25 October 2009

Kebaikan Tidak Minum Arak

Orang-orang di sini kebanyakannya sangat memilih makanan Mereka cuba menjauhi makanan yang kurang sihat; kalori tinggi atau sangat berlemak. Amalan pemakanan mereka sangat ketat.

Tapi yang hairan bin ajaib (bosan la guna frasa klise ni), bila bab minum arak mereka semacam 'menghalalkan' saja perbuatan mereka walaupun tahu tak elok untuk kesihatan. Bagi mereka amalan minum arak ni dah sebati dengan budaya, jadi dah tak boleh nak ubah. Mereka tahu keburukannya, tapi cuba menipu diri sendiri dengan buat-buat tak tahu.

Minggu lepas, saya berpeluang memberitahu mereka kelebihan tidak minum arak, bukan setakat beritahu, tapi siap dengan contoh depan mata lagi. Semasa 'coffee break', rakan-rakan di 'lab' menghadiahkan saya sehelai t-shirt Univ of St Andrews (yang saya dah lama nak beli tapi asyik tangguh sebab agak mahal) sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29 25. Selain tu ada la benda lain seperti kek dan cokelat (yang saya anggap tak penting ..haha). Selepas berterima kasih, saya angkat t-shirt tersebut sambil berkata inilah kebaikannya jika tak minum arak. Mereka senyap dan tertanya-tanya maksud sebenar saya.


Nota kaki minum Nescafe (bukan arak):

Sudah menjadi amalan ahli-ahli 'lab' kami untuk berkongsi duit dan membeli beberapa hadiah kepada sesiapa di antara kami yang menyambut hari lahir. Semesa giliran rakan-rakan lain, mereka biasanya mendapat hadiah sebotol arak, dan hadiah-hadiah kecil lain yang saya tahu harganya murah. Tapi, bila tiba giliran saya, mereka tak boleh beli arak, jadi duit yang ada tu mereka akan beli hadiah besar dan mahal daripada orang lain dapat. Ha ha ..tu la, minum arak sangat, kan dah rugi dapat hadiah kecik dan murah.

7 comments:

KELUARGA ASHRAF said...

semoga mudo sokmo2...
salam dari kami di Pasir Tumboh.

rose said...

huahuahauhauahau..25 tahun koo??dok cayo langsung apabile melihat kedut2 di muke..ekkekeke

huda said...

rauhunt,

nok suko aku bc post mu kali ni...gaya2 berdakwah tu dh ade la skit2..25?29?yg pasti thn depan going to 30 ok..

BTW, happy belated birthday.(sebenarnyer entry kali ni..mu nk ghoyak ke sumer org bday mu kan???)

Hanis MY said...

hehe..sy sokom huda... ha ah la nok royat bday dia..btw saya tahu anda kan sentiasa muda belia..

salmihah said...

mahal sangat ko bju tu????
lmo na nk tnggu beli baju..sapa kno ore bui adioh....

hepi belated besdayyyyyy

rauhunt said...

Dr Ashraf / Kak Na,
Trima kasih ..tp rasanya payoh skit nok mudo sokmo sini sbb takdok air nyiur mudo

Mek,
25 kedutan = 25 tahun

Huda,
suko doh ko? ..wei aku lebih tahu usia sebenar aku
BTW, aku bukan mcm saing mu d jabtn kimia tu hok akan bg 'hint' awal2 ke saing2 dia tarikh b'day dia (cuba teka siapa dia)

Hanis,
bakpo org jabatn kimia pakat pikir gitu? ..hmm ni mesti jangkitan wabak yg dibawa oleh saing Huda tuh

Salamiah,
mahal ..kalu baju takdok nama uni buleh beli 3 helai doh dgn harga sama

mizuna said...

mmg mcm2 idea en rauhunt ni..bila tension mst bc blog ni..hehe..
hapy belated besday ah ye(^_^) mg2 dpt abiskan phd secepat mungkin..yosh..