04 August 2009

Lawatan ke China?

Semasa balik ke Malaysia tempoh hari. Selain daripada menegur perubahan fizikal dan warna rambut kulit saya, ramai kawan yang cakap saya ni kuat berjalan-jalan atau orang Kelantan kata 'kuat ddeghak' (saya tak mahu tulis apa yang orang Terengganu cakap, lain pula maksudnya).

Saya tanya, "Tahu kat mana?"
Mereka kata, "Kat blog mu la"

Sebenarnya mereka salah anggap. Takpa, saya tak kisah dan tak marah pun. Sekurang-kurangnya saya tahu ada orang baca blog ni walaupun tiada kata kunci seperti porno, seks atau Melayu Boleh.

Untuk pengetahuan semua, gambar dan berita pasal saya 'gi ddeghak' (sekali lagi taknak sebut versi Terengganu) dalam blog ni sengaja dibesar-besarkan. Memang ada yang saya betul-betul 'ddeghak', iaitu ke Berlin, Paris dan London (eh, banyak juga tu). Yang lain-lain tu adalah tempat singgahan semasa urusan kerja (Phd atau UMT), dan aktiviti harian dekat-dekat rumah.

Contoh 1:
Di UK, aktiviti ke kedai beli Fish & Chips pun boleh dijadikan berita bergambar. Namun, kalau di Malaysia, tak ramai yang akan ambil gambar semasa membeli nasi berlauk untuk makan pagi di Kedai Makan Mok Ku.

Contoh 2:
Di UK, kalau pergi ke Stadium Old Trafford (sila jangan dengki!) pun boleh dijadikan berita bergambar. Namun, kalau di Malaysia, tak ramai yang akan ambil gambar kalau mereka ke Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu. Kecuali di Stadium Sultan Mizan, tu pun atas 2 sebab, iaitu sebab stadium baru dan juga stadium baru ..baru runtuh.

Itulah tabiat kebanyakan orang yang berada di luar negara. Disebabkan perasaan bangga yang teramat boleh berada di negara orang, benda-benda biasa pun dibesar-besarkan. Seperti contoh, rumput di depan rumah di UK pun diambil gambar. Padahal sebelum ni tak pernah pun ambil gambar Bunga Tahi Ayam semasa di Malaysia.

Tapi, saya tak la seteruk tu. Saya ada juga ambil gambar semasa balik ke Malaysia tempoh hari untuk diletakkan dalam blog ni (meski sekadar untuk mengelakkan diri dari dikutuk oleh Kuzak).

Buktinya, gambar paling atas tu adalah gambar Masjid Rantau Panjang, Kelantan (yang mana gambarnya diambil menggunakan kamera bukan DSLR saya), bukannya masjid di negara China, nok royat bui.

8 comments:

huda said...

rauhunt,

aku speechless..yg mampu aku buat adalah gelak shj..bnyk2 bunga, watpenyer bunga tahi ayam yg mu sebut?

Dalam hati-->ade betulnyer jgk..gmbr rumput depan umah even backyard pun di tunjuk..)

tp.....sbg kenangan terindah tak salah..

Kuzak said...

Err... Setakat ni, No Komen...

rauhunt said...

huda,
Nanti aku cuba upload gambar rumput depan rumah aku

kuzak,
Kenapa slps balik dari negeri kamil kau jd pendiam?

rose said...

saya pon no komenn..pasall blog seks2 ke ape ke..

Ambo said...

Ermm..gambar di snap menggunakan kamera Canon IXUS 85 IS. bukaan apparture f2.8 dah kira besar tapi gambar agak under exposure sebab focal length agak pendek..

rauhunt said...

Rose,
Virus baru ..no komen

Ambo,
Kawe tok paham pon gapo hok demo sebut tu sbb kawe ni buto kamera ..reti guno auto jah. Demo lain la ..anok buah Nik Man Nik Mat

Ambo said...

Itu dulu Bro.. Dulu pong ambo tukang snap jah selepas semua siap di setting oleh Tuan Guru Nik Man. Mu berayo di Kelate ko tahun nih ??

rauhunt said...

tok balik rayo tahun ni