16 October 2009

Adakah ini satu petanda ....?

Gambar dari Amal's flickr

Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya mengadakan rumah yang agak-agak terbuka untuk Hari Raya. Kalau tahun lepas, jemputan terhad kepada rakan-rakan di St Andrews sahaja, tahun ni jemputan dipanjangkan sedikit kepada (beberapa) orang rakan dari Dundee.

Sesuai dengan skala majlis yang lebih besar, maka makanan yang dihidangkan juga lebih banyak.

Majlis berlangsung dari tengah hari sampai la ke malam. Mujur la 'housemate' saya seorang sahaja. Kalau ramai mesti susah nak adakan majlis macam ni. Lagipun saya dah bagi tahu dia awal-awal lagi pasal majlis ni (lebih kurang usir secara mesra) ..ternyata berkesan sebab dia keluar pagi-pagi lagi, dan balik bila majlis dah hampir-hampir tamat. Takde la dia sengsara lama sangat dengan bunyi bising orang bercakap Melayu.

Saya puas hati bila melihat semua yang datang balik dengan kekenyangan. Tapi agak ralat bila banyak makanan yang tak habis. Mungkin ini satu petanda masakan saya tidak sedap; dan mereka semua buat muka kekenyangan untuk menjaga hati tuan rumah. Orang Melayu kan penuh beradab.

5 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Mungkin mereka semua jaga badan.

rauhunt said...

Pak Man,
Btul jgk tu ..lebih baik jg badan drpd jaga tepi kain orang

Azam Mohd Noor said...

wah rumah terbuka sempena deepavali ke? tarikh baek pny, hehe

rauhunt said...

Azam,
bulan syawal selama 29 atau 30 hari ..dan dlm tempoh tersebut ada deepavali mengikut kalendar hindu ..tp jgn anda cuba untuk membuat persamaan aidilfitri yg masih disambut oleh kebanyakan Muslim sepanjang tempoh ini, dgn deepavali.

Azam Mohd Noor said...

Jelas.

"Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum (Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka; kaum berkenaan)~ Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani.

Sekadar gurauan yg tidak cuba mewujudkan sebarang kesamaan dalam kefahaman dan amalan, cuma tersentuh suatu kebetulan dengan tidak sengaja.

Aseef jiddan!