22 June 2009

Bila Diri Terasa Tidak Diperlukan Lagi




Gambar-gambar di atas adalah semasa zaman saya buat Master di bawah penyeliaan Dr Prof Sakri. Projek ini dijalankan di sekitar Pulau Bidong dan Pulau Karah. Masa ni saya boleh dikatakan sebagai orang harapan beliau. Segala perancangan dan persiapan untuk 'sampling' saya yang lakukan. Semasa 'sampling pun, saya berkerja keras dengan menjalankan pelbagai tugasan seperti membeli barang keperluan, memunggah barang2 yang sangat berat (antaranya tong gas, tangki selam, tong ais ..nasib takde tong sampah).

Selain daripada semasa projek master, semasa projek penyelidikan lain pun saya sentiasa menjadi orang harapan Prof. Walaupun tubuh tidaklah sasa seperti Malek Noor, tapi untuk tugasan yang berat khidmat saya sentiasa diperlukan. Bangga?

Gambar-gambar di bawah pula semasa baru-baru ini menyertai projek penyelidikan CEFAS di East Coast England, off North Sea. Selain daripada CEFAS, projek ini juga melibatkan beberapa lagi badan kerajaan dan swasta seperti Wessex Archeology, Sea Survey Limited, dan British Geological Survey.






Projek ini dijalankan untuk menentukan kesan 'marine dredging' keatas struktur dasar laut dan makrofauna di kawasan sekitar. Ianya dijalankan selama 21 hari. Tanpa henti. Maksud saya enjin bot tu tanpa henti. Kami yang terlibat dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk berkerja mengikut shift. Saya diletakkan dalam shift dari 12 tgh hari - 12 tgh malam.



Kalau ikutkan waktu kerja, memang la memenatkan. Namun, memandangkan semua keperluan diberikan, ia membuatkan kami semua berasa selesa. Dari penginapan, makan minum, dobi dan internet semuanya cukup baik.


Namun, ada satu yang saya perasan tentang perbezaan semasa terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan semasa di Malaysia dulu dan sekarang ini di UK. Saya tidak lagi menjadi orang harapan. Seolah-olah, kalau tiadanya saya tak ada siapa yang akan peduli. Sedih?

Tidak.

Kalau 'sampling' di Malaysia, bila masanya untuk menjalankan kerja-kerja berat dan akan mengotorkan pakaian, biasanya orang lelaki yang kena buat. Orang perempuan dikecualikan memandangkan mereka dianggap sebagai insan yang lemah. Tapi, perkara sebegitu tidak berlaku semasa di UK. Perempuan di sini semuanya perkasa. Mereka tidak kira, lelaki atau perempuan, semuanya bersama-sama mengangkut barang-barang berat atau membuat kerja-kerja yang akan mengotorkan pakaian.

Walaupun bukan lagi orang harapan, saya sangat gembira. Sekarang, saya rasakan betapa seronoknya bila tengok orang-orang perempuan angkut tong-tong berat. Namun, kegembiraan in bersifat sementara sahaja. Bila balik Malaysia, saya pula akan mengangkat tong-tong berat sambil melihat orang perempuan berdiri dengan tangan berpeluk tubuh, kepala terteleng sedikit ke kanan, dan sambil 'control' ayu agar baju kurung berlabuci yang dipakainya tidak kotor.

13 comments:

huda said...

rauhunt,

posibility menjdi dayang senandung ade tak selama 21 hari berada dilautan tanpa sempadan itu???

pmpuan msia tak gagah???kontrol ayu???watch out ur mouth.tak semua la..tp aku tknafikan mmg ade.tp tkdela pakai bj labuci time nak angkat brng berat2 tu...

Kuzak said...

Lawaknyer...

rauhunt said...

Huda,
Tak sebab kulit aku dah semulajadi putih. Perempuan di Malaysia (spesifik di UMT) yg gagah yg aku kenal hanya ex-bodyguard mu je

Kuzak,
hey ..ni bukan lawak la ..kenyataan

izah said...

kalau saya..saya pun macam gadis berlabuci tu kot..hehe

azam said...

"bila diri terasa tidak diperlukan lagi" - konon ayat sedih meraih simpati

NAMUN

metafora di balik entri= menunjukkan betapa 'gentleman' nya beliau dengan layanan istimewa pada kaum hawa (terselit ciri promosi diri)

he he he

Dentist and Me said...

wah kah kah kah, lawak lah lu ni. sebelum wa memulakan kok meng kat blog lu ni, wa nak ucapkan terima kasih pada blog http://froace2009.blogspot.com/2009/06/kerja-melambak.html?showComment=1245771630564#c6642737845309620728
kerana dari blog dialah wa masuk blog lu dan wa jadi ketawa (belum tahap giling, kira biasseerrr jeerrr lah khanz)

wa lambat sikit je. kalau thak tentu wa akan kontek lu waktu wa sampai St Andrews beberapa malam nanlalu tu.

anyway lu, lu encem. Awww ! ! ! tentu tangan lu halus, awww ! ! ! , kalau lu nak hangkot barang berat pastikhan lu guna blove ye lu, awww lagi

salam berkenalan dari wa dari Birmingham, tentunya jauh lebih menarik dan berkaliber dari tanah tempat kelahiran lu di Malaya itew

rauhunt said...

Izah,
Ternyata anda ni 'sewaktu' dengan gadis2 di UMT (spesifik lagi ..FASM)

Azam,
Bukan nk tunjuk baik ..nak tunjuk betapa best nya boleh balas dendam ..w/pun kepada org yg lain

Dentist and You,
Trima kasih sudi terjah kat sini. Wa sbenarnya trauma tgk nama Dentist sbb pengalaman 2 bln lebih buat root canal. Tp wa tetap slamber.

IzanJay said...
This comment has been removed by the author.
IzanJay said...

pigi dah rauhan..agak panas entry mu kali ni!!"ini boleh mendatangkan marah!"(ingat lagi dialog tiga abdul???)sempat lagi tu nak mengata kitorang ni lemah aka control ayu aka tak nak buat kerja kotor aka takut baju kotor aka yang sewaktu dengannya..sepertimana kata huda, tak semua la...kitorang ni bley je buat semua tu..tengok tangan la!!!

silap la kalau orang, huda n along termasuk kategori macam tu!!!mu kenal kitorang camne kan???Wanita perkasa la!!!!!!!!!

pawana said...

salam dara laut,

aku x termasuk dengan pompuan yang ko ceritakan tau kat UMT nie..setiap kali aku kena ke pulau atau ke mana2 yang melibatkan kerja lapangan atau apa2 tugaslah. x pernah aku boleh berpeluk tubuh. sebaliknya yang aku tengok ramai staf lelaki yang berpeluk tubuh n melihat sahaja kami2 yang perempuan nie angkat2 barang termasuk tong gas. tapi kami x kisah sebab kami tahu 80% lelaki UMT BERAT TULANG. tapi x tahu la takut berat batu atau kena buasir.
yang paling syok lagi kepada depa2 nie..sambil tengok perempuan2 angkat barang boleh komen plak cara kami angkat barang dan bersiul2 ( terutama yang gelenyar2 )..bukannya nak datang tolong.
huhuuuhu...jadi aku rasa entry ko kali ini kurang tepat la wei...

- sekadar menyatakan apa yang benar dan nyata sahaja-

Dentist and Me said...

Pergh ! ! ! Caya lah pawana. Calett sket. Kita serupa mana boleh berpeluk tubuh sahaja. Semua orang harapkan wa

tapi ....


eh syilap. wa lelaki. patutlah mereka harapkan wa, awwwww ! ! !

Anonymous said...

minggu lps baru hbskan 7 hari (je) kat field - lanjutan drpd sampling sebulan sblm ni, tp masa tu berdua - aku & mamat US ni.

sampling 7 hari tu kami bertiga lak, yg mana sorang tu pompuan. aku skeptik yg keje2 TAKKAN jd lbh mudah pun kalo ada dia. rupenye aku SILAP. silap besar. w'pun badan dia kecik, tp punyela gagah mengangkat segala mcm bende berat. laju plak tu. ya, keje jadi lebih efisien. aku plak rasa mcm bleh goyang kaki je. pompuan US pun gagah.

pompuan mesia x gagah? biarlah, aku x kisah. pd aku diorg mmg layak dilayan istimewa (rindu mak aku!). hehehehhe

rauhunt said...

Izanjay,
Tunjuk la tgn mana yg perkasa tu

Pawana,
Sapa yg 80% tu? Eh ..kalu marah pun jgn la smpai guna unsur2 18SX. Nanti ustaz Netloft (sape tu?) marah

Jep,
ha ..jgn underestimate prempuan omputeh ..tp prempuan Melayu pun ada yg gagag ..contohnye Along@Pawana ..mmg tough & brutal dia

err ..x aci la guna Mak kat sini ..mereka insan paling istimewa yg tak bleh dinafikan. yg aku crita pasal pengalaman masa sampling ngn perempuan di malaysia dan di uk