni yang bujang & sentiasa bg isyarat kat kau. Takkan x paham kot?

mekroh said...

mesti kelatee....tahuu dohh kaluuu madd nihh

IzanJay said...

Suka dengan komen Kuzak...johor...hehehe.....bangga saya jadi orang Johor!

rauhunt said...

Izan,
make d Bonda Cafe sbb tu cafe org Kelate

Kuzak,
Kau saja sebut Johor ..padahal dah tahu jawapan sebenar..
by the way, perenggan terakhir komen ke-2 mu tu sekali lagi mmbuatkan aku terkesima dan terkedu tp dalam keadaan ketawa

Mekroh,
Cover sikit sifat kenegerian saudari

Izan,
Seperti (komen) di atas

Kuzak said...

Sarawak.... Atau lebih spesifik lagi Saratok. Ni je tempat kat Sarawak yang aku teringin nak pergi. Makanan pun sedap kat sini (menurut kamil).

Kuzak said...

Rauhunt... kau tak nak kahwin dengan orang Johor... kau tak kenegerian kan? ha..ha..ha..

MCROSE said...

WAKAKAKKAKKA....kuzakkk..masalohh nyerr, pengunjung wanitaa hok wii komengg nihh, semuoo dohh x available lg..tp xtaww laa kalauu sabiqahh nih..kalauu kak izann nii sudah ada yg berpunyee...hehhhe...

by the way..kak izannnnn....meh la turun londonn november ni..madd kato nakg londonn

huda said...

rauhunt,

comment entry berunsurkan "kenegerian" sgt kuat di sini!!!!

mc rose,

kak izan dh bpunyer????wah2!!!dlm senyap2..kakda tk tau pun..


kak izan,

betul ke statement mc rose tu???rahsia erk??

rose said...

kakda...wakkakakakaka..kakda xtahu ko...meme kakdaa xpekaa laa??maddd,,,sila kokmengg

rauhunt said...

Kuzak,
Hasil didikan Saleh Lebar, aku Kenegaraan Malaysia

Mekros & Huda,
Blog ni bukan tmpat kongsi resepi yg direka2 atau tmpat cari jodoh

by the way (ayat rasmi minggu ini) Mekros, tahniah kerana telah ada blog peribadi. W/pun, mungkin blog saudari bersifat sementara (hanya aktif bila berada di luar negara dan berkubur bila balik Malaysia), tp usaha gigih saudari harus dicontohi oleh mana2 individu yg sedang/akan sambung belajar d luar negara

mekros said...

hahahaha..tu blog hok sayo bukok dgn awok lg mad ehh..masoo duk umt lg..x aktif2 pongg..xretiii..wkakakaka

Unknown said...

syoknya !

rauhunt said...

Pokcik KB,
Apa yg syok? London ke? Sbenarnya St Andrews lagi syok ..aman dan damai. Serabut perut lama2 di London