13 July 2009

Kerja Sambilan

Semasa bercuti di Malaysia, perasaan saya untuk kerja sambilan di Scotland semakin membuak-buak. Tapi, saya abaikan dahulu keinginan tersebut. Fokus sekarang untuk menikmati cuti.

Banyak aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa 24 jam sehari (Makan dan tidur pun dikira aktiviti juga). Salah satunya adalah menghadiri majlis tahlil baru-baru ini.

Bercakap tentang majlis tahlil, ada 1 perkara yang membuatkan saya hairan dan juga kesal. Apabila tibanya masa untuk makan, kebanyakan orang atau jemaah yang pada mulanya bermuka sayu dan sedih, bertukar menjadi agresif; seolah-olah seperti mereka berada di sebuah restoran. Mereka melaung-laung bila air sirap atau teh O lambat sampai atau bila nasi tambah lambat sampai. Saya terfikir, mungkin mereka merasakan mereka ada hak sebab mereka dah 'bayar' semasa menziarahi keluarga si mati.

Tapi tidak semua yang bersikap begitu. Terdapat juga mereka yang memberi peluang untuk orang lain makan dahulu. Bagi mereka, kalau makanan dah habis, tak jadi masalah. Sebab mereka datang bukanlah dengan tujuan utama untuk makan.

Contohnya seperti pakcik ni (gambar bawah). Saya suka melihat gelagatnya yang tenang. Beliau memberi peluang kepada orang lain dahulu untuk menikmati jamuan.


Namun, bila lama-lama melihat pakcik ni, terbit rasa dengki di hati saya. Pakcik ni mampu memakai kaca mata jenama Gucci, sedangkan saya tidak. Sudah berkali-kali saya memegang barang-barang jenama seperti Gucci, Hugo Boss, Ralph Lauren, Paul Smith atau Prada. Tetapi terpaksa diletak semula atas rak pusat membeli belah Giant Harrods kerana tak mampu.

Kini, kemampuan pakcik tersebut membuatkan perasaan saya untuk kerja sambilan di St Andrews kembali membuak-buak. Sehinggakan mengganggu fokus saya untuk menikmati musim durian.

10 comments:

Hanis MY said...

rauhan..waa..kellas la pokcik tu paka gucci..tapi tak napok pong.. apa ada pada jenama wasathiah la dalam kehidupan ecece.hehe..gura jah..nanti dah beli jgn lupa post di blog..

rauhunt said...

Hanis, tok dan nok zoom in masa capture pic tu ..takut pakcik tu perasan ..nanti kan dia komplen sbb privacy beliau dinodai

rose said...

wahh..gucci??teringinn nyoh..pakcik ni beli di rantau pjg ko mad??berapo mad kalau di harrods??sajo jah nak tahu...

huda said...

mc rose,


g beli petaling street jerrr...

kakda rs pokcik tu pakai hok siam nyer la....

rauhunt,

sian pokcik tu...tetibe jd point utama dlm entry mu ni...

rauhunt said...

Mekros & Huda,
Jgn pandang rendah kepada pakcik tersebut. W/pun beliau bukan seorang pegawai akademik seperti kalian, tidak bermaksud beliau tiada kemampuan utk membeli barangan berjenama ..yg ori.

IzanJay said...

selalu twisted ending...dan lagi sengaja nak dengki cakap pasal makan durian..

sabiqahT.Anuar said...

hhahaa kelas molek pokcik tu, gucci..huu anok2 dio baik wat spek gucci ko ayoh dio..ermm sedap aa balik cuti buleh make pulut durie

Tepi Sungai Batu said...

Selamat bercuti Rauhan, harap puas lah makan buah-buahan tuh.
Dan ko posa di kampung?.

Dentist and Me said...

eh beberapa purnama nan lalu, wa singgah di OMNI Park car boot sale, Edinburgh.

Kalau tak sanggup meniru gaya belanja CR di Harrods, spen time and quid at car boot sale baby. Not bad I tell you. ORI gitew

rose said...

wakakkakaka....meme laa buke pegawai akademik..kahkahkahkah....profesor pon belom tentu buleh beli mad ehh gucci...walau ayoh akak awok sekali pongg..a.k.a Prof s*kri..kuang kuang...

mad kelikk nih gii menghadap bos ko dop??mano tahu gi cium tangan ayoh akak duluu... dan juga pok sedaro a.k.a dr Kha*** samo...wkakakakaak